Panduan Tuntutan Bayaran & Adjukidasi Di Bawah Akta CIPAA 2012
MISHU bukan firma guaman, dan maklumat dalam artikel ini hanya bertujuan untuk pengetahuan am kerana ramai pembaca kami adalah kontraktor CIDB dan bayaran tertunggak adalah isu serious dalam industri mereka.
Bagi pihak dalam industri pembinaan Malaysia yang berdepan bayaran tertunggak yang tidak adil, Tuntutan Bayaran (Payment Claim) dan adjudikasi di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA) menawarkan jalan pantas dan kos efektif untuk menuntut hutang.

Kerana keputusan adjudikasi CIPAA mempunyai kuasa undang-undang, keputusan adjudikasi juga boleh dianggap ibarat perintah mahkamah yang membolehkan kaedah tuntutan hutang penghakiman dalam tempoh berbulan-bulan berbanding bertahun-tahun.
Namun begitu, berdasarkan pakar tuntutan hutang pembinaan yang kami percayai, walaupun CIPAA sememengnya mekanisme yang sangat berkuasa, ia bukan pilihan terbaik untuk semua situasi.
Bagi kontraktor yang sedang mempertimbangkan CIPAA, kami akan menerangkan perkara berikut:
- kelebihan dan kekurangan utama CIPAA
- sama ada tuntutan anda di bawah bidang kuasa CIPAA
- langkah-langkah proses Tuntutan Bayaran dan adjudikasi
- apa yang berlaku selepas keputusan adjudikasi
- yuran yang perlu diketahui, dan
- situasi di mana strategi tuntutan hutang lain mungkin lebih baik
Sebagai penjelasan, kami merujuk kepada pemiutang sebagai Claimant (Pihak Menuntut), penghutang sebagai Respondent (Pihak Responden), dan majikan dalam kontrak sebagai Principal (Majikan Utama).
Jom mulakan.
Pengenalan CIPAA 2012
Industri pembinaan Malaysia sudah lama berdepan masalah majikan menggunakan terma kontrak yang tidak adil untuk melambatkan atau menafikan pembayaran kepada penyedia perkhidmatan.
Buat sekian lamanya, jalan penyelesaian utama ialah melalui perbicaraan sivil yang panjang dan mahal.
Sebagai jalan penyelesaian, Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA) memperkenalkan proses tuntutan bayaran dan adjudikasi yang dikendalikan oleh pakar industri di bawah Asian International Arbitration Centre (AIAC), tanpa perlu melalui mahkamah.

Ini membolehkan pihak-pihak yang terjejas mempertikaikan bayaran tertunggak dengan lebih cepat dan pada kos yang jauh lebih rendah.
Kelebihan dan kekurangan
Untuk benar-benar menghargai manfaat CIPAA, kelebihan dan kekurangannya perlulah dibandingkan dengan proses litigasi sivil.
Kelebihan:
- sama ada menang atau kalah, perkara ini biasanya diputuskan dalam tempoh beberapa bulan berbanding bertahun-tahun di mahkamah
- pihak menuntut yang berjaya boleh mendapatkan remedi yang membolehkan mereka secara serentak:
- menuntut bayaran terus daripada pihak di peringkat atas rantaian kontrak
- menggantung atau memperlahankan kerja selepas memberikan notis yang sewajarnya, dan
- menguatkuasakan keputusan tersebut melalui mahkamah seperti satu penghakiman mahkamah
- pembayaran tidak boleh ditahan hanya kerana Respondent belum menerima bayaran daripada pihak lain
- kosnya hampir sentiasa lebih rendah berbanding saman sivil
- pihak menuntut boleh melantik profesional industri untuk mewakili mereka berbanding hanya menggunakan khidmat peguam
- prosiding dan keputusan adalah sulit, berbeza dengan kes mahkamah yang terbuka kepada umum
Kekurangan:
- keputusan adjudikasi masih boleh dicabar kemudian melalui mahkamah
- tempoh masa ketat boleh menyukarkan penuntut yang perlu uguruskan perniagaan pada masa yang sama
Berdasarkan ini, selagi pihak menuntut mempunyai kes yang sah, CIPAA sememangnya merupakan kaedah tuntutan hutang yang lebih cepat, lebih murah, dan mempunyai kuasa undang-undang, walaupun keputusannya masih boleh dicabar di mahkamah kemudian.
