fbpx
panduan buka akaun bank perniagaan di Malaysia

Panduan Buka Akaun Bank Perniagaan Di Malaysia

Pembukaan akaun bank untuk perniagaan adalah langkah penting untuk menjalankan transaksi dan operasi dengan lancar di Malaysia bagi semua jenis entiti perniagaan.

nota RM50 untuk menunjukkan kepentingan membuka akaun bank bagi menjalankan perniagaan di Malaysia.
Takkan nak simpan bawah katil.

Panduan ini akan menerangkan keperluan dan proses yang lazimnya terlibat dalam membuka akaun bank perniagaan di Malaysia, termasuklah:

  • dokumen wajib
  • amalan bank yang prihatin dengan PKS
  • tempoh menunggu, dan
  • kelayakan pembukaan akaun 100% dalam talian

Notis: Keperluan dan kadar spesifik akan sedikit berbeza mengikut bank, jadi pastikan anda berbincang dengan wakil dari bank atau hubungi kami.

Jom mulakan.

Syarat untuk buka akaun bank perniagaan

Keperluan khusus berbeza mengikut entiti perniagaan tetapi semuanya bertujuan untuk membuktikan kesahihan sesebuah perniagaan dan pemiliknya.

Untuk Sdn Bhd

  • Borang 9 (Notis Pendaftaran)
  • Borang 13 (Notis Pendaftaran Nama Baru)
  • Borang 24 (Pengembalian Peruntukan Saham)
  • Borang 49 (Pemberitahuan perubahan dalam Daftar Pengarah, Pengurus & Setiausaha)
  • Memorandum dan Artikel Persatuan Syarikat
  • Salinan MyKad/pasport semua pengarah
  • Resolusi Lembaga Pengarah untuk membuka dan mengendalikan akaun

Nota: Dokumen mesti Diakui Sah oleh Setiausaha Syarikat anda.

Untuk Enterprise dan Perkongsian

  • Salinan MyKad pemilik / rakan kongsi
  • Borang A (Borang pendaftaran perniagaan)
  • Borang D (Sijil penubuhan)

Keperluan tambahan untuk Perkongsian:

  • Surat Ikatan Perkongsian
  • Mandat Perkongsian untuk buka akaun bank perniagaan

Untuk Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

  • Salinan MyKad / pasport Rakan Kongsi
  • Sijil Amalan
  • Notis Pendaftaran atau Sijil Pendaftaran dari Pendaftar PLT
  • Perjanjian PLT
  • Ekstrak Resolusi yang Disahkan untuk PLT
  • Surat Kelulusan daripada Badan Pengawas
  • Pengisytiharan Tahunan PLT

Nota: Dokumen mesti Disahkan Benar oleh Pegawai Pematuhan anda.

Adakah surat cadangan wajib?

Ya dan tidak. Ia adalah keperluan yang agak lazim, tetapi tidak selalu diwajibkan oleh bank di Malaysia.

Perniagaan tempatan di mana pengarah atau pemilik perniagaan boleh datang ke cawangan bank lebih berkemungkinan dikecualikan.

Contoh perniagaan tempatan kecil di Malaysia yang mungkin tidak memerlukan surat cadangan untuk membuka akaun bank perniagaan ialah kedai runcit atau warung makan kecil.
Nama seharum ini, pasti boleh lepas.

Perniagaan milikan asing dengan pengarah yang berada di luar negara dan tidak boleh hadir ke cawangan bank lebih cenderung diminta mengemukakan surat cadangan sebagai jaminan kesahihan.

Ciri bank yang penting bagi perniagaan kecil

Kami telah menulis panduan lengkap tentang empat amalan bank yang penting begi pemilik perniagaan kecil di Malaysia, iaitu:

  • servis muka pintu
  • transaksi pukal yang cekap
  • kadar deposit minimum yang munasabah, dan
  • pembukaan akaun pantas

Sebenarnya, banyak bank di Malaysia boleh digunakan, dan MISHU bukan bank, jadi kami sekadar memberikan nasihat ini agar anda membuat pilihan tepat 🙂

Tempoh masa untuk membuka akaun

Setelah permohonan dikemukakan, bank akan mengambil masa antara kurang dari sehari hingga beberapa minggu untuk mengesahkan kesahihan maklumat.

