Panduan Ringkas Permohonan Malaysia Digital Status (MD Status)

Panduan Ringkas Permohonan Malaysia Digital Status (MD Status)

Dahulunya dipanggil MSC Malaysia, Malaysia Digital (MD) adalah initiatif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menggalakkan perkembangan teknologi dan infrastruktur dalam sektor khusus.

Death Star sebagai rujukan jenaka kepada sektor teknologi baharu dalam Status MD
Tak lama lagi kita akan ada Death Star sendiri.

Di bawah program ini, syarikat yang layak akan mendapat Status MD yang melayakkan mereka untuk insentif cukai yang menarik dan kebenaran mengupah pakar dari luar negara.

Kerana program ini sudahpun dibincangkan dengan meluas, kami memilih untuk menyediakan panduan ringkas untuk pemohon dengan sekilas memahami:

  • sektor yang layak untuk Status MD
  • syarat kelayakan
  • yuran
  • langkah-langkah permohonan, dan
  • tawaran untuk izinkan MISHU uruskan permohonan MD Status anda 🙂

Nota: Pembaca yang inginkan maklumat lengkap boleh rujuk senarai sumber di hujung panduan, termasuk PDF MD Bill of Guarantees (BoGs)!

Jom, mulakan.

Sektor yang layak untuk Status MD

Ada 19 sektor yang layak untuk Status MD yang dipanggil ‘Malaysia Digital Activities’ oleh MDEC. Senarai mereka dalam Bahasa Inggeris, jadi ada yang tak boleh diterjemah dalam Bahasa Melayu!

  • artificial intelligence (AI)
  • big data analytics (BDA)
  • blockchain
  • teknologi media kreatif
  • platform ekonomi perkongsian
  • Internet of Things (IoT)
  • pusat data dan cloud
  • keselamatan siber (teknologi / perisian / reka bentuk dan sokongan)
  • teknologi dron
  • teknologi kewangan (fintech)
  • percetakan 3D (teknologi / perisian / reka bentuk dan sokongan)
  • teknologi autonomi
  • reka bentuk litar bersepadu (IC) dan perisian terbenam
  • robotik (teknologi / perisian / reka bentuk)
  • reka bentuk dan sokongan sistem / seni bina rangkaian
  • antaramuka pengguna / pengalaman pengguna (UI / UX)
  • realiti maya
  • teknologi telekomunikasi maju
  • perkhidmatan perniagaan global atau pengurusan maklumat

Aktiviti anda boleh melibatkan penyelidikan & pembangunan (R&D), pengkomersialan, atau perkhidmatan dalam mana-mana bidang di atas. Sektor yang tidak tersenarai juga boleh diterima jika dapat kelulusan jawatankuasa MDEC.

Lightsaber sebagai jenaka mengenai teknologi baharu yang diluluskan di bawah Status MD.
Ni mesti lulus.

Jika syarikat anda ada teknologi yang menarik, hantar saja permohonan!

Syarat kelayakan

Ada syarat untuk dapatkan Status MD dan setelah itu, kekalkan Status MD anda.

Mendapatkan Status MD:

  • bercadang atau sudahpun melaksanakan minimum satu aktiviti MD yang disenaraikan
  • mempunyai syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016

Mengekalkan Status MD:
Dalam tempoh 12 bulan selepas diberikan Status MD, buktikan anda telah:

  • memulakan operasi dan melaksanakan Aktiviti MD
  • mengupah minimum 2 pekerja pakar yang terlibat secara langsung dalam Aktiviti MD dengan gaji asas bulanan purata minimum RM5,000
  • menanggung perbelanjaan operasi tahunan minimum RM50,000 untuk Aktiviti MD
  • mengekalkan modal berbayar minimum RM1,000

Ini adalah di samping keperluan lesen PBT bagi premis, industri, dan aktiviti perniagaan anda.

