senarai lengkap gred kontraktor cidb dan syarat kelayakan

Senarai Gred CIDB & Syarat Kelayakan Kontraktor

Kontraktor tempatan yang berdaftar dengan CIDB diklasifikasikan kepada tujuh gred (G1 – G7), dan setiap kenaikan gred membolehkan kontraktor melaksanakan projek pembinaan yang bernilai lebih tinggi.

(ilustrasi cek kosong sebagai jenaka bahawa kontraktor bergred G7 tiada had nilai projek)
Semua nak jadi kontraktor G7, tapi bukan semua ada modal yang cukupi

Agar kontraktor hanya mengerjakan projek yang sesuai untuk mereka, semakin tinggi gred, semakin tinggi syaratnya, dan panduan ini menerangkan sistem penggredan CIDB untuk kontraktor di Malaysia, termasuk:

  • hubungan antara gred dengan kod bidang pengkhususan
  • syarat pendaftaran
  • bagaimana gred mempengaruhi operasi kontraktor
  • cara menukar gred kontraktor

Sudah tentu, anda juga boleh terus hubungi kami jika ingin mendapatkan bantuan!

Jika tidak, jom mulakan.

Hubungan gred dan kod bidang CIDB

Selain gred yang terutamanya menunjukkan keupayaan kewangan kontraktor, CIDB turut mengelaskan kontraktor mengikut bidang kepakaran dengan kod bidang CIDB yang terdiri daripada:

  • kategori, iaitu empat bidang utama kerja pembinaan, dan
  • pengkhususan lanjut di bawah setiap kategori.

Dua kontraktor di bawah mempunyai kategori dan pengkhususan yang sama, tetapi gred berbeza.

Contoh Sijil PPK CIDB G4
PPK G4.
Contoh Sijil PPK CIDB G3
PPK G3.

Mereka boleh melaksanakan jenis projek yang sama, tapi kontraktor G4 boleh mengambil projek dengan nilai kontrak lebih tinggi.

Setiap kontraktor hanya boleh mempunyai satu gred CIDB, tetapi boleh mendaftar di bawah sebanyak kategori dan pengkhususan yang diingini asalkan boleh menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk senarai Kod Bidang CIDB kami.

Syarat pendaftaran setiap gred

Setiap gred mempunyai keperluan modal berbayar (paid-up capital) dan kakitangan teknikal yang berbeza.

GredModal BerbayarKeperluan Personel
G1RM5,000 (RM10,000 untuk SPKK)Seorang pemegang Sijil Teknikal (jika ada)
G2RM25,000Sama seperti G1
G3RM50,000Sama seperti G1
G4RM150,000 Standard: Pemegang Diploma

Kategori F:
• Dengan kelayakan FM: 1 × Diploma FM
• Tanpa kelayakan FM: 1 × Diploma + 3 tahun pengalaman dalam perkhidmatan / penyelenggaraan fasiliti
G5RM250,000 Standard: Pemegang Diploma dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman ATAU
Pemegang Ijazah dengan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman

Kategori F:
• Dengan kelayakan FM: 1 × Diploma FM + 1 × Diploma Teknikal (3 tahun pengalaman)
• Tanpa kelayakan FM: 1 × Ijazah + 1 tahun pengalaman FM ATAU 1 × Diploma + 5 tahun pengalaman FM
G6RM500,000 Standard: Seorang pemegang Diploma DAN seorang pemegang Ijazah, dengan sekurang-kurangnya seorang mempunyai 3 tahun pengalaman

Kategori F:
• Dengan kelayakan FM: 1 × Ijazah FM + 1 × Diploma Teknikal (3 tahun pengalaman)
• Tanpa kelayakan FM: 1 × Ijazah + 1 × Diploma (sekurang-kurangnya seorang mempunyai 3 tahun pengalaman FM)
G7RM750,000 Standard: Dua pemegang Ijazah, dengan sekurang-kurangnya seorang mempunyai 5 tahun pengalaman ATAU
Seorang pemegang Diploma DAN seorang pemegang Ijazah, kedua-duanya mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman

Kategori F:
• Dengan kelayakan FM: 1 × Ijazah FM + 1 × Ijazah Teknikal (3 tahun pengalaman)
• Tanpa kelayakan FM: Sama ada 1 × Ijazah + 1 × Diploma (kedua-duanya mempunyai 5 tahun pengalaman FM) ATAU 2 × pemegang Ijazah (sekurang-kurangnya seorang mempunyai pengalaman FM)

Bagaimana gred mempengaruhi kontraktor

Memandangkan gred CIDB mencerminkan keupayaan kewangan dan teknikal kontraktor, ia memberi kesan kepada hampir setiap aspek operasi pernaigaan secara besar dan kecil, termasuk:

  • nilai maksimum kontrak projek
  • kawasan operasi
  • kategori pembinaan yang boleh dipohon
  • tahap ketelitian penilaian oleh CIDB
  • syarat pemilikan dan subkontrak bagi Status Bumiputera
  • yuran pendaftaran
  • keperluan pembaharuan

Had nilai maksimum projek

Kesan paling penting setiap gred ialah had nilai kontrak maksimum yang boleh dilaksanakan oleh kontraktor mengikut kategori.

