Panduan Lengkap Buka Agensi Umrah Di Malaysia
Dari tahun 1998 hingga 2023, jumlah pakej Umrah yang dijual di Malaysia meningkat sebanyak 900%, menjadikan industri ini bernilai lebih RM3 bilion.
Dengan 63% daripada 32.4 juta penduduk Malaysia beragama Islam, dan 7 daripada 10 berada dalam lingkungan umur bekerja, pasaran potensi bagi pakej Umrah kini mencecah sekitar 13.9 juta orang!

Jika anda berminat untuk menceburi pasaran ini, panduan ini ankan jelaskan langkah-langkah membuka agensi pelancongan Umrah di Malaysia.
Begini cara kami terangkannya:
- definisi agensi pelancongan Umrah
- syarat minimum
- yuran lesen dan tempoh sah laku, dan
- langkah-langkah permohonan
Jom, mulakan.
Agensi Umrah sejenis agensi pelancongan!
Seperti semua agensi pelancongan, ia dikawal selia oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Untuk menjadi agensi Umrah, anda perlu terlebih dahulu buka agensi pelancongan inbound dan outbound agar boleh menjual tiket penerbangan dan pakej pelancongan ke destinasi luar negara.

Panduan membuka agensi pelancongan di Malaysia kami menerangkan semuanya, tapi ini butiran utama:
- didaftarkan sebagai Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
- modal berbayar minimum RM200,000
- premis fizikal sesuai
Lepas buka agensi, anda mohon pula lesen tambahan untuk tawarkan pakej Umrah, dan lesen ini hanya diluluskan untuk agensi pelancongan yang memenuhi syarat khusus.
Syarat agensi Umrah
Agensi pelancongan inbound dan outbound mesti memenuhi tiga syarat tambahan berikut:
- semua pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia beragama Islam
- semua pengarah telah menghadiri Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU)
- lesen pelancongan masih sah sekurang-kurangnya 60 hari dari tarikh permohonan
Nota: Pemegang saham korporat perlu kemukakan SSM e-Info, dokumen pengenalan, dan status bankrap bagi semua pemegang saham.
Yuran dan tempoh sah lesen
Ada tiga jenis lesen dan empat jenis yuran penting:
Lesen | Yuran |
---|---|
Lesen Agensi Pelancongan Inbound & Outbound | RM950 |
Lesen Agensi Pelancongan Umrah | RM500 |
Yuran Pemprosesan MOTAC | RM100 / lesen |
Lesen Komposit PBT | Biasanya RM200 – RM500 |
Kerana anda perlu memohon lesen MOTAC secara berasingan, yuran pemprosesan akan dikenakan dua kali.
Lesen komposit dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membolehkan anda beroperasi di premis serta memasang papan tanda.
Ketiga-tiga lesen ini sah untuk setahun selepas dikeluarkan dan perlu diperbaharui sebelum luput.
Langkah-langkah proses permohonan
Kerana setiap permohonan dibuat dalam keadaan sedikit berbeza, tolong gunakan garis tempoh yang dinyatakan sebagai panduan umum sahaja!
Selain itu, kecuali dinyatakan sebaliknya, lesen di bawah adalah sah selama satu tahun.
Langkah | Tempoh Masa | Butiran / Yuran |
---|---|---|
Langkah 1: Penubuhan syarikat | 3 – 5 hari bekerja | Daftar akaun SSM MyCoID dan buat tempahan nama + penubuhan syarikat. Yuran: RM1,010 |
Langkah 2: Mohon lesen komposit | 15 – 30 hari bekerja | Lesen dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan premis anda. Pemeriksaan premis akan dijalankan dan perubahan perlu dibuat jika diminta. Yuran: Mengikut daerah |
Langkah 3: Mohon Lesen Agensi Pelancongan MOTAC | 30 hari bekerja | 1. Daftar di TOURLIST, portal Kementerian Pelancongan. 2. Isi borang permohonan dalam Sistem Lesen & Penguatkuasaan Pelancongan. Yuran: RM100 fi pemprosesan |
Langkah 4: Hantar dokumen & tunggu pemeriksaan premis | 14 – 60 hari bekerja (bergantung lokasi) | Hantar dokumen berikut: a. Salinan perjanjian sewa yang ditandatangani dan sah sekurang-kurangnya satu (1) tahun ATAU salinan jual beli (S&P) b. Lakaran pelan lantai c. Gambar berwarna bahagian dalam dan luar premis |
Langkah 5: Hantar Sijil TTMC | Tiada tempoh spesifik | Perlu dihadiri oleh pekerja utama syarikat seperti pengarah atau pengurus kanan dan sijil mestilah dalam tempoh satu tahun selepas menghadiri kursus. |
Langkah 6: Hantar sijil keahlian persatuan | Tiada tempoh spesifik | Persatuan mesti diluluskan MOTAC (senarai dalam panduan utama) |
Langkah 7: Bayar yuran lesen | 7 hari bekerja | Setelah diberitahu premis lulus pemeriksaan, buat pembayaran. Yuran: RM950 |
Langkah 8: Hadiri Kursus KPPU | Kursus 2 hari | Semak laman MOTAC KPPU untuk kalendar kursus tahun semasa dan buat pendaftaran Yuran: RM800 |
Langkah 9: Mohon lesen Umrah | 30 hari bekerja | 1. Hantar permohonan untuk tambah pakej Umrah dalam aktiviti agensi 2. Dibuat melalui TOURLIST mengikut panduan ini Yuran: RM500 |
Garis masa pemeriksaan premis
Pemeriksaan premis oleh MOTAC boleh memakan masa antara 14 – 60 hari bekerja, and terbahagi kepada tiga zon dengan tempoh berasingan.
Zon | Negeri | Masa Menunggu |
---|---|---|
A | Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya, Johor, dan Sabah | 60 hari bekerja |
B | Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak | 30 hari bekerja |
C | Perlis dan Wilayah Persekutuan | 14 hari bekerja |
Dalam pengalaman kami, agensi Umrah boleh mula beroperasi dalam tiga hingga empat bulan, tapi boleh lebih lama bergantung kepada beban kerja MOTAC dan PBT pada waktu permohonan.
Akhir sekali, sila ambil perhatian yang yuran yang disenaraikan hanyalah yuran kerajaan dan tak termasuk caj perkhidmatan pihak ketiga.
Itu sahaja buat masa ini!
Kami ucapkan selamat berjaya, dan jika anda perlukan bantuan, kami sentiasa di sini.
Pasukan MISHU sedia untuk uruskan penubuhan syarikat dan permohonan lesen agensi Umrah anda supaya anda boleh fokus kepada mengembangkan perniagaan. Hubungi kami sekarang!