Panduan Lengkap Permohonan Gudang Pengilangan Berlesen (GPB)

Panduan Lengkap Permohonan Gudang Pengilangan Berlesen (GPB)

🥹 Permintaan daripada pasukan MISHU
Walaupun Gudang Pengilangan Berlesen sangat bermanfaat, ramai pemilik perniagaan di Malaysia tidak tahu ia wujud. Jika anda kenal sesiapa dengan perniagaan yang layak, tolong beritahu mereka!

Ramai yang layak untuk memohon Gudang Perkilangan Berlesen (GPB) atau ‘Licensed Manufacturing Warehouse’ tidak berbuat demikian kerana tidak tahu tentangnya, atau enggan melalui proses rumit.

Hakikatnya: Nak dapat lesen GPB tak mudah, tapi kalau lulus, ia menawarkan penjimatan kos cukup hebat..

Mr. Krabs mengira wang untuk menggambarkan ganjaran kewangan daripada memiliki lesen gudang perkilangan berlesen di Malaysia
Apa akan Mr. Krabs buat?

Di bawah ini, kami terangkan asas-asas permohonan LMW dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, termasuk:

  • erti Gudang Perkilangan Berlesen
  • syarat kelayakan
  • syarat bangunan dan pematuhan
  • yuran, tempoh sah, dan pembaharuan lesen, dan
  • langkah-langkah dalam proses permohonan

Jom, mulakan.

Erti Gudang Perkilangan Berlesen (LMW)

Gambar gudang untuk melambangkan GPB di Malaysia

Menurut Seksyen 65A Akta Kastam 1967, Gudang Perkilangan Berlesen (GPB) ialah premis di mana pemegang lesen dibenarkan untuk mengimport, menyimpan dan memproses:

  • bahan mentah
  • komponen, dan
  • peralatan

tanpa perlu membayar duti kastam sehingga produk siap dijual.

Jika produk dijual di dalam Malaysia, duti ke atas bahan yang diimport dikenakan seperti biasa.

Namun jika dieksport, duti import akan dikecualikan sepenuhnya, menjadikan GPB satu kelebihan besar bagi pengilang yang banyak menjalankan aktiviti eksport.

Syarat kelayakan

tangan terangkat untuk menunjukkan kelayakan memohon lesen GPB di Malaysia

Mana-mana perniagaan yang memiliki Lesen Pengilang MIDA / MITI dan mengeksport >80% daripada jumlah nilai keseluruhan barang siap dalam tempoh 12 bulan layak memohon.


Syarat keperluan bangunan

Anda perlu menyediakan lokasi sesuai dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Kastam, iaitu:

  • bangunan kekal, kukuh dan selamat
  • mempunyai kawalan keselamatan
  • dilengkapi sistem penggera keselamatan
  • pagar pada ketinggian sesuai atau dipasang jeriji besi
  • kawasan berasingan untuk pemprosesan, penyimpanan bahan mentah, produk siap, dan sisa buangan

Nota: Premis seperti kedai boleh dipertimbangkan jike mematuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

Jika anda rasa premis semasa anda menepati keperluan ini, teruskan baca panduan ini.

Syarat keperluan pematuhan

Pemegang lesen GPB perlu hantar laporan berikut sebelum atau pada 28 haribulan setiap bulan,:

Selain itu, penyata tahunan GPB juga wajib dihantar sebelum 31 Januari tahun berikutnya.

Bahagian ini yang sering buat pemilik perniagaan mengeluh, tetapi fikir begini: Semakin banyak kerja yang diperlukan untuk menyediakan laporan, semakin banyak anda telah jimat duti import!

Yuran, tempoh sah, dan pembaharuan

Lesen LMW dikenakan yuran RM2,400.00 setahun dan boleh dipohon untuk satu atau dua tahun.

Permohonan pembaharuan mesti dihantar sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh tamat.

Proses permohonan

Ikon tangan terangkat untuk menunjukkan proses permohonan lesen LMW di Malaysia

Jika anda dah ada premis sesuai, ada empat langkah utama untuk memohon lesen GPB anda.


Langkah 1: Sediakan dokumen

  • Borang JKDM No. 1 (Borang permohonan am)
  • Borang A (Permohonan GPB)
  • Dokumen pendaftaran syarikat
  • Gambar dan salinan kad pengenalan semua pengarah
  • Salinan lesen Pihak Berkuasa Tempatan
  • Salinan Lesen Pembuatan MIDA
  • Pelan lokasi, pelan lantai, dan pelan ketinggian yang disahkan
  • Carta alir proses pengilangan
  • Senarai mesin, peralatan, bahan mentah, komponen, dan produk siap
  • Salinan geran bangunan atau perjanjian sewaan
  • Salinan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)

Langkah 2: Hantar permohonan

Hantar permohonan beserta semua dokumen sokongan ke pejabat kastam yang paling dekat dengan lokasi GPB yang dicadangkan.


Langkah 3: Lulus pemeriksaan

Pegawai kastam akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis anda untuk menilai keupayaan pengilangan berdasarkan syarat bangunan yang telah disebutkan sebelum ini.

Jika terdapat sebarang perubahan yang perlu dibuat, mereka akan memaklumkan kepada anda dan memberi masa untuk penambahbaikan.


Langkah 4: Terima kelulusan dan buat bayaran

Setelah lulus pemeriksaan, lesen LMW anda akan diluluskan dan dikeluarkan selepas bayaran dibuat—dan anda boleh mula menikmati pengecualian duti import!


Secara keseluruhan, jangkakan proses ini akan ambil antara lapan hingga dua belas minggu.

Dan itu sahaja yang anda perlu tahu buat masa ini 🙂

Biar MISHU bantu permohonan Gudang Pengilangan Berlesen anda

Jika masa anda ada tugas lebih penting daripada mengisi borang dan menyusun dokumen, hubungi kami untuk dapatkan bantuan pantas!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top