GredBangunan / Awam / Mekanikal (RM)Elektrik (RM)Fasiliti (RM)
G1Sehingga 200,000Sehingga 200,000
G2200,001 – 500,000Sehingga 500,000
G3500,001 – 1,000,000Sehingga 1,000,000
G41,000,001 – 3,000,000200,001 – 3,000,000Sehingga 3,000,000
G53,000,001 – 5,000,000200,001 – 5,000,0003,000,001 – 5,000,000
G65,000,001 – 10,000,000200,001 – 10,000,0005,000,001 – 10,000,000
G7Melebihi 10,000,000 tanpa had maksimumMelebihi 200,000 tanpa had maksimumMelebihi 10,000,000 tanpa had maksimum

Kelayakan kategori F

Contoh Sijil PPK CIDB G1
Anda takken lihat kontraktor G1 dengan Kategori F.

Walaupun kebanyakan kategori terbuka kepada semua gred, Kategori F (Pengurusan Fasiliti) hanya boleh didaftarkan oleh kontraktor G4 dan ke atas.

Selain itu, kontraktor yang ingin memohon kategori ini tidak boleh beroperasi sebagai:

  • milikan tunggal (Sole Proprietorship)
  • perkongsian konvensional (Partnership), atau
  • perkongsian liabiliti terhad (LLP)

Kawasan operasi

Gred menentukan keluasan kawasan kontraktor boleh membida projek, terutamanya projek kerajaan.

  • G4 – G7 (serta G3 dengan status STB) boleh membida projek di seluruh Malaysia
  • G3 tanpa Status STB dan G2 hanya boleh membida projek dalam negeri mereka didaftarkan
  • G1 hanya dibenarkan menjalankan projek dalam daerah tempat mereka didaftarkan

Syarat kelayakan SPKK

Contoh Sijil SPKK CIDB

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) melayakkan pemegangnya menyertai tender projek pembinaan kerajaan. Gred kontraktor menentukan penarafan SCORE minimum yang perlu diperoleh untuk mendapatkan SPKK.

  • G5 – G7 memerlukan sekurang-kurangnya 3 bintang
  • G2 – G4 memerlukan sekurang-kurangnya 2 bintang

Bagi kontraktor G1, prosesnya lebih mudah. Mereka hanya perlu menjalani penilaian MCORE untuk mendapatkan pensijilan SPKK, tanpa perlu memperoleh penarafan tertentu.

Syarat kelayakan STB

Contoh Sijil STB (Sijil Taraf Bumiputera) CIDB

STB ialah singkatan bagi Sijil Taraf Bumiputera, yang membolehkan pemegang SPKK yang layak membida projek pembinaan kerajaan yang dikhaskan untuk kontraktor Bumiputera.

Bagi kontraktor G2 – G7, syarat am ialah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera dalam aspek:

  • pegangan saham
  • bilangan pemegang saham atau rakan kongsi
  • lembaga pengarah
  • jawatan pengurusan utama
  • kawalan kewangan (termasuk penandatangan cek dan penjamin kemudahan overdraf)
  • pekerja sepenuh masa

Sebaliknya, kontraktor G1 mesti memenuhi syarat 100% Bumiputera bagi semua aspek di atas.

Selain itu, kontraktor G2 – G7 dibenarkan mensubkontrakkan sehingga 70% daripada nilai projek kepada syarikat bukan Bumiputera, manakala kontraktor G1 tidak dibenarkan mensubkontrakkan sebarang kerja kepada syarikat bukan Bumiputera

Yuran pendaftaran

Semua permohonan dikenakan yuran pemprosesan RM50, dan yuran tahunan sijil PPK berbeza mengikut gred:

  • G1: RM20.00
  • G2: RM80.00
  • G3: RM150.00
  • G4: RM350.00
  • G5: RM700.00
  • G6: RM1,000.00
  • G7: RM1,400.00

Ya, yuran sijil bagi G1 lebih rendah daripada yuran pemprosesan permohonan!

Mata CCD

Program Contractor Continuous Development (CCD) memastikan kontraktor mengikuti perkembangan industri, dan mewajibkan jumlah mata CCD tertentu dalam tempoh setahun untuk pembaharuan sijil bagi tempoh satu tahun:

  • G1 & G2: 10 mata
  • G3 & G4: 20 mata
  • G5 & G6: 30 mata
  • G7: 40 mata

Kontraktor boleh memperbaharui sijil PPK mereka sehingga tiga tahun, bergantung kepada jumlah mata CCD yang dikumpulkan berbanding syarat minimum mengikut.