Secara khusus, CIPAA melindungi penuntut daripada dua alasan yang sering digunakan majikan untuk mengelak daripada membuat pembayaran.
Liquidated Ascertained Damages (LAD)
Klausa Liquidated Ascertained Damages (LAD) sering digunakan sebagai alasan untuk mengurangkan atau menafikan pembayaran.
Di bawah CIPAA, jika kontraktor berjaya mendapatkan Extension of Time (EOT) yang sah mengikut kontrak, pendedahan kepada LAD boleh dihapuskan sepenuhnya.
Ini melindungi kontraktor yang bertindak secara jujur daripada menjadi mangsa kepada penggunaan klausa tersebut secara tidak adil.
Klausa kontrak ‘Pay-When-Paid’
Seksyen 35 CIPAA membatalkan semua peruntukan pembayaran bersyarat yang menjadikan pembayaran bergantung kepada majikan menerima wang daripada pihak ketiga, atau bergantung kepada ketersediaan dana atau pembiayaan.
Dengan melarang klausa ‘pay when paid’, kontraktor dilindungi daripada salah satu taktik kelewatan pembayaran yang paling biasa digunakan dalam industri pembinaan.
Bidang kuasa CIPAA
CIPAA mempunyai bidang kuasa terhadap pertikaian pembayaran bagi kerja-kerja pembinaan, kejuruteraan, dan perkhidmatan perundingan (seperti pengurusan projek) yang memenuhi syarat berikut:
- tuntutan berdasarkan terma kontrak yang dinyatakan secara bertulis (termasuk mesej elektronik)
- kerja tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya atau sebahagiannya di Malaysia
Satu-satunya pengecualian ialah CIPAA tidak terpakai kepada kontrak dengan individu (natural person, bukan syarikat) bagi pembinaan rumah kediaman kurang daripada empat tingkat yang bertujuan untuk diduduki sendiri.
Proses Tuntutan Bayaran CIPAA
Seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 5 CIPAA, Tuntutan Bayaran (Payment Claim) merupakan proses tersendiri dan juga langkah awal dalam proses adjudikasi.
Ia terdiri daripada dua langkah:
- Penyampaian Tuntutan Bayaran, dan
- Memberikan masa kepada Respondent untuk memberikan maklum balas
Langkah 1: Menyampaikan Tuntutan Bayaran
Pihak menuntut mesti menyampaikan satu Tuntutan Bayaran bertulis menyatakan:
- jumlah yang dituntut
- tarikh akhir pembayaran
- butiran sebab tuntutan dibuat (peruntukan kontrak yang dirujuk)
- penerangan mengenai kerja atau perkhidmatan yang telah dilaksanakan, dan
- kenyataan bahawa tuntutan tersebut dibuat di bawah CIPAA
Berikut ialah templat Tuntutan Bayaran percuma untuk kegunaan pembaca.
CIPAA Payment Claim Template
Payment Claim Reference: Date:
This is a payment claim made under the Construction Industry Payment & Adjudication Act 2012
Name:
Address:
Name:
Address:
Mode of Service:
Claimed Amount: RM
Basis of Claim / Reference Period:
Due Date for Payment:
Relevant Contract Provision:
Contract Reference:
Date Contract Made:
Project Description:
Project Location:
Contract Sum: RM
| Original Contract Sum | |
| Total Variations | |
| Works Certified / Claimed | |
| Retention Monies | |
| Previously Paid | |
| Amount Claimed |
Schedule 1 – Extracts from Contract showing Original Contract Sum
Schedule 2 – Variation Instructions and breakdown
Schedule 3 – Payment Certificates / Claim Submissions
Schedule 4 – Variation valuations
Schedule 5 – Unfixed goods and materials
Schedule 6 – Retention monies computation
Schedule 7 – Records of previous payments
Dokumen ini menentukan bidang kuasa adjudikator, kerana apa-apa perkara yang tidak dinyatakan dalam tuntutan ini tidak boleh dipertimbangkan dalam proses adjudikasi.
