Pendaftaran & Pembaharuan Lesen Kontraktor CIDB
Daftar & Perbaharui
Lesen Kontraktor CIDB
Lengkapkan pendaftaran 100% dalam talian
Kami uruskan penyediaan dokumen, penghantaran permohonan, dan pembaharuan dengan CIDB agar anda boleh beroperasi secepat mungkin.
Servis Kami
Kami uruskan permohonan / pembaharuan sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berikut:
- Sijil PPK G1 – G7
- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
- Status Bumiputera (STB)
- Perubahan gred PPK
- Kemaskini maklumat pendaftaran
Sijil PPK G1 - G7
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
Kontraktor G1
Membenarkan pemegang mengerjakan kontrak dengan nilai maksimum RM200,000.
Syarat minimum:
-
Modal berbayar RM5,000 / RM10,000 untuk Sijil SPKK
-
Mengupah seorang pemegang Sijil Teknikal
-
Minimum 10 mata CCD setahun untuk pembaharuan
*Lebih banyak mata CCD terkumpul, lebih lama Sijil PPK boleh diperbaharui
Kontraktor G2
Membenarkan pemegang mengerjakan kontrak dengan nilai maksimum RM500,000.
Syarat minimum:
-
Modal berbayar RM25,000
-
Mengupah seorang pemegang Sijil Teknikal
-
Minimum 10 mata CCD setahun untuk pembaharuan
*Lebih banyak mata CCD terkumpul, lebih lama Sijil PPK boleh diperbaharui
Kontraktor G3
Membenarkan pemegang mengerjakan kontrak dengan nilai maksimum RM1,000,000.
Syarat minimum:
-
Modal berbayar RM50,000
-
Mengupah seorang pemegang Sijil Teknikal
-
Minimum 20 mata CCD setahun untuk pembaharuan
*Lebih banyak mata CCD terkumpul, lebih lama Sijil PPK boleh diperbaharui
Kontraktor G4
Membenarkan pemegang mengerjakan kontrak dengan nilai maksimum RM3,000,000.
Syarat minimum:
-
Modal berbayar RM150,000
-
Mengupah seorang pemegang Diploma
-
Minimum 20 mata CCD setahun untuk pembaharuan
*Lebih banyak mata CCD terkumpul, lebih lama Sijil PPK boleh diperbaharui
Kontraktor G5
Membenarkan pemegang mengerjakan kontrak dengan nilai maksimum RM5,000,000.
Syarat minimum:
-
Modal berbayar RM250,000
-
Mengupah seorang pemegang Diploma dengan 5 tahun pengalaman, ATAU
-
Mengupah seorang pemegang Ijazah dengan pengalaman 1 tahun
-
Minimum 30 mata CCD setahun untuk pembaharuan
*Lebih banyak mata CCD terkumpul, lebih lama Sijil PPK boleh diperbaharui
Kontraktor G6
Membenarkan pemegang mengerjakan kontrak dengan nilai maksimum RM10,000,000.
Syarat minimum:
-
Modal berbayar RM500,000
-
Mengupah seorang pemegang Diploma DAN Ijazah, salah seorang dengan 3 tahun pengalaman
-
Minimum 40 mata CCD setahun untuk pembaharuan
*Lebih banyak mata CCD terkumpul, lebih lama tempoh pembaharuan lesen
Kontraktor G7
Membenarkan pemegang mengerjakan kontrak tanpa nilai maksimum.
Syarat minimum:
-
Modal berbayar RM750,000
-
Mengupah dua pemegang Ijazah, salah seorangnya dengan 5 tahun pengalaman ATAU
-
Mengupah seorang pemegang Diploma DAN Ijazah, kedua-duanya dengan 5 tahun pengalaman
-
Minimum 40 mata CCD setahun untuk pembaharuan
*Lebih banyak mata CCD terkumpul, lebih lama tempoh pembaharuan lesen
Sijil SPKK
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan melayakkan kontraktor memohon projek kerajaan dengan nilai kontrak gred PPK mereka. Selain Sijil PPK, pemohon juga mesti memenuhi syarat berikut:
- Memenuhi keperluan modal berbayar PPK
- Mempunyai sijil SCORE yang masih sah
- Bagi kontraktor G7, mempunyai pensijilan ISO 9001:2008/2015
- Mematuhi syarat pegangan ekuiti
Untuk penerangan lanjut, baca panduan pendaftaran CIDB SPKK kami.
Sijil Taraf Bumiputera
Kontraktor dengan sijil PPK dan SPKK boleh memohon Sijil Taraf Bumiputera (STB) untuk membida projek khas untuk perniagaan Bumiputera.
