Panduan Lengkap Membuka Kilang Di Malaysia
Penubuhan kilang di Malaysia melibatkan beberapa syarat wajib dan tambahan yang bergantung kepada jenis aktiviti, saiz operasi, dan pelan pengilang.

Oleh itu, kami telah membahagikan panduan ini kepada dua:
- langkah wajib untuk mula beroperasi secepat mungkin, dan
- lesen dan permit tambahan
Jom mulakan.
Jom, mulakan.
Langkah wajib
Terdapat empat langkah yang tidak boleh dielakkan tanpa mengira jenis pengilangan yang anda rancangkan.
Langkah 1: Daftar syarikat Sdn Bhd

Panduan daftar syarikat kami menerangkannya secara menyeluruh, tapi ini syarat utama untuk anda tahu:
- sekurang-kurangnya seorang pengarah menetap di Malaysia
- nama syarikat mengandungi perkataan ‘Manufacturing’ atau istilah berkaitan
Jangan lupa semak ketersediaan nama syarikat yang diinginkan!
Langkah 2: Tentukan lokasi kilang

Lepas syarikat telah didaftarkan, cari tapak sesuai untuk kilang.
Tapak ini mesti melalui Penilaian Tapak Awal (PTA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, yang akan menilai kesesuaian bagi kilang anda.
JAS boleh mengarahkan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) jika PTA awal tidak cukup, jadi sebaik-baiknya, pilihlah tapak di kawasan perindustrian untuk dapatkan kelulusan pantas!
Setelah menerima kelulusan awal JAS, tandatangani perjanjian sewa atau beli tapak tersebut.
Langkah 3: Mohon lesen komposit PBT

Dengan tapak diluluskan, masa untuk dapatkan lesen komposit Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi lesen premis dan papan tanda.
Sebelum memohon lesen komposit, anda perlu dapatkan surat sokongan daripada agensi berikut:
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP atau DOSH)
Untuk butiran penuh, sila rujuk soalan lazim lesen PBT kami.
Langkah 4: Mohon Lesen Pengilang MIDA

Akhir sekali, mohon kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sama ada untuk:
Yang mana anda perlukan bergantung kepada sama ada anda memenuhi dua syarat ini:
- 80% atau lebih pekerja sepenuh masa adalah warganegara Malaysia, dan
- Sama ada modal pemegang saham minimum RM2.5 juta ATAU 75 orang pekerja sepenuh masa
Jika anda memenuhi dua syarat ini, anda perlu memohon Lesen Pengilang.
Jika tidak, mohon Surat Pengecualian.
Dan anda kini boleh memulakan operasi secara sah.
Ringkasan langkah wajib
Langkah | Tempoh Menunggu | Anggaran Kos |
---|---|---|
1. Daftar Sdn Bhd | 1–3 hari bekerja | RM1,010 |
2. Cari tapak & tandatangan perjanjian sewaan | Bergantung kepada anda | Deposit + sewa 1–3 bulan awal |
3. Lesen komposit PBT (termasuk surat sokongan agensi) | 2–8 minggu (bergantung kepada PBT) | Berbeza ikut majlis, biasanya sekitar RM1,000 / tahun |
4. Lesen pengilang MIDA | 4–8 minggu | RM2,500 untuk Lesen Pengilang RM2,000 untuk Surat Pengecualian |
Proses ini boleh ambil masa sependek 3 bulan dan yuran pelesenan serendah RM2,000 untuk membolehkan anda mendaftarkan kilang serta memulakan operasi dengan lesen PBT dan MIDA.
Ini tidak termasuk caj pihak ketiga perkhidmatan seperti MISHU untuk bantu anda membuat permohonan, tapi kami janji caj kami tak lah mahal sangat 🙂
Bergantung kepada operasi anda, anda juga boleh dapatkan lesen tambahan berikut:
Langkah tambahan
- Licensed Manufacturing Warehouse (LMW): Pengecualian penuh cukai ke atas duti import.
- Certificate of Origin: Untuk pengeksport menikmati faedah daripada perjanjian perdagangan.
- Taraf Perintis: Pengecualian cukai pendapatan 70% – 100% sehingga 10 tahun.
- Elaun Cukai Pelaburan: Elaun 60% – 100% ke atas perbelanjaan modal tertentu.
- Pas Pekerjaan: Untuk bawa masuk tenaga pakar asing.
Ringkasan langkah tambahan
Lesen | Tempoh Menunggu | Anggaran Kos |
---|---|---|
Licensed Manufacturing Warehouse | 4–6 minggu | RM2,400 / tahun |
Certificate of Origin | 1–3 hari bekerja | RM10 bagi setiap pengesahan salinan dokumen RM20 bagi setiap 100 helaian borang CO |
Taraf Perintis | 8–12 minggu | RM2,500 |
Elaun Cukai Pelaburan | 8–12 minggu | RM2,500 |
Pas Pekerjaan | 4–8 minggu | RM3,000 – RM5,000 setiap pas |
Bergantung kepada sektor anda, ada lagi lesen dan insentif jadi hubungi kami untuk maklumat khusus.
Walau apapun, langkah seterusnya adalah untuk mendaftar syarikat anda.

Kami ucapkan semoga berjaya dalam usaha anda membuka kilang!
Biar MISHU bantu anda buka kilang di Malaysia
Pasukan pelesenan kami sedia membantu anda dapatkan lesen yang diperlukan supaya anda boleh memulakan aktiviti pengilangan di Malaysia.