Langkah 2: Respons Pembayaran
Bermula dari tarikh Tuntutan Bayaran disampaikan, Respondent mempunyai 10 hari bekerja untuk menyampaikan Payment Response (Respons Pembayaran) dan sama ada:
- membuat bayaran terhadap tuntutan tersebut
- mempertikaikan tuntutan tersebut, atau
- gagal memberikan sebarang maklum balas
Dalam kes terbaik, Respondent akan membuat bayaran atau memulakan rundingan, menjadikan proses adjudikasi tidak diperlukan.
Namun, sekiranya Respondent mempertikaikan pembayaran atau langsung tidak memberikan respons (menyebabkan tuntutan dianggap dipertikaikan sepenuhnya), proses adjudikasi boleh dimulakan.
Nota: Proses adjudikasi hanya boleh dimulakan selepas tempoh 10 hari bekerja tamat. Walaupun Respondent mempertikaikan tuntutan tersebut pada Hari ke-2, Notis Adjudikasi rasmi masih tidak boleh disampaikan sehingga Hari ke-11.
Proses adjudikasi CIPAA
Prosiding adjudikasi CIPAA mengikuti garis masa standard dengan empat peringkat utama:
- Penyampaian Notis Adjudikasi (Notice of Adjudication)
- Pelantikan adjudikator
- Pengemukaan dokumen hujahan (Pleadings)
- Keputusan akhir adjudikator
Langkah 1: Notis Adjudikasi
Claimant menyampaikan Notis Adjudikasi bertulis kepada Respondent dan perkara tersebut perlu didaftarkan dengan AIAC dalam tempoh 7 hari, bersama pembayaran yuran pendaftaran.
Berikut ialah templat Notis Adjudikasi untuk pembaca.
CIPAA Notice of Adjudication
Name:
Address:
Name:
Address:
Date:
Mode of Service:
Contract Reference Number:
Date Contract Was Made:
Project Description:
Project Site Location:
Contract Sum: RM
Payment Claim Reference:
Payment Claim Amount: RM
Payment Response Reference:
Amount Paid: RM
Set-Off / Cross Claim: RM
Amount in Dispute: RM
NOTICE OF ADJUDICATION
1. A dispute has arisen under the Contract arising from the above Payment Claim and Payment Response (if any).
2. Payment Claim served on by on
Payment Response served by on
3. Nature of dispute:
4. We hereby give notice to refer the dispute to adjudication under CIPAA 2012.
5. Reliefs sought:
6. Supporting documents:
7. Proposed adjudicator:
If no response is received by we will proceed with adjudicator appointment under Section 21(b)(i) CIPAA 2012.
Signed:
Langkah 2: Pelantikan adjudikator
Selepas kes ini didaftarkan dengan AIAC, Claimant dan Respondent mempunyai tempoh 10 hari bekerja untuk bersetuju mengenai pelantikan seorang adjudikator.
Seringasnya, adjudikator bertindak seperti hakim yang mempunyai kuasa luas dalam menentukan cara pertikaian didengar, tanpa terikat dengan semua formaliti biasa dalam prosiding mahkamah, termasuk:
- mengarahkan penemuan dan pengemukaan dokumen tertentu
- menjalankan lawatan tapak serta memeriksa kerja atau bahan
- menyemak dan meminda mana-mana sijil, pendapat, atau penilaian
Sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, AIAC biasanya akan diminta untuk melantik seorang adjudikator.
Oleh sebab adjudikator biasanya terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang undang-undang serta pengalaman penyelesaian pertikaian kes pembinaan, mereka lazimnya akan memihak kepada pihak yang mempunyai asas undang-undang yang lebih kukuh.
Adjudikator yang dipilih perlu secara rasmi menyatakan kesediaan untuk bertindak serta mencadangkan terma pelantikan dan yuran dalam 10 hari bekerja selepas dimaklumkan mengenai pelantikan mereka.
Selepas itu, peringkat pengemukaan hujahan (pleadings) boleh dimulakan.
Langkah 3: Pleadings
Ini ialah peringkat di mana pihak-pihak secara rasmi mengemukakan hujahan bertulis terperinci serta bukti kepada adjudikator.
