fbpx
picture of business licence in malaysia

Panduan Usahawan Baharu: Lesen Perniagaan Malaysia

Tidak kira struktur perniagaan yang ditubuhkan, lesen perniagaan wajib mesti diperoleh untuk beroperasi di Malaysia secara sah,.

Bergantung pada jenis perniagaan dan lesen yang diperlukan, proses permohonan ini kadang kala agak memeningkan, terutamanya apabila berurusan dengan pegawai kerajaan yang garang.

kev kindred QPnHX7yvJyM unsplash
Siapa isi borang salah memang nahas.

Artikel ini merangkumi jenis-jenis lesen yang lazimnya diperlukan oleh perniagaan baharu di Malaysia serta badan kerajaan yang bertangungjawab untuk lesen tersebut.

Akhir sekali, kami akan terangkan kewajaran mengupah parti ketiga yang boleh dipercayai untuk melancarkan permohonan lesen perniagaan anda!

Rumusan:

  • Terdapat tiga jenis lesen: am, khusus buat industri dan khusus buat aktiviti perniagaan
  • Proses permohonan boleh mengambil masa seminggu hingga beberapa bulan mengikut lesen
  • Kebanyakan lesen sah selama 12 bulan dari tarikh lulus atau pro-rata mengikut kalendar (31 Disember)
  • Lesen am terdiri daripada lesen premis dan papan tanda dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
  • Lesen premis dan papan tanda biasanya boleh dimohon serentak sebagai Lesen Komposit
  • Lesen industri dan aktiviti adalah bagi industri dan kegiatan yang mempengaruhi kepentingan masyarakat dan dikeluarkan oleh jabatan kerajaan persekutuan yang berkenaan
  • Pemilik perniagaan biasanya melibatkan pihak ketiga untuk mengendalikan permohonan mereka dan mempunyai pilihan antara individu dan firma seperti MISHU

Perniagaan tertentu mungkin memerlukan permit tambahan, jadi anggap artikel ini sebgai panduan asas sebelum anda menyelidik topik permohonan lesen dengan lebih mendalam.

Lesen Am

s tsuchiya P48JzJc GhQ unsplash

Lesen am dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (juga digelar PBT) yang menjaga kawasan tertentu.

PBT ini bertanggungjawab mengendalikan semua bisnes dalam kawasan bidang kuasa mereka, jadi para usahawan perlulah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.

1. Lesen Premis

Lesen premis adalah pengiktirafan bahawa premis perniagaan anda selamat dan mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan. Lesen ini diperlukan untuk perniagaan yang beroperasi dari premis komersial, seperti kedai runcit, kiosk pusat membeli-belah, restoran dan pejabat.

2. Lesen Papan Tanda

Lesen papan tanda adalah pengiktirafan bahawa papan tanda perniagaan anda mematuhi syarat-syarat PBT, dan diperlukan untuk perniagaan yang memaparkan papan tanda hadapan kedai dan papan tanda pengiklanan.

3. Lesen Komposit Premis & Papan Tanda

Lesen ini menggabungkan lesen premis dan papan tanda menjadi satu lesen untuk proses permohonan yang lebih mudah.

Permohonan lesen perlu disertakan dengan dokumen sokongan. Sejurus itu, pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis dan papan tanda untuk memastikan semua keperluan telah dipenuhi. Ia boleh mengambil sehingga 30 hari bekerja dari tarikh penyerahan permohonan untuk menerima lesen komposit bergantung kepada PBT.

Lesen Komposit ini biasanya sah selama satu tahun, dan boleh diperbaharui untuk 12 bulan lagi selepas permohonan pembaharuan.

Anda dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan lebih awal daripada tarikh pembukaan yang dirancang. Bantahan yang mengejut boleh menunda pembukaan bisnes, dan anda pasti tidak mahu ditangkap beroperasi tanpa lesen.

Peringatan: Ada PBT yang prorata permohonan mengikut tahun kalendar, bermakna lesen tamat tempoh pada 31 Disember tidak kira tarikh diluluskan dan anda hanya dicaj untuk tempoh lesen aktif.

Lesen Khusus Industri

dominik luckmann SInhLTQouEk unsplash

Ini adalah lesen yang diperlukan untuk beroperasi dalam industri tertentu dan bertujuan memastikan perniagaan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Lesen khusus industri dikeluarkan oleh agensi kerajaan persekutuan yang bertanggungjwab menyelia industri tersebut.

Berikut ialah beberapa contoh sektor dengan lesen khusus industri dan badan kerajaan masing-masing:

Industri Pembinaan:

  • Lesen Kontraktor: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
  • Sijil Kecekapan Operasi Kren: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Industri Penjagaan Kesihatan:

  • Lesen Pengamal Perubatan: Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Lesen farmaseutikal: Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Lesen Hospital Swasta: Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta (PHFSA), KKM

Industri Pendidikan:

  • Lesen Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS): Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • Lesen Sekolah Swasta: Kementerian Pendidikan (KPM)


Kerana ia panjang (nak mampos), kami tidak akan menyenaraikan semua lesen khusus industri di sini. Bagi yang berminat, pautan ke sumber rasmi menunggu anda di hujung artikel untuk anda lihat senarai lengkap lesen yang diperlukan untuk industri tertentu.