Faktor-faktor yang mempengaruhi masa yang diambil termasuklah:

  • Pemilikan perniagaan asing atau tempatan
  • Bilangan rakan kongsi atau pengarah, dan
  • Sama ada pengarah tinggal di Malaysia atau luar negara

Perniagaan tempatan dengan bilangan rakan kongsi yang rendah lazimnya akan menerima kelulusan akaun dengan lebih cepat.

Pengarah perniagaan asing boleh mempercepat proses kelulusan akaun dengan bekerjasama dengan bank sedia ada mereka dan bersedia untuk mengunjungi cawangan bank secara fizikal.

Kelayakan buka akaun 100% dalam talian

Sesetengah bank di Malaysia kini mempunyai aplikasi telefon bimbit yang menawarkan pendaftaran akaun perniagaan sepenuhnya dalam talian.

Ia cukup mudah kerana:

  • Pemilik perniagaan tidak perlu mengunjungi cawangan
  • Kelulusan akaun biasanya sangat cepat, dan
  • Aplikasi boleh digunakan untuk keperluan perbankan perniagaan biasa

Pada waktu panduan ini diterbitkan (Jun 2024), pembukaan akaun 100% dalam talian hanya ditawarkan kepada perniagaan tempatan di mana pengarah / rakan kongsi adalah warga Malaysia.

Bagi perniagaan milikan asing, permohonan awal boleh dilakukan dalam talian tetapi kemungkinan besar lawatan fizikal atau langkah-langkah lain akan diperlukan sebelum akaun bank boleh diluluskan.

Izinkan MISHU bantu membuka akaun anda

Pasukan MISHU di sini untuk membantu anda mencari rakan kongsi perbankan yang ideal untuk akaun perniagaan anda. Hubungi kami hari ini untuk cadangan yang mesra PKS.

Soalam lazim tentang pembukaan akaun bank perniagaan di Malaysia

  • Bolehkah saya buka akaun bank perniagaan di Malaysia tanpa melawat cawangan bank?
    💡Ya, tapi bersedialah untuk tempoh menunggu yang lebih lama untuk bank menjalankan pengesahan termasuk meminta untuk berjumpa anda secara maya.

  • Berapakah kadar deposit minimum biasa untuk bank di Malaysia?
    💡Kadar deposit minimum berbeza mengikut bank dan ada yang serendah RM500.

  • Berapakah kadar baki minimum untuk akaun bank perniagaan di Malaysia?
    💡Sekali lagi, ia berbeza mengikut bank, dan ada yang serendah RM1,000.

  • Bolehkah syarikat asing membuka akaun bank di Malaysia?
    💡Ya!

  • Apkah butiran tambahan yang akan diminta oleh bank Malaysia unutk syarikat asing?
    💡Bank kemungkinan besar akan meminta sebab syarikat memerlukan akaun bank Malaysia.

  • Apakah faktor yang mempengaruhi tempoh untuk membuka akaun bank perniagaan di Malaysia?
    💡Bilangan pemegang saham / pengarah / rakan kongsi dan sama ada ia dimiliki warga tempatan atau asing adalah faktor-faktor utama.

  • Adakah bank di Malaysia menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun dalam talian?
    💡Ya, tetapi pendaftaran akaun sepenuhnya dalam talian, setakat pengetahuan kami, hanya terbuka kepada perniagaan tempatan.
Powered by MISHU AI
Maya

Hello, I am Maya, your AI assistant. I have been trained to answer any questions about our services to make things easier and faster for you. Feel free to ask me anything!

Dont worry, for peace of mind, a human colleague will follow up after our chat to confirm important details and offer further assistance.

Let's get started. How can I help you today?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to top
Dikuasai oleh MISHU AI
Maya

Selamat sejahtera, saya Maya, "AI Assistant" anda. Saya telah dilatih untuk menjawab sebarang soalan tentang perkhidmatan kami untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan anda. Jangan ragu untuk bertanya kepada saya apa-apa!

Jangan risau, rakan sekerja saya akan membuat susulan selepas sembang kami untuk mengesahkan butiran penting dan menawarkan bantuan lanjut.

Mari kita mulakan. Bagaimana saya boleh membantu anda hari ini?