Ia terdiri daripada tiga dokumen utama mengikut turutan berikut:
- Adjudication Claim
- Adjudication Response
- Adjudication Reply
Butiran setiap dokumen boleh dilihat dalam jadual di bawah.
| Dokumen | Disediakan oleh / Dihantar kepada | Tempoh | Kandungan |
|---|---|---|---|
| Adjudication Claim | Disediakan oleh Claimant; disampaikan kepada Respondent dan adjudikator | Dalam tempoh 10 hari bekerja selepas adjudikator menerima pelantikan | Sifat dan penerangan pertikaian, remedi yang dimohon, serta dokumen sokongan |
| Adjudication Response | Disediakan oleh Respondent; disampaikan kepada Claimant dan adjudikator | Dalam tempoh 10 hari bekerja selepas menerima Adjudication Claim | Versi fakta Respondent dan alasan pertikaian |
| Adjudication Reply | Disediakan oleh Claimant; disampaikan kepada Respondent dan adjudikator | Dalam tempoh 5 hari bekerja selepas menerima Adjudication Response | Terhad kepada menjawab perkara yang dibangkitkan dalam Response; tidak boleh memperkenalkan tuntutan baharu sepenuhnya |
Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas, Claimant bertanggungjawab menyediakan Adjudication Claim dan Adjudication Reply.
Berikut ialah contoh kedua-dua dokumen tersebut:
CIPAA Adjudication Claim
Name:
Address:
Name:
Address:
Name:
Address:
Date:
Mode of Service:
Adjudication Ref:
Date of Notice:
Date of Acceptance:
Contract Ref:
Contract Date:
Project:
Site:
Contract Sum: RM
Claim Ref:
Claim Amount: RM
Response Ref:
Amount Paid: RM
Set-Off: RM
Dispute Amount: RM
ADJUDICATION CLAIM
Signed:
Perlu diingatkan bahawa salinan kedua-dua dokumen ini mesti dihantar kepada AIAC dalam tempoh 7 hari bekerja selepas ia disampaikan kepada adjudikator dan Respondent.
Selepas semua dokumen hujahan selesai dikemukakan, adjudikator dikehendaki memberikan keputusan bertulis dalam tempoh wajib yang ketat iaitu 45 hari bekerja (walaupun tempoh ini boleh dilanjutkan dalam keadaan tertentu).
Langkah 4: Keputusan akhir
Dalam tempoh 45 hari selepas penghujahan terakhir dibuat, sekiranya adjudikator memutuskan bahawa Claimant mempunyai merit, mereka boleh mengeluarkan keputusan yang menyatakan:
- jumlah yang telah diputuskan melalui adjudikasi, dan
- masa serta kaedah pembayaran
Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta, jadi pihak yang kalah mesti membayar jumlah yang diputuskan walaupun mereka bercadang untuk mencabar keputusan tersebut melalui mahkamah.

Dan sudah tentu, sentiasa terdapat kemungkinan adjudikator membuat keputusan memihak kepada Respondent – jika begitu Claimant pula mungkin menjadi pihak yang perlu mencabar keputusan tersebut.
Langkah-langkah selepas adjudikasi
Sekiranya keputusan adjudikasi memihak kepada Claimant, mereka boleh memohon remedi berikut:
- memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menguatkuasakan keputusan tersebut seperti satu perintah mahkamah, sekali gus memberikan akses kepada pelbagai kaedah penguatkuasaan hutang penghakiman
- menggantung atau mengurangkan kadar kemajuan kerja dengan memberikan notis 14 hari bekerja
- mendapatkan bayaran secara terus daripada Principal yang masih berhutang kepada Respondent (seperti perintah garnisi)
Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Claimant boleh memohon supaya keputusan adjudikasi diketepikan oleh Mahkamah Tinggi.

Alasan yang dibenarkan termasuk:
- keputusan tersebut diperoleh melalui penipuan atau rasuah
- berlaku penafian keadilan asasi (natural justice) — istilah undang-undang bagi keadaan yang tidak adil
- adjudikator gagal bertindak secara bebas atau tidak berat sebelah, atau
- adjudikator telah bertindak melampaui bidang kuasa mereka
Perlu diingat bahawa pada tahap ini, sejumlah besar masa biasanya telah berlalu, dan untuk membawa ks ini ke mahkamah akan melibatkan kos jauh lebih tinggi.
Yuran adjudikasi CIPAA
AIAC menetapkan kadar standard bagi yuran adjudikasi CIPAA seperti berikut:
- yuran pendaftaran pertikaian yang tidak boleh dikembalikan sebanyak RM250
- yuran pelantikan adjudikator sebanyak RM400 sekiranya pihak-pihak gagal mencapai persetujuan mengenai pelantikan adjudikator
- yuran pentadbiran yang dikira sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan yuran adjudikator
- kadar standard yuran adjudikator berdasarkan skala jumlah pertikaian, bermula daripada RM2,760 (untuk tuntutan kurang daripada RM50,000) sehingga RM50,000 (untuk tuntutan RM5,000,001 dan ke atas)
- perbelanjaan standard adjudikator termasuk perjalanan, penginapan, dan makanan
Nota: Pihak-pihak bebas untuk berunding dan bersetuju mengenai yuran tertentu secara terus dengan adjudikator, dan kadar umum biasanya terpakai bagi individu yang dilantik oleh AIAC.
Nasihat kami adalah bagi kes yang rumit atau bernilai tinggi, disyorkan untuk menawarkan yuran lebih tinggi daripada kadar standard bagi memastikan ia dikendalikan oleh profesional berpengalaman.
Bagi Claimant yang bersedia untuk meneruskan tindakan, langkah seterusnya ialah mewujudkan rekod rasmi berkaitan pertikaian pembayaran tersebut.
Kelemahan utama CIPAA
Berbanding litigasi, proses adjudikasi CIPAA sememangnya jauh lebih pantas.
Namun begitu, ia masih sering terlalu lambat untuk menjadi pilihan praktikal bagi kontraktor yang sedang menghadapi masalah kewangan.
Apabila semua langkah wajib dipatuhi, penyampaian Payment Claim sehingga menerima keputusan akhir adjudikasi biasanya mengambil tempoh lebih kurang 90 hari bekerja.
| Langkah | Hari bekerja |
|---|---|
| Payment Claim | 1 |
| Payment Response | 10 |
| Notice of Adjudication | 1 |
| Pelantikan Adjudikator | 5–10 |
| Penerimaan Pelantikan & Terma Adjudikator | Sehingga 10 |
| Adjudication Claim | 10 |
| Adjudication Response | 10 |
| Adjudication Reply | 5 |
| Keputusan Akhir | 45 |
Ini belum mengambil kira kemungkinan lanjutan masa, jadi proses sebenar boleh mengambil lebih lama.
Bagi Claimant yang menghadapi kesusahan aliran tunai, ini mungkin bermakna tiga bulan di mana mereka sendiri mungkin gagal memenuhi komitmen bayaran.
Kaedah alternatif tuntutan hutang
Kerana pertikaian pembinaan sering melibatkan jumlah yang besar daripada syarikat yang masih beroperasi, penggunaan notis tuntutan berkanun (statutory demand) di bawah Akta Syarikat 2016 mungkin boleh mendapatkan bayaran dengan lebih pantas.

Statutory demand ialah notis rasmi yang mewajibkan penghutang membayar dalam tempoh 21 hari.
Kegagalan membolehkan pemiutang memohon kepada mahkamah untuk perintah penggulungan wajib – memberikan tekanan yang kuat kepada penghutang untuk penyelesaian segera.
Walaupun adjudikasi CIPAA mengubah proses tuntutan hutang daripada bertahun beberapa berbulan, statutory demand dalam keadaan sesuai boleh memendekkan tempoh tersebut kepada beberapa minggu.
Itu saja daripada kami, dan kami harap tuntutan hutang anda berjalan lancar 🙂
Biar MISHU bantu tuntutan hutang bisnes anda
MISHU bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan perniagaan profesional dan menawarkan servis komprehensif untuk pemilik PKS di Malaysia. Biar kami hubungkan anda dengan pakar yang betul untuk menyelesaikan masalah anda!