Jika anda seorang pengusaha PKS, anda pasti sudah tahu bahawa sistem penggajian adalah sesuatu yang cukup penting buat perniagaan anda.
Anda juga tahu ia adalah proses yang menyusahkan, lantas tidak perlu diberitahu tentang kebaikan perisian yang boleh menunaikan tanggungjawab ini secara automatik.
Masalahnya adalah perisian mana hendak digunakan – terlalu banyak pilihan!
Sejujurnya, dalam ruang SaaS B2B, banyak pilihan sebenarnay adalah produk yang sangat serupa.
Justeru, artikel kami igin menyenaraikan lima ciri utama perisian penggajian yang mempermudah dan mempercepat tugas penggajian untuk PKS di Malaysia.
Dengan ini, anda boleh menilai sebarang perisian penggajian dan membuat pilihan yang tepat.
Mari kita mula!
Perhatian: Kami tidak akan lihat harga
Apabila membincangkan isu harga, lazimnya proses ini akan berlaku:
- Jika produk berada di luar bajet, tidak penting apa yang ditawarkan
- Jika produk sesuai dan berada dalam bajet, letakkannya dalam senarai pendek
- Rujuk senarai pendek anda dan pilih produk yang paling berbaloi
Kami akan fokus pada ciri perisian dan biarkan anda menjaga kepentingan syarikat!
Dan sekarang, berikut adalah lima ciri paling penting perisian penggajian.
1. Pengiraan automatik & tepat
Pengiraan automatik adalah sebab utama mengapa perisian gaji digunakan. Komputer melakukan pengiraan agar anda tidak perlu melakukannya.
Tentu saja, penting untuk mengetahui bagaimana perisian tersebut membuat pengiraannya, dan perisian penggajian yang bagus akan memasukkan faktor-faktor berikut dalam pengiraan mereka:
- Gaji (tentu saja)
- Waktu overtime
- Cuti berbayar & tidak berbayar
- Pelbagai potongan bulanan
- Sumbangan majikan
- Bonus atau insentif khusus pekerja
Ini membebaskan personel HR untuk menangani isu-isu yang lebih penting.
Majikan juga lebih senang untuk menawarkan ganjaran kepada individu tertentu apabila yakin gaji mereka akan dihitung dengan tepat.
2. Akses mudah untuk para pekerja
Mana-mana sistem perisian penggajian seharusnya membolehkan pekerja dengan mudah mengakses dan mengemas kini maklumat penggajian mereka, termasuklah:
- slip gaji
- status cukai, dan
- butiran peribadi
Selain itu, perisian tersebut harus mempunyai sistem permohonan cuti dan kad masa agar kemas kini maklumat penggajian dan pengiraan automatik sentiasa betul dalam masa nyata.
3. Pemindahan dana & slip gaji
Kebanyakan perisian sudah boleh melaksanakan pemindahan yang berjadual dari akaun bank syarikat ke akaun bank pekerja di platform.
Isu yang lebih besar adalah sistem keselamatan yang tersedia.
Bagaimana jika pekerja sambilan anda cuba menukar butiran akaun bank dengan pengarah syarikat?
Lebih teruk, bagaimana jika pengarah menukar butiran akaun bank dengan pekerja sambilan?
Platform harus mempunyai ciri keselamatan yang menjadikannya mustahil buat sesiapa sahaja selain individu sebenar untuk mengubah profil dan butiran peribadi dan gaji mereka.
4. Pematuhan cukai automatik
Pengiraan perisian penggajian haruslah selaras dengan kadar cukai Malaysia yang terkini dan keperluan undang-undang yang boleh berubah.
Itulah sebabnya kami cadangkan anda menggunakan penyedia perkhidmatan tempatan.
Keutamaan mereka adalah untuk selalu melaraskan fungsi perisian dengan undang-undang Malaysia yang terkini.
Penyedia perkhidmatan antarabangsa perlu melayan pelanggan dari banyak negara dengan peraturan cukai yang berbeza – lantas adanya risiko lebih tinggi untuk terlepas perkembangan baharu di Malaysia.
5. Laporan bulanan yang lengkap
Perisian penggajian anda sepatutnya dapat menghasilkan laporan dengan semua butiran utama dalam format yang mudah difahami.
Maklumat tentang perbelanjaan penggajian sesebuah syarikat memudahkan pihak pengurusan dan para pemegang saham membuat keputusan berdasarkan data.
Lebih baik lagi jika laporan tersebut boleh disesuaikan dengan memasukkan, mengecualikan, dan menyusun semula butiran mengikut kehendak anda.
Dan tentu saja bonus sebenarnya: anda dengan mudah dapat melihat staf mana yang sering ‘sakit’ dan hantar sepucuk Surat Rancangan Peningkatan Prestasi kepada mereka!
Izinkan MISHU bantu
MISHU boleh membekalkan para pemilik PKS Malaysia dengan perisian yang akan menyelesaikan keperluan sumber manusia mereka secara automatik, termasuk pengurusan penggajian, cuti dan sakit, serta tuntutan perbelajaan. Hubungi kita untuk tahu lebih lagi.