Panduan Lengkap Permohonan Lesen WRT

Panduan Lengkap Permohonan Lesen WRT

Lesen Wholesale, Retail, and Trade (WRT) diwajibkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) buat perniagaan asing di Malaysia yang menjalankan aktiviti perdagangan, pengedaran, dan jualan langsung.

Panduan kami menerangkan butiran penting berkenaan permohonan lesen ini, termasuk:

  • objektif lesen WRT
  • jenis perniagaan yang memerlukannya
  • syarat am dan khusus
  • dokumen wajib
  • proses permohonan, termasuk anggaran masa dan kos
  • amaran bahawa anda mungkin tidak perlukan lesen WRT!

Jom, mulakan.

Objektif lesen WRT

Dengan memahami ‘mengapa‘ lesen WRT diperlukan, proses permohonan lesen anda akan lebih lancar.

💡 Nak dapat lesen WRT di Malaysia? Fahami apa kerajaan nak dulu.
Bagus kalau tahu mana nak garu.

Apabila tahu matlamat kerajaan Malaysia, lebih mudah untuk memenuhi syarat yang ditetapkan.

1. Mempertingkat industri Malaysia

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan menggalakkan persaingan sihat antara pemain industri sambil mengelakkan monopoli.

2. Menggalakkan pemodenan

Keperluan untuk lesen WRT menggalakkan penggunaan teknologi secara bijak bagi melancarkan aliran kerja, logistik dan penggunaan sumber tenaga.

3. Melindungi perniagaan tempatan

Tujuan utama pengawalseliaan penyertaan asing adalah untuk melindungi perniagaan dan usahawan tempatan daripada persaingan luar.

Oleh itu, pemohon lebih mudah mendapat lesen WRT jika perniagaan milik asing tersebut memberi nilai tambah kepada industri Malaysia tanpa mengancam perniagaan tempatan.

Perniagaan yang memerlukan lesen WRT

KPDN mentakrifkan aktiviti perdagangan dan pengedaran seperti berikut:

‘…trade which comprises all linkage activities that channel goods and services from the supply chains to intermediaries for the purpose of resale or to the final buyers’.

Dalam Bahasa Melayu, jika perniagaan anda terlibat dalam penjualan produk kepada pengguna yang membeli untuk kegunaan sendiri, ia termasuk dalam kategori perdagangan dan pengedaran.

Bagi yang berminat, anda boleh rujuk dokumen rasmi ini untuk penjelasan lebih lanjut.

Untuk panduan ini, cukup untuk tahu jenis perniagaan yang paling biasa termasuk dalam definisi ini adalah:

  • kedai makanan dan minuman (F&B)
  • firma perundingan
  • perniagaan runcit pelbagai saiz (hipermarket, gedung beli-belah dan lain-lain)
  • cawangan francais

Syarat am lesen WRT

Tanpa mengira industri, mana-mana perniagaan yang memohon lesen WRT mesti memperbadankan syarikkat Sdn Bhd mengikut Akta Syarikat 2016.

Senarai syarat Sdn Bhd kami menjelaskan kesemua tujuh syaratnya, tapi tiga yang terpenting adalah:

  • seorang pengarah yang menetap di Malaysia, dan
  • seorang pemegang saham tempatan dengan milikan 50% (bergantung kepada jenis perniagaan)
  • modal berbayar minimum RM1,000,000.

Perniagaan juga perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk beroperasi dan telah berdaftar dengan agensi yang berkaitan dengan cukai dan caruman pekerja.


Syarat khusus buat perniagaan F&B

Selain keperluan am, restoran perlu mengemukakan maklumat berikut:

  • menu penuh
  • gambar premis / produk
  • dokumen membuktikan kelayakan / pengalaman tukang masak atau pekerja

Perlu diingat, ini adalah tambahan keperluan khusus industri yang perlu dipenuhi oleh premis F&B.

Untuk butiran penuh, sila rujuk panduan pelesenan restoran di Malaysia kami.