Syarat utama:
- G1: 100% pegangan Bumiputera dari segi saham, pemegang saham, dan rakan kongsi
- G2–G7: Minimum 51% pegangan dan kawalan Bumiputera
- Lulus pemeriksaan premis oleh pegawai CIDB
Untuk penerangan penuh, rujuk panduan Sijil Taraf Bumiputera CIDB kami.
Tukar Gred PPK
Kontraktor boleh memohon naik atau turun gred sekiranya memenuhi syarat bagi gred yang dipohon (rujuk panduan gred CIDB kami).
Jika baki tempoh lesen CIDB kurang daripada 120 hari, kontraktor boleh gabungkan permohonan perubahan gred dengan permohonan pembaharuan lesen.
Pembaharuan
Pendaftaran PPK boleh diperbaharui sehingga 120 hari sebelum tarikh luput, dan syaratnya adalah seperti berikut:
- Memenuhi keperluan modal berbayar dan tenaga kerja
- Mempunyai mata CCD yang cukup, dan
- Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib
Lesen CIDB boleh diperbaharui untuk tempoh minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun bergantung kepada jumlah mata CCD terkumpul.
Soalan Lazim
Semua kontraktor mesti mendapatkan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) untuk menjalankan kerja pembinaan secara sah di Malaysia.
Kontraktor diklasifikasikan dari G1 hingga G7, yang menentukan nilai maksimum projek yang boleh dilaksanakan (daripada RM200,000 hingga tanpa had).
Perniagaan perlu memenuhi kriteria berikut:
- Pemohon mestilah pengarah / pemilik
- Entiti perniagaan berdaftar (Sdn Bhd, LLP, atau Enterprise)
- Modal berbayar minimum (berdasarkan gred)
- Tenaga teknikal Malaysia yang berkelayakan
- Memenuhi mata CCD (untuk pembaharuan)
- G1: RM5,000 (RM10,000 denagn Sijil SPKK)
- G2: RM25,000
- G3: RM50,000
- G4: RM150,000
- G5: RM250,000
- G6: RM500,000
- G7: RM750,000
Ya. Semua permohonan dihantar melalui portal CIDB CIMS.
Dokumen lazim termasuk:
- Sijil akademik (tenaga teknikal)
- Dokumen pendaftaran syarikat (SSM / LLP / ROS)
- Penyata kewangan / pulangan tahunan
- Maklumat pengarah dan syarikat
- Sijil sokongan (jika berkaitan)
Yuran permohonan sekali sahaja sebanyak RM50 dan yuran lesen tahunan antara RM20 – RM1,400 bergantung kepada gred PPK.
- SPKK (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan): Diperlukan untuk membida projek kerajaan
- STB (Sijil Taraf Bumiputera): Membolehkan akses kepada tender khas Bumiputera
Secara teori, sekitar ~7 hari bekerja jika dokumen lengkap dan tiada isu.
Namun, dalam realiti, ia biasanya mengambil masa lebih lama disebabkan kesesakan pihak berkuasa.
Ya. Syarikat asing mesti mendapatkan Sijil Pendaftaran Kontraktor Asing sebelum melaksanakan sebarang projek di Malaysia.
- Mendaftarkan entiti di Malaysia (Sdn Bhd atau LLP / cawangan)
- Modal berbayar minimum RM750,000
- Menggaji sekurang-kurangnya 2 tenaga teknikal Malaysia
- Mempunyai tawaran / kontrak projek
Untuk memperbaharui, anda mesti:
- Memenuhi keperluan modal berbayar & tenaga kerja (mengikut gred)
- Mempunyai mata CCD yang mencukupi
- Tiada isu tatatertib dengan CIDB
Untuk pembaharuan kali pertama, anda juga memerlukan:
- Sijil Integriti & Kod Etika
- Kompetensi Pengurusan Perniagaan (SKP)
- Sijil kompetensi tambahan (bergantung kepada kategori)
Anda boleh memperbaharui lesen untuk 1 hingga 3 tahun, bergantung kepada jumlah mata CCD yang dikumpulkan dalam tempoh 12 bulan.
Yuran pemprosesan sebanyak RM30 dan 50% daripada yuran lesen tahunan asal untuk pembaharuan.
Ya. Jika anda sudah mempunyai SPKK atau STB, anda boleh memperbaharuinya serentak tanpa kos tambahan.
- Pemprosesan: ~2 hari bekerja
- Tempoh bayaran selepas kelulusan: 14 hari
Got an URGENT question?
Contact us via [email protected] or WhatsApp +60-175159832