Yuran

MDEC mengenakan yuran pemprosesan RM1,080 bagi setiap permohonan Status MD.

Yuran ini tidak boleh dikembalikan walaupun permohonan ditolak, dan tak termasuk caj pihak ketiga jika anda dapatkan bantuan profesional—tapi jangan risau, MISHU tak mahal pun! 😄

Langkah permohonan

Bagi yang yakin mereka boleh memenuhi syarat MD Status dan ingin uruskan permohonan sendiri, ada lima langkah utama.

Langkah 1: Perbadankan syarikat Sdn Bhd

Seperti yang disebutkan, Status MD hanya diberikan kepada syarikat yang diperbadankan di Malaysia, jadi jika anda belum menubuhkan syarikat, ini adalah langkah pertama anda.

Mereka yang berada di Malaysia boleh tubuhkan syarikat sendiri, manakala mereka di luar negara perlu dapatkan bantuan profesional—contohnya daripada MISHU 🤭

Proses ini mengambil 7 hingga 10 hari bekerja, dan sekurang-kurangnya melibatkan yuran SSM RM1,010.

Langkah 2: Daftar akaun MD

Pergi ke laman pendaftaran portal MD dan daftar akaun anda.

Halaman pendaftaran untuk permohonan Status MD

Ada proses pengaktifan e-mel yang kami yakin anda boleh uruskan, ini kan permohonan untuk usahawan dalam bidang teknologi!

Langkah 3: Pilih MD Status

Memilih untuk memohon Status MD di portal MDEC

Apabila masuk ke dalam portal, pilih “MD Status” dan tekan ‘proceed‘.

Langkah 4: Masukkan nombor pendaftaran SSM syarikat

Status MD mengesahkan nombor SSM syarikat

Nampak tak ruang teks di bawah? Anda perlu masukkan nombor syarikat yang sah untuk meneruskan.

Sebagai contoh, nombor MISHU adalah 202001002122, dan jika kami gunakannya, sistem akan memaparkan pengesahan seperti berikut.

Contoh pengesahan nombor syarikat untuk Status MD

Ini sebab anda perlu daftarkan syarikat dahulu!

Langkah 5: Isi dan hantar borang permohonan

Borang dalam talian Status MD di portal MDEC

Anda akan dibawa ke borang yang anda perlu isi dan hantar dengan yuran pemprosesan dan dokumen sokongan.

Selepas permohonan dihantar, ada tiga peringkat pemprosesan:

  1. Juru analisis akan buat semakan awal berdasarkan maklumat permohonan anda.
  2. Mereka mungkin minta maklumat tambahan atau jemput anda untuk bentangkan perniagaan.
  3. Permohonan anda dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelaras Malaysia Digital (MD-CC) untuk pertimbangan dan kelulusan akhir.

Jika MD-CC luluskan permohonan, syarikat anda akan diberikan Sijil e-Status MD, dan anda patut mula memenuhi syarat mengekalkan Status MD dalam tempoh 12 bulan berikutnya.

Masih banyak yang boleh dibincangkan tentang Status MD, tetapi bagi permohonan pertama, ini sahaja sudah cukup.

Selepas tiga tahun, anda boleh memohon MD Expansion dan nikmati faedah cukai yang lebih menarik!

Sumber rujukan Status MD

Sumber-sumber berikut digunakan untuk menyediakan panduan ini:

Dan bagi yang betul-betul suka membaca, inilah salinan MD Bill of Guarantees.

Powered By EmbedPress

Kami harap permohonan anda berjalan lancar, dan jika anda perlukan bantuan, MISHU ada di sini 🌟

Biar MISHU uruskan permohonan MD Status anda

Daripada penubuhan syarikat hinggalah membimbing anda sepanjang permohonan Status MD, pasukan kami akan pastikan segala urusan dilakukan dengan betul semantara anda tumpukan perhatian penuh kepada mengembangkan perniagaan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top