Cara Menilai Pakej Setiausaha Syarikat

Cara Menilai Pakej Setiausaha Syarikat

Walaupun setiap Setiausaha Syarikat di Malaysia mengenakan yuran berbeza, kebanyakan daripada kami menetapkan harga berdasarkan servis yang sama, cuma dibungkus secara berlainan.

Ada yang ditawarkan dengan sejelas mungkin, dan ada yang dihias agar nampak lebih menarik.

pili bomba memakai misai sebagai jenaka untuk menunjukkan bahawa rancangan harga setiausaha syarikat dihias untuk kelihatan cantik tetapi di dalamnya tetap sama.
Jangan terpedaya dengan misainya!

Setelah anda kenalpasti servis-servis ini, mudah untuk membandingkan pakej CoSec, dan panduan ini akan menerangkan:

  • lima kategori utama dalam pakaej Setiausaha Syarikat lazim, dan
  • cara memilih pelan yang sesuai untuk anda

Nota: Walaupun kebanyakan Setiausaha Syarikat menawarkan pakej yang menggabungkan penubuhan syarikat, panduan ini menumpukan pada perkhidmatan Setiausaha kerana mereka dua servis berasingan.

Jom, mulakan.

Pecahan pakej Setiausaha Syarikat

Hierarki visual untuk menunjukkan struktur harga setiausaha syarikat

Setiap pelan setiausaha syarikat biasanya terdiri daripada lima bahagian utama:

  • yuran bulanan
  • Pemfailan tahunan
  • resolusi asas
  • resolusi tambahan
  • penyediaan dokumen undang-undang

Semua ini menyumbang kepada harge akhir dalam invois anda!

Ya, kebanyakan kami juga mengenakan caj tambahan untuk perkhidmatan lain seperti pos dan alat tulis, tetapi itu bukan faktor utama membuat keputusan, jadi kami akan ketepikannya. 🙂


Yuran bulanan Setiausaha Syarikat

Ini ialah langganan untuk mendapatkan perkhidmatan Setiausaha Syarikat dan pastikan anda mematuhi dua syarat wajib untuk semua syarikat Sdn Bhd di Malaysia:

  • seorang Setiausaha Syarikat berlesen, dan
  • alamat berdaftar (biasanya alamat perniagaan Setiausaha Syarikat)

Pemfailan tahunan

Ini ialah penghantaran tahunan wajib kepada SSM dan terdiri daripada:

  • Penyata Tahunan
  • Penyata Kewangan Beraudit, dan
  • Pelaporan Pemilik Benefisial (Beneficial Owner)

Ingat: Menghantar dan menyediakan dokumen adalah dua perkara berbeza!


Penyediaan pemfailan tahunan

Seorang Setiausaha Syarikat boleh melakukan kedua-duanya, dan mereka wajib mengingatkan anda beberapa kali sebelum tarikh akhir setiap pemfailan.

Jika anda mahu mereka menyediakan dokumen ini juga, ia akan dikira sebagai perkhidmatan berasingan.


Resolusi asas

Resolusi-resolusi ini biasanya akan diperlukan dalam tempoh setahun:

  • pembukaan / penutupan akaun bank
  • pelantikan pengarah
  • pertukaran alamat perniagaan atau rekod perakaunan
  • pertukaran jenis perniagaan
  • kemas kini maklumat pengarah atau pemegang saham
  • menetapkan Tahun Kewangan pertama dan melantik juruaudit / ejen cukai pertama
  • notis dan minit mesyuarat

Kami sarankan anda pastikan resolusi ini termasuk dalam pakej Setiausaha Syarikat.


Resolusi tambahan

Resolusi ini jarang diperlukan dan bukan semua pelan menawarkannya. Contohnya:

  • penyingkiran pengarah
  • pengisytiharan dividen
  • perubahan Tahun Kewangan
  • perubahan penandatangan bank
  • penerbitan saham baharu
  • pemindahan saham sedia ada

Pada pendapat kami, memang bagus jika ia termasuk dalam sebuah pelan, tetapi tidak perlu diwajibkan.


Penyediaan dokumen undang-undang

Ini merujuk kepada penyediaan dokumen undang-undang seperti Perlembagaan Syarikat, penstrukturan semula saham, atau Perjanjian Pemegang Saham.


Cara memilih pelan Setiausaha Syarikat

Simbol wang untuk menunjukkan nilai pelan setiausaha syarikat

Berdasarkan kategori-kategori di atas, ada tiga perkara utama untuk dipertimbangkan semasa menilai pelan Setiausaha Syarikat.


Penyediaan dan pemfailan tahunan adalah wajib

Kecuali Penyata Kewangan, mustahil untuk gunakan perkhidmatan pihak lain untuk sediakan dokumen pemfailan tahunan anda, dan Setiausaha Syarikat sudah tahu perkara ini🙂

Walaupun penyediaan dan pemfailan dokumen dianggap sebagai servis berasingan, anda tiada pilihan lain, jadi pastikan anda tahu berapa caj mereka untuk penyediaan dokumen tersebut!


Hubungan antara yuran bulanan dan resolusi

Kebanyakan fi bulanan setiausaha syarikat bergantung kepada bilangan resolusi:

  • pelan asas menawarkan fi bulanan rendah tetapi mengenakan caj per resolusi
  • pelan premium mengenakan fi bulanan lebih tinggi tetapi resolusi rutin tidak terhad

Ada juga pelan lebih mahal lagi dengan semua resolusi tidak terhad, sesuai untuk syarikat yang besar.

Lazimnya, syarikat besar lebih memerlukan banyak resolusi, baik rutin mahupun tambahan.


Dokumen undang-undang bergantung kepada struktur pemilikan

Jangan tentukan keperluan dokumen undang-undang berdasarkan saiz syarikat tetapi berdasarkan bilangan pengarah dan pemegang saham. Jika anda mempunyai lebih daripada seorang rakan kongsi, pertimbangkan untuk mendapatkan:

  • Perjanjian Pemegang Saham
  • Perlembagaan Syarikat

Dokumen ini membantu mengelakkan pertikaian dan menetapkan garis panduan membuat keputusan.


Biar MISHU bantu anda cari pelan Setiausaha Syarikat

Kami menawarkan pelbagai pelan setiausaha syarikat untuk perniagaan tempatan dan asing. Walaupun kami ingin menjual pelan termahal, kami hanya akan melakukannya jika ia benar-benar sesuai untuk anda!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top