Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Di Johor
Panduan ini khusus buat usahawan yang ingin berniaga di negeri Johor dan memerlukan lesen perniagaan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri tersebut.
MISHU berurusan dengan banyak agensi kerajaan di Malaysia, dan dalam pengalaman kami permohonan lesen dengan PBT Johor lazimnya lancar dan bebas dari isu.

Lepas ini, anda boleh mohon lesen sendiri dan kalau nak minta tolong MISHU, lagi boleh 🙂
Begini cara kami menerangkannya:
- senarai PBT di Johor
- maksud lesen PBT
- syarat lazim permohonan mana-mana PBT Johor, dan
- yuran dan tempoh sah lesen
Jom mulakan.
Senarai PBT di Johor
Daerah-daerah Johor ditadbir oleh 16 PBT berbeza, dan langkah pertama jika anda belum buat adalah untuk kenalpasti PBT kawasan di mana premis anda terletak.

Cari lokasi premis anda dalam jadual di bawah dan lihat PBT yang mentadbir kawasan tersebut.
| PBT Johor | Kawasan Ditadbir |
| Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) | Bandar Johor Bahru, Larkin, Tebrau, Ulu Tiram, Bandar Dato’ Onn, Kempas, Tampoi, Johor Jaya, Permas Jaya dan zon berhampiran |
| Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) | Iskandar Puteri dan kawasan sekitar termasuk Skudai, Gelang Patah, Kangkar Pulai, dan Ulu Choh |
| Majlis Perbandaran Kulai (MPKulai) | Kulai, Senai, Sedenak, Saleng, Seelong, Bukit Batu dan kawasan berhampiran |
| Majlis Perbandaran Muar (MPMuar) | Bandar Muar, Parit Jawa, Bukit Bakri, Pagoh dan kawasan berhampiran |
| Majlis Daerah Tangkak (MDTangkak) | Pekan Tangkak, Sagil, Bukit Gambir, Grisek, Kundang Ulu dan mukim berhampiran |
| Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) | Bandar Batu Pahat, Taman Banang, Bandar Putera Indah, dan kawasan industri Batu Pahat |
| Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) | Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong, Kangkar Bahru, Parit Yaani, Lam Lee, Sri Medan dan pekan-pekan berhampiran |
| Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) | Bandar Segamat dan mukim berhampiran |
| Majlis Daerah Labis (MDLabis) | Labis, Bekok, Cha’ah, Sungai Karas dan kawasan berhampiran |
| Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) | Bandar Kluang dan kawasan berhampiran |
| Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) | Simpang Renggam, Renggam, Layang-Layang, Machap dan pekan-pekan berhampiran |
| Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) | Bandar Pontian, Pekan Nanas, Benut, Ayer Baloi, Permas/Kukup dan kawasan berhampiran |
| Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) | Bandar Kota Tinggi, Sungai Rengit, dan Pengerang |
| Majlis Daerah Mersing (MDMersing) | Pekan Mersing |
| Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) | Bandar Pasir Gudang |
| Majlis Perbandaran Pengerang (MPPengerang) | Pengerang, Pantai Timur, Tanjung Surat, Sedili Kechil dan Johor Lama |
Kalau PBT anda di Johor Bahru atau Iskandar Puteri anda dipersilakan rujuk panduan khas kami:
Bagi yang lain, kami ada pautan ke portal setiap PBT, jadi klik untuk lawat laman web mereka.
Biasanya semua maklumat akan ada di laman web PBT, dan kalau sukar dicari, anda boleh telefon untuk minta bantuan.
Maksud lesen PBT
Biasanya, ‘lesen PBT’ merujuk kepada lesen komposit yang menggabungkan dua lesen:
- lesen premis
- lesen papan tanda
Kedua-dua lesen ini memastikan premis perniagaan dan papan tanda anda mematuhi syarat PBT dan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sah lesen tersebut.

Kerana hampir semua perniagaan memerlukan kedua-dua lesen ini, PBT biasanya menggabungkannya dalam satu permohonan yang dikenali sebagai lesen komposit.
Namun, PBT juga bertanggungjawab mengeluarkan lesen lain seperti lesen jualan minuman keras dan lesen premis hiburan. Untuk elak membazir masa, kenal pasti lesen PBT yang diperlukan untuk perniagaan anda sebelum memulakan proses permohonan.
Syarat lazim permohonan
Setiap PBT ada syarat berbeza, tetapi perbezaan biasanya hanya berkenaan butiran manakala jenis syarat lebih kurang sama dari segi:
- entiti perniagaan
- premis
- papan tanda
- dokumen sokongan
Entiti perniagaan
Ini bermakna sebelum memohon lesen, anda perlu mendaftar sebuah entiti perniagaan terlebih dahulu, sama ada:
- Enterprise
- Sdn Bhd, atau
- Perkongsian Liabiliti Terhad
Kalau tak pasti, baca panduan kami yang menerangkan kelebihan dan kekurangan entiti ini.
Premis

- mempunyai bekalan air paip untuk kegunaan pekerja dan pelanggan
- bilangan tandas yang cukup untuk lelaki dan wanita
- pencahayaan yang mencukupi
- pengudaraan yang baik
- peralatan pencegahan kebakaran yang lengkap dan berfungsi
- tidak digunakan untuk tujuan kediaman kecuali yang telah ditetapkan
Papan tanda

- dimensi mematuhi ukuran yang dibenarkan
- Bahasa Melayu mesti digunakan dan tidak boleh lebih kecil daripada bahasa lain
- menyatakan nombor pendaftaran perniagaan
- tidak menghalang pengaliran udara / cahaya semula jadi tingkap
- tiada kandungan tidak sopan
Dokumen sokongan

- dokumen pendaftaran perniagaan
- resit cukai tanah tanpa hutang tertunggak
- sijil kelayakan menduduki bangunan (certificate of occupancy)
- perjanjian sewa atau geran tanah
- gambar dan mykad / passport pemohon
- lakaran reka bentuk papan tanda
- gambar luar dan dalam premis
- pelan lantai premis
- surat sokongan bomba dan agensi teknikal lain
Yuran dan tempoh sah lesen

Dalam pengalaman kami, lesen komposit setahun PBT biasanya sekitar:
- RM200 – RM500 untuk pejabat / premis runcit
- RM500 untuk premis F&B
- RM1,000 untuk perniagaan yang beroperasi di kilang dan sektor perindustrian
Kami hanya berani berikan anggaran sahaja kerana setiap PBT ada formula sendiri berdasarkan saiz premis dan jenis perniagaan, jadi harga setiap permohonan sering berbeza.
Lazimnya tempoh sah lesen adalah setahun apabila diluluskan dan setiap kali diperbaharui.
Itu sahaja daripada kami, dan kami ucapkan semoga lancar segala urusan!
Biar MISHU berurusan dengan PBT Johor untuk anda
Pasukan pelesenan kami telah membantu lebih dua ribu perniagaan memahami dan memenuhi syarat pelesenan PBT di seluruh Malaysia. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan lesen perniagaan dari PBT Johor!