Berwaspada Dengan Tawaran ‘Daftar Sdn Bhd Murah’!
Tujuan panduan ini bukan untuk aibkan mana-mana pihak, tetapi untuk pastikan para usahawan tahu bahawa tawaran ‘daftar Sdn Bhd murah’ tidak mungkin semurah yang diwartakan!
Sifat berjimat sering menyebabkan usahawan memilih berdasarkan harga termurah.
Apabila ia mempengaruhi pilihan perkhidmatan penubuhan syarikat, ia boleh membawa kepada kos operasi yang jauh lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Di bawah, kami jelaskan mengapa usahawan wajar berhati-hati dengan servis pendaftaran syarikat pada harga yang mengalahkan diskaun Shopee.
Begini cara kami terangkannya:
- yuran SSM untuk pendaftaran syarikat
- syarat pematuhan operasi syarikat dan servis yang terlibat
- kos tersembunyi pendaftaran Sdn Bhd murah, dan
- cara elak terikat dengan perkhidmatan yang tak diinginkan
Jom, mulakan.
Yuran pendaftaran SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenakan fi RM1,010 untuk pendaftaran Sdn Bhd.

Jadi secara logiknya, pihak ketiga perlu mengenakan caj lebih tinggi untuk mendapat untung.
Tetapi ada yang menawarkan bantuan penubuhan syarikat pada harga hampir sama dengan yuran SSM atau lebih rendah!
Servis wajib untuk operasi syarikat
Syarikat Sdn Bhd di Malaysia mempunyai beberapa kewajipan di bawah Akta Syarikat 2016, dan tiga yang relevan untuk panduan ini adalah:
- menyerahkