Panduan Laksanakan e-Invois Untuk Perniagaan Di Malaysia
Panduan ini adalah buat pembaca yang sudah memahami idea dan proses e-Invoicing di Malaysia, dan ingin tahu langkah yang patut diambil agar perniagaan mereka sedia untuk menggunakan sistem e-Invois apabila tiba masanya.
Semua perubahan pasti ada halangannya, lantas pemimpin bijak akan meramal dan mengurangkan impaknya.
Begini cara kami akan menguraikannya:
- Kita akan rumuskan proses e-invois yang lazim
- Kita senaraikan tiga jenis halangan yang boleh menggangu proses ini
- Kita akan kongsi 14 langkah untuk menyelesaikan halangan-halangan ini
Mari kita mulakan.
Proses e-Invois lazim untuk perniagaan
Kami yakin semua orang sudah melihat rajah ini – ini adalah aliran bagaimana sebuah e-invois disediakan, disahkan, dan dihantar ke LHDN.

Berdasarkan rajah di atas, terdapat tiga perkara yang wajib berlaku setelah jualan dibuat:
- Penjual mesti sediakan e-Invoice dan hantarkannya ke LHDN.
- Penghantaran adalah melalui MyInvois atau perisian pihak ketiga yang disambungkan ke MyInvois.
- Penjual mesti kongsi e-invois yang disahkan dengan pembeli.
Lantas, tiga perkara diperlukan oleh sesebuah perniagaan:
- Wakil perniagaan untuk sediakan dan kongsi e-invois.
- Perisian pihak ketiga atau aplikasi MyInvois.
- Butiran cukai pembeli
Tak nampak begitu sukar, jadi mari lihat tiga jenis halangan yang akan ditemui setiap pernigaan.
3 halangan perniagaan
Ada tiga jenis isu untuk setiap perniagaan: manusia, proses, dan teknologi.

Setiap satu daripada tiga sunber masalah ini boleh menghalang perniagaan daripada melaksanakan e-invois. Satu saja akan menjadi isu, dan jika terdapat dua atau tiga, pasti pernigaan akan berdepan cabaran besar untuk melaksanakan sistem e-Invois.
Mari kita lihat apa yang mungkin berlaku.
Manusia (pekerja)
- Pekerja yang enggan berubah
- Pekerja tidak fasih dengan garis panduan e-Invois
- Pekerja tidak tahu cara menggunakan perisian dengan betul
- Tempoh peralihan untuk menerima proses baharu
Manusia (pembekal)
- Pembekal yang menentang perubahan
Proses
- Tiada prosedur standard bagi seluruh perniagaan
- Perniagaan tidak tahu bagaimana proses harus disesuaikan untuk gunakan e-Invois
Teknologi
- Perniagaan mempunyai terlalu banyak transaksi untuk menggunakan MyInvois
- Perisian invois yang digunakan tidak dapat dihubungkan dengan API MyInvois
14 langkah untuk laksanakan e-Invois
Tanpa mengira industri anda, jika anda belum mengambil langkah untuk mengatasi pelaksanaan e-Invoicing, senarai semak 14 langkah berikut akan berguna:
Manusia (pekerja)
✅ Adakan latihan umum bagi seluruh syarikat mengenai peraturan e-invoicing
✅ Adakan latihan e-Invoicing yang spesifik untuk jabatan/fungsi kerja
✅ Sediakan sumber dan garis panduan yang mudah diakses untuk rujukan
✅ Pastikan ada pakar e-Invois dalam setiap jabatan sebagai sumber rujukan bagi rakan sekerja
Manusia (pembekal)
✅ Cadangkan perkongsian maklumat cukai dengan para pembekal
✅ Cari alternatif untuk pembekal yang menentang pelaksanaan e-Invoicing
✅ Tanya perisian pihak ketiga apa yang digunakan oleh pembekal
Proses
✅ Lakukan semakan menyeluruh terhadap proses sedia ada
✅ Bekerjasama dengan anggota jabatan untuk menyesuaikan proses seperti yang diperlukan
✅ Tetapkan piawaian e-Invois buat semua jabatan sebaik mungkin
Teknologi
✅ Mengesahkan dengan pembekal perisian bahawa ia boleh dihubungkan dengan MyInvois
✅ Minta sesi latihan untuk para pekerja
✅ Cari pilihan perisian alternatif jika yang sedang digunakan tidak sesuai dengan MyInvois
Pemimpin dan pemilik perniagaan
✅ 😌 SABAR!
Semoga berjaya!
Izinkan MISHU bantu pelaksanaan e-Invois anda
Akauntan berlesen MISHU sedia membantu perniagaan dengan keperluan perakaunan mereka dan pelan kami disesuaikan untuk organisasi pelbagai saiz – hubungi kami untuk padanan sempurna buat anda.
ada buat seminar dlm bahasa melayu