Panduan Lengkap Permohonan Lesen Perniagaan MPBP
Panduan ini menerangkan proses permohonan lesen perniagaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) buat sesiapa yang ingin berniaga di Bandar Batu Pahat, Taman Banang, atau Bandar Putera Indah.

Begini cara kami akan terangkannya:
- maksud ‘lesen perniagaan MPBP’
- dokumen sokongan yang diperlukan, dan
- cara membuat permohonan
Nota: Kerana yuran lesen berbeza mengikut jenis dan saiz perniagaan, kami tidak boleh menyenaraikan semuanya di sini. Namun, anda dialu-alukan hubungi kami untuk pertanyaan khusus!
Jom, mulakan.
Maksud lesen perniagaan MPBP
Apabila kita kata ‘lesen perniagaan MPBP‘, ia lazimnya melibatkan dua lesen:
Kedua-dua lesen ini membuktikan premis perniagaan dan papan tanda anda mematuhi syarat MPBP.
Syarat lesen premis

Semua premis perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
- tandas, bilik air, tempat basuh tangan, tuala/tisu dan tong sampah mencukupi dan bersih
- cat bangunan luar dan dalam, baiki bahagian rosak
- tiada barang atau aktiviti perniagaan di kaki lima, lorong belakang/sisi, dan tepi jalan
- alat pemadam api yang sah dan laluan masuk / keluar bebas halangan
- pencahayaan dan pengudaraan mencukupi
- tiada kesesakan, habuk, asap, bau, getaran, atau apa-apa bentuk pencemaran udara
Selepas permohonan dikemukakan, pegawai MPBP akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis, dan setelah diperoleh, lesen premis mesti dipamerkan dengan jelas di premis.
Lesen ini sah untuk setahun dan perlu diperbaharui sebelum 31 Disember tahun semasa.
Syarat lesen papan tanda

Papan tanda perniagaan mesti mematuhi peraturan seperti berikut:
- saiz standard papan iklan premis: 6.10 meter (20 kaki) x 1.22 meter (4 kaki)
- Bahasa Melayu mesti 10% lebih besar daripada bahasa lain dan diluluskan Dewan Bahasa dan Pustaka
- nama perniagaan seperti didaftarkan di SSM mesti dikekalkan tanpa terjemahan
- aktiviti perniagaan mesti dinyatakan dalam Bahasa Melayu
- nombor lesen papan iklan hendaklah dipamerkan di sudut bawah sebelah kiri
- nombor pendaftaran syarikat dan nama syarikat hendaklah dipamerkan di sudut bawah sebelah kanan
- nombor lesen iklan mesti dipamerkan pada papan iklan yang diluluskan
- tiada visual tidak sopan atau menyentuh sensitiviti kaum atau agama
- iklan berkaitan ‘Halal’ mesti disokong dengan bukti
Papan tanda hanya boleh dipasang selepas lesen Majlis diluluskan dan tidak boleh tidak boleh menghalang tingkap atau ruang keluar asap.
Dokumen wajib untuk permohonan