Dokumen wajib

Anda boleh muat turun senarai semak rasmi dokumen yang diperlukan KPDN, tetapi untuk kemudahan anda, berikut ialah dokumen yang perlu disediakan:

Dokumen wajib:

  • Borang WRT 1 yang lengkap
  • profil syarikat / rancangan perniagaan
  • salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan Borang 49
  • salinan Borang 32A, jika terdapat perubahan dalam pegangan saham

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):

  • jika syarikat baharu, salinan surat pengesahan pendaftaran cukai
  • jika syarikat sedia ada, salinan pengesahan penyerahan e-C

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):

  • jika syarikat baharu, bukti pendaftaran KWSP
  • jika syarikat sedia ada, penyata KWSP 3 bulan terkini

Dokumen tambahan:

  • salinan lesen Pihak Berkuasa Tempatan
  • salinan perjanjian sewa / jual beli premis
  • salinan penyata kewangan beraudit 3 tahun terkini
  • salinan lesen badan kerajaan berkaitan
  • salinan 3 transaksi sebulan bagi 3 bulan terkini
  • maklumat pekerja asing / ekspatriat
  • gambar berwarna premis / gudang / pejabat
  • katalog produk / sampel

Jika anda perlukan bantuan untuk mana-mana dokumen atau borang ini, kami sedia membantu!

Proses permohonan lesen WRT

Setelah semua dokumen lengkap, proses permohonan sebenarnya agak mudah.

screenshot bless homepage untuk mohon lesen wrt

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Layari BLESS, iaitu portal dalam talian untuk permohonan lesen perniagaan
  2. Daftar akaun
  3. Pilih jenis lesen yang ingin anda mohon
  4. Isi dan hantar permohonan lesen
  5. Buat bayaran yang diperlukan

Tempoh pemprosesan permohonan biasanya mengambil masa dua hingga tiga bulan.

Setelah diluluskan, KPDN akan memberikan lesen yang sah untuk tempoh satu hingga tiga tahun, bergantung kepada penilaian terhadap:

  • Prestasi kewangan syarikat
  • Pembayaran cukai kepada kerajaan
  • Tahap pemindahan / perkongsian teknologi

Berita baiknya, tiada yuran permohonan dikenakan oleh KPDN untuk lesen WRT dan pemilik perniagaan boleh memohon sendiri, tapi kalau nak bantuan pihak ketiga untuk ringankan beban pun boleh 😊

Kaedah pengecualian lesen WRT

Satu soalan biasa yang kami terima:

“Macam mana kalau saya tak ada modal berbayar RM1,000,000 untuk lesen WRT?”

Jawapannya adalah untuk jadikan syarikat anda syarikat milik tempatan.

🕳️ Strategi 'loophole' untuk elak lesen WRT

Lesen WRT diperlukan untuk syarikat milik asing, jadi syarikat dengan sekurang-kurangnya 51% milikan rakyat Malaysia berkemungkinan dikecualikan. Ini juga mengurangkan keperluan modal berbayar tinggi bagi syarikat asing.

Namun, tiada jaminan. Keputusan bergantung kepada pegawai yang mengendalikan permohonan anda!

Pastikan anda perlukan Lesen WRT sebelum mohon!

Anda mungkin sebenarnya memerlukan lesen Unregulated Services Sector (USS) dan bukan lesen WRT.

🧩 Perbezaan antara lesen WRT dan USS:

Lesen USS dan WRT adalah untuk syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia, tetapi:

  • Lesen WRT: Untuk perniagaan perdagangan (trading)
  • Lesen USS: Untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan (services)

Walaupun perniagaan anda akan menjalankan aktiviti perdagangan dan perkhidmatan, masih hanya satu lesen akan diperlukan mengikut sumber pendapatan utama syarikat.

📌 Maklumat penting:

  • yuran, badan kerajaan, proses permohonan dan tempoh kelulusan adalah sama bagi kedua-dua lesen
  • jika anda mohon lesen yang salah, permohonan anda akan ditolak dan anda perlu mohon semula

Kerana lesen USS kurang dikenali, kami rasa penting untuk memaklumkan anda 😊

Izinkan MISHU bantu permohonan lesen WRT anda

Kami sedia untuk menguruskan permohonan lesen WRT bagi anda. Dengan kepakaran dan pengalaman kami membantu usahawan dari pelbagai industri, kami boleh mempercepat proses permohonan dan menjimatkan masa anda.

Pegawai kerajaan pun cair dengan senyuman kami – memang betul! 😄

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top