Sekarang, mari kita lihat jenis lesen perniagaan terakhir.

Lesen Khusus Aktiviti

rune enstad cowLgyb63c4 unsplash

Lesen khusus aktiviti juga dikeluarkan oleh agensi kerajaan persekutuan yang berkenaan. tetapi meliputi aktiviti yang mengundang risiko kepada kesihatan, keselamatan atau kepentingan awam.

Perniagaan sering perlu membuktikan kelayakan untuk lesen khusus aktiviti dengan menghantar kakitangan untuk latihan khusus, mencapai piawaian kesihatan dan keselamatan tertentu, dan mempraktikan amalan mesra alam sekitar.

Berikut ialah contoh lesen khusus aktiviti dan industri yang berkenaan:

  • lesen perniagaan makanan; industri makanan dan minuman
  • lesen pemandu pelancong; industri pelancongan
  • lesen industri keselamatan swasta; industri keselamatan
  • lesen ejen hartanah; industri hartanah
  • pemberitahuan kosmetik; industri kesihatan dan kecantikan
  • lesen pengurusan sisa berjadual; industri alam sekitar

Kami tidak boleh menyediakan senarai penuh di sini, tetapi lazimnya jika sesebuah perniagaan melibatkan akitiviti yang berpotensi membunuh, menyebabkan kecederaan atau menjejaskan kesejahteraan jangka panjang orang lain, kemungkinan besar lesen khusus aktiviti akan diperlukan.

Sumber Rasmi Lesen Perniagaan Malaysia

Untuk senarai penuh, sila rujuk Portal rasmi lesen Perniagaan Malaysia Biz.

Selepas membaca dengan lebih mendalam, anda dinasihatkan untuk merujuk penasihat perniagaan yang berpengalaman dalam memohon lesen perniagaan. Terdapat pelbagai syarat yang perlu dipenuhi, dan terdapat risiko tinggi usahawan baharu akan terlepas pandang keperluan ini.

Mustahil untuk memberikan anggaran tepat tentang tempoh diperlukan untuk mendapatkan semua lesen perniagaan yang diperlukan kerana sesetengah lesen hanya mengambil beberapa hari manakala yang lain seperti Pensijilan Halal mungkin mengambil beberapa bulan.

Upah Runner Untuk Permohonan Lesen?

Setelah sedar betapa rumitnya proses permohonan lesen perniagaan mereka, kebanyakan usahawan akan tertanya, “Bolehkah saya upah pihak ketiga untuk mewakili saya?”

Ketika itulah mereka mendapat tahu tentang ‘license runner’.

Selalunya dipendekkan kepada ‘runner’, ini adalah individu atau bisnes yang menjadi perantara antara pemohon dan agensi kerajaan untuk membantu proses permohonan.

Walaupun MISHU tidak ingin memburukkan nama orang lain, setelah berinteraksi dengan ratusan pemilik perniagaan dan mendengar cerita mereka, kami hanya ingin memberikan peringatan berikut kepada usahawan baharu: berhati-hatilah apabila memilih runner.

pexels pixabay 208821
Senyuman manis tapi otak kosong.

Runner individu sering mengenakan caj yang lebih rendah, tetapi akhirnya kos kepada pemilik perniagaan adalah lebih tinggi kerana berdepan masalah berikut:

  • Caj tambahan percetakan, kurier dan tambang minyak tanpa resit yang konsisten
  • Anda perlu melakukan 100% penyelidikan tentang keperluan untuk lesen dan mengisi borang anda sendiri
  • Kadangkala runner hanya mendapatkan lesen sementara yang sah untuk tempoh singkat
  • Tanpa liabiliti, runner persendirian boleh lenyap dengan wang anda tanpa sebarang bantuan

Sebaliknya, syarikat yang menawarkan servis runner sep[erti MISHU mengenakan caj awal yang lebih tinggi, tetapi menawarkan kelebihan berikut:

  • Tiada caj tersembunyi; semuanya ada dalam invois
  • Panduan pakar tentang cara memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen kekal
  • Pengendalikan 100% borang dan kertas kerja
  • Dengan pejabat fizikal, ahli kakitangan dan nombor pendaftaran perniagaan, kami wajib menunaikan janji kepada pelanggan

Dengan menghormati masa penghantaran dan caj yang dikenakan, firma seperti kami selalunya pilihan yang lebih kos efektif.

Sudah tentu, terpulang kepada pemilik perniagaan untuk memilih runner persendirian atau mengendalikan proses permohonan lesen sendiri. Cara yang anda percaya boleh mendapatkan lesen perniagaan anda dengan paling cepat ialah cara terbaik!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to top