Terdapat dua jenis dokumen yang perlu disediakan:
- Dokumen biasa – untuk semua permohonan
- Dokumen sokongan – khusus untuk perniagaan tertentu
Dokumen umum
Tidak kira jenis perniagaan yang anda ingin jalankan, semua permohonan mesti disertakan dengan dokumen berikut:
- Dokumen pendaftaran perniagaan atau syarikat
- Resit cukai tanah
- Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Certificate of Occupancy)
- Perjanjian sewa (jika menyewa premis perniagaan)
- Dua keping gambar berukuran pasport pemohon
- Contoh reka bentuk papan tanda premis perniagaan
Ini bermakna anda perlu terlebih dahulu:
- Daftarkan Enterprise atau Sdn Bhd
- Tandatangani perjanjian sewa premis perniagaan
Dokumen sokongan
Dokumen sokongan diperoleh daripada agensi kerajaan atau teknikal yang mengawal selia industri atau aktiviti berkaitan dengan sektor perniagaan tertentu.
| Jenis Perniagaan | Jabatan Berkaitan |
|---|---|
| Pemprosesan makanan (bukan F&B) | – Jabatan Bomba dan Penyelamat – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Jabatan Kesihatan – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (jika berkaitan) |
| Pemprosesan bahan | – Jabatan Bomba dan Penyelamat – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Jabatan Alam Sekitar |
| Industri ringan | – Jabatan Bomba dan Penyelamat – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (jika menggunakan mesin berat) |
| Pemprosesan bahan kimia/racun perosak | – Jabatan Bomba dan Penyelamat – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Jabatan Kesihatan – Jabatan Kimia |
| Percetakan | – Jabatan Bomba dan Penyelamat – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Jabatan Alam Sekitar – Kementerian Dalam Negeri |
| Makanan dan minuman (F&B) | – Sijil Kursus Pengendalian Makanan – Resit asal pemasangan perangkap minyak |
| Pawagam | – FINAS – Pejabat Daerah Johor Bahru |
| Farmasi | – Jabatan Farmasi |
| Pusat urut | – Jabatan Kesihatan |
| Pusat kecantikan | – Jabatan Kesihatan |
| Pusat pelancongan | – Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (TDC) |
| Agensi pekerjaan | – Jabatan Sumber Manusia |
| Jualan kenderaan terpakai / barangan terpakai | – Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
| Pusat tuisyen / sekolah swasta | – Jabatan Pendidikan |
| Tadika | – Kebenaran Merancang Sementara – Jabatan Kebajikan Masyarakat |
| Rumah penjagaan warga emas | – Kebenaran Merancang Sementara – Kelulusan Ubahsuai daripada Bahagian Kawalan Bangunan MBJB |
| Stesen minyak | – Jabatan Bomba dan Penyelamat |
| Perniagaan luar bangunan | – Kebenaran Merancang Sementara |
| Pusat hiburan, pub / bar, pusat karaoke | – Pejabat Daerah Johor Bahru – Jabatan Bomba dan Penyelamat |
| Bengkel dan stor kenderaan | – Jabatan Bomba dan Penyelamat |
| Bengkel kenderaan dengan cat semburan | – Jabatan Bomba dan Penyelamat – Jabatan Alam Sekitar |
| Agensi kawalan keselamatan | – Kementerian Dalam Negeri |
| Agensi pekerja asing | – Jabatan Sumber Manusia – Kementerian Sumber Manusia |
Sesetengah agensi mempunyai tempoh permohonan tertentu di mana mereka memproses semua permohonan untuk tahun itu dengan serentak.
Yang lain pula terbuka sepanjang tahun dan menerima permohonan secara berterusan.
Jika anda sudah mula sakit kepala, pasukan MISHU mempunyai pengalaman luas berurusan dengan agensi kerajaan dan sedia membantu anda.
Cara hantar permohonan

Anda mempunyai dua pilihan:
- Secara fizikal di salah satu kaunter MPBP
- Secara digital melalui portal web atau aplikasi telefon eKhidmat MPBP
Pada pendapat kami, mungkin lebih baik hantar secara fizikal kerana kedua-dua portal ini kadangkala agak sukar digunakan.

Buat masa ini, itu sahaja yang anda perlu tahu!
Senarai semak pra-permohonan
Untuk permohonan lesen yang lancar, pastikan anda telah melakukan lima perkara berikut:
- Mendaftar Enterprise atau Sdn Bhd
- Mencari premis yang sesuai
- Mendapatkan dokumen sokongan yang betul
- Sediakan reka bentuk papan tanda yang mematuhi garis panduan MBJB, dan
- Sediakan pelan lantai dan mengambil gambar premis anda
Ini adalah pautan kepada borang permohonan lesen komposit MPBP yang boleh anda isi setelah sedia.
Semoga berjaya dengan permohonan anda, dan ingat, kami di sini jika anda memerlukan bantuan!
Biar MISHU bantu permohonan lesen anda
Pasukan lesen perniagaan MISHU telah membantu pemilik perniagaan dari pelbagai industri dengan permohonan lesen perniagaan, dan kami sedia membantu anda juga.