Panduan Lengkap Menukar Enterprise Kepada Sdn Bhd
Apa khabar, bakal pengarah syarikat!
Artikel ini akan menjelaskan lapan langkah untuk menukar Enterprise anda kepada syarikat Sdn Bhd.

Sebelum kita melihat proses tersebut, kami rasa penting untuk terdahulu menjelaskan salah faham yang sering berlaku berkaitan ‘menaik taraf’ atau ‘menukar’ sebuah Enterprise kepada Sdn Bhd.
Jom mulakan.
Isi Kandungan
- Tiada ‘penukaran’ struktur langsung
- 8 langkah tukar Enterprise ke Sdn Bhd
- Langkah 1: Draf perlembagaan syarikat (tidak wajib)
- Langkah 2: Buka akaun bank syarikat
- Langkah 3: Pindahkan aset & liabiliti ke Sdn Bhd baharu
- Langkah 4: Tandatangani semula kontrak sedia ada
- Langkah 5: Daftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Langkah 6: Daftar dengan EPF, SOCSO, EIS, & HRDF
- Langkah 7: Mohon lesen perniagaan wajib
- Langkah 8: Tutup Enterprise
- Izinkan MISHU memperbadankan Sdn Bhd baharu anda
Tiada ‘penukaran’ struktur langsung
Ramai pemilik Enterprise menyangka mereka boleh menukar Enterprise sedia ada kepada struktur baharu secara langsung, tetapi malangnya proses ini lebih tepat dilihat sebagai pemindahan aset.
Penukaran kepada Sdn Bhd memerlukan pemerbadanan syarikat baharu, rundingan semula kontrak sedia ada, pemindahan aset ke entiti baru, dan penutupan Enterprise setelah segala urusan selsai.
Sehubungan dengan itu, di bawah adalah lapan langkah ‘menaiktaraf’ Enterprise anda kepada syarikat Sendirian Berhad.
8 langkah tukar Enterprise ke Sdn Bhd
Langkah 1: Draf perlembagaan syarikat (tidak wajib)
Perlembagaan syarikat adalah kontrak antara bisnes, pengarah, dan pemegang saham yang menentukan cara operasi dan perkembangan organisasi.
Kerana Akta Syarikat 2016 menggariskan isu dan situasi lazim buat syarikat, perlembagaan tidak wajib jika anda ingin mula beroperasi secepat mungkin, tetapi dokumen ini cukup penting jika perniagaan anda sudah melibatkan banyak pemegang saham dan pengarah.
Langkah 2: Buka akaun bank syarikat
Sdn Bhd baru anda memerlukan akaun bank korporat untuk menangani semua transaksi perniagaan. Sistem perbankan ini akan mengasingkan aset kewangan bisnes dan peribadi anda dan merupakan bahagian sangat penting untuk meraih kepercayaan pelabur dan pemiutang kelak.
Langkah 3: Pindahkan aset & liabiliti ke Sdn Bhd baharu
Ini melibatkan pembelian aset dan pemindahan liabiliti dari Enterprise anda. Pastikan semua aset dicatat secara tepat agar transaksi ‘jual beli’ antara Enterprise dan Sdn Bhd anda dilakukan pada nilai aset yang logik.
Anda mungkin akan perlukan khidmat peguaman untuk miminta pemiutang menukar nama penghutang mereka kepada Sdn Bhd baharu.
Jangan ingat boleh lari dari hutang! 😃
Langkah 4: Tandatangani semula kontrak sedia ada
Anda perlu menandatangai kembali kontrak dengan para pembekal, klien, pekerja, dan sebagainya. Dengan ini, mereka sekarang akan berurusan dengan Sdn Bhd yang baharu diperbadankan, bukannya anda sebagai individu.
Langkah 5: Daftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
Sdn Bhd baru anda harus memenuhi kewajiban cukai di bawah namanya sendiri. Anda boleh mendaftar untuk akaun syarikat melalui MyTax, portal atas talian LHDN. Setelah tiga bulan beroperasi, Sdn Bhd anda harus mula menyerahkan anggaran cukai bulanan.
Untuk senarai lengkap kewajiban cukai sebuah Sdn Bhd, lihat halaman Pendaftaran Fail Cukai LHDN.
Langkah 6: Daftar dengan EPF, SOCSO, EIS, & HRDF
Jika anda sudah biasa mengupah pekerja, anda tentu sudah tahu yang Sdn Bhd anda harus mendaftar sebagai majikan dengan EPF dalam 7 hari dan SOCSO dalam 30 hari setelah pekerja pertama diupah.
Selain itu, jika anda ingin mengupah lebih dari sepuluh staf, anda juga harus mendaftar dengan HRDF.
Langkah 7: Mohon lesen perniagaan wajib
Bergantung pada jenis perniagaan, anda mungkin perlu mendapatkan lesen atau permit tertentu untuk beroperasi. Ini sangat penting jika pelan perniagaan anda melibatkan kegiatan baharu yang mungkin memerlukan lesen pernigaan baharu.
Langkah 8: Tutup Enterprise
Setelah selesai memindahkan semua aset dan liabiliti, menandatangani kontrak dan lesen, dan mendaftar dengan badan kerajaan yang berkaitan, tiba masanya untuk menutup Enterprise anda.

Ini boleh dilakukan secara atas talian melalui portal EzBiz SSM dengan pembayaran RM200.
SSM akan mengirim emel tentang penutupan Enterprise, dan dengan itu, anda sudah berjaya ‘menukar’ Enterprise anda kepada Sdn Bhd!
Kami di MISHU mendoakan kejayaan syarikat baharu.
Izinkan MISHU memperbadankan Sdn Bhd baharu anda

Pengurusan sebuah syarikat Sdn Bhd jauh lebih rumit daripada Enterprise. Pasukan MISHU sedia untuk membantu anda memperbadankan syarikat baharu dan memberi sokongan dan nasihat untuk memastikan kejayaan yang berpanjangan.
Hi, saya memiliki Enterprise. Berkeinginan untuk menukar ke Sdn. Bhd.
Hi Marcus,
Terima kasih untuk mesej anda. Teman sekerja kami akan menghubungi anda tak lama lagi.
Tahniah atas kejayaan bisnes anda 🙂
Pasukan Editorial MISHU
I’m have enterprise company to changed sdn bhd .please can you guide me ?
Hi Alisha,
We would be honoured! Client Servicing team will get in touch as soon as Monday hits.
Sincerely,
The MISHU Editorial Team
hai.. saya nak upgrade syarikat enterprise ke sdn bhd.
pls guide me.
thanks
Salam Ira,
Terima kasih – teman sekerja kami akan hubungi anda tak lama lagi 🙂
Sekian,
Pasukan Editorial MISHU
Hi saya mempunyai syarikat enterprise. Ingin tukar kepada sdn bhd
Salam Syazwan,
Rakan sekerja kami akan hubungi anda tak lama lagi. Selamat berniaga 🙂
Sekian,
Pasukan Editorial MISHU
saya nak tukar enterprise ke sdn bhd
Salam Nadia,
Pasukan kami akan hubungi anda secepat mungkin, dan tahniah atas kejayaan anda 🙂
Yang benar,
Pasukan Editorial MISHU
Kami ingin memulakan proses penukaran sykt enterprise ke sdn bhd, diharap dapat membantu.
sy berminat