Sebagai contoh, 60 mata CCD membolehkan kontraktor G3 mendapatkan pembaharuan 3 tahun namun kontraktor G5 hanya layak mendapat pembaharuan 2 tahun dengan jumlah mata CCD yang sama.

Syarat pembaharuan sijil PPK

Selain mata CCD yang cukup, kontraktor daripada gred berbeza juga perlu memenuhi keperluan selepas pendaftaran yang berbeza untuk layak memperbaharui sijil:

  • melengkapkan kursus latihan yang diperlukan:
    • Kursus Integriti & Kod Etika untuk semua kontraktor baharu
    • Kompetensi Pengurusan Perniagaan (SKP) untuk kontraktor G1–G3 tanpa personel teknikal
    • Latihan Pengurusan Fasiliti untuk kontraktor Kategori F
  • kontraktor G2–G7 perlu menjalani penilaian SCOR (dan untuk SPKK G2–G4 perlu memperoleh 2 bintang manakala G5–G7 memerlukan 3 bintang)
  • kontraktor G1 perlu menjalani penilaian MCORE

Seperti yang disebut awal tadi – semakin tinggi gred, semakin ketat syaratnya!

Cara tukar gred CIDB

Sama ada untuk mendapatkan projek bernilai lebih tinggi atau menikmati syarat yang lebih rendah, kontraktor boleh memohon perubahan gred asalkan memenuhi syarat bagi gred yang dipohon.

Jika tinggal kurang dari 120 hari untuk lesen CIDB kini, pemohon juga boleh menggabungkan permohonan perubahan gred dengan permohonan pembaharuan, dan yuran adalah seperti berikut:

Jenis BayaranBayaran
Perubahan GredRM50.00
Penurunan GredRM100.00
Peningkatan GredPerbezaan antara bayaran tahunan gred baru dan bayaran pembaharuan gred sebelumnya

Satu-satunya pengecualian adalah penurunan gred kepada G1 jika berdaftar dengan SPKK, kerana ia akan membatalkan sijil SPKK tersebut.

Semoga berjaya dengan pendaftaran CIDB anda, dan jika perlukan bantuan, kami di sini untuk membantu!

Briar MISHU uruskan pendaftaran CIDB anda

Bagi yang kesuntukan masa, gunakan perkhidmatan pendaftaran sijil kontraktor kami untuk semua keperluan pendaftaran dan pembaharuan CIDB anda – profesional, pantas dan pada harga berpatutan!

Soalan lazim gred kontraktor CIDB

  • Apakah maksud gred kontraktor CIDB?
    💡Gred kontraktor CIDB menunjukkan keupayaan kewangan dan teknikal sesebuah kontraktor, serta menentukan nilai maksimum projek yang boleh dilaksanakan. Gred bermula daripada G1 (terendah) hingga G7 (tertinggi).

  • Apakah gred kontraktor CIDB yang tertinggi?
    💡G7 ialah gred kontraktor CIDB yang tertinggi. Kontraktor G7 boleh melaksanakan projek bernilai melebihi RM10 juta tanpa had maksimum, tertakluk kepada kategori dan pengkhususan yang didaftarkan.

  • Apakah syarat kontraktor CIDB G1?
    💡Kontraktor G1 memerlukan modal berbayar sebanyak RM5,000 (atau RM10,000 untuk pendaftaran SPKK), seorang pemegang Sijil Teknikal jika ada, serta 10 mata CCD untuk pembaharuan tahunan.

  • Apakah syarat kontraktor CIDB G4?
    💡Kontraktor G4 memerlukan modal berbayar sebanyak RM150,000 dan seorang pemegang Diploma sebagai personel teknikal. Kontraktor Kategori F perlu memenuhi keperluan tambahan berkaitan personel Pengurusan Fasiliti.

  • Apakah syarat kontraktor CIDB G5?
    💡Kontraktor G5 memerlukan modal berbayar sebanyak RM250,000 serta sama ada seorang pemegang Diploma dengan pengalaman 5 tahun atau seorang pemegang Ijazah dengan pengalaman 1 tahun.

  • Apakah syarat kontraktor CIDB G6?
    💡Kontraktor G6 memerlukan modal berbayar sebanyak RM500,000 serta seorang pemegang Diploma dan seorang pemegang Ijazah, dengan sekurang-kurangnya seorang mempunyai 3 tahun pengalaman berkaitan.

  • Apakah syarat kontraktor CIDB G7?
    💡Kontraktor G7 memerlukan modal berbayar sebanyak RM750,000 serta sama ada dua orang pemegang Ijazah (seorang dengan pengalaman 5 tahun) atau seorang pemegang Diploma dan seorang pemegang Ijazah dengan pengalaman 5 tahun.

  • Bolehkah kontraktor menukar gred CIDB mereka?
    💡Ya. Kontraktor boleh menaikkan atau menurunkan gred CIDB dengan membuat permohonan pertukaran gred, selagi mereka memenuhi syarat bagi gred baharu yang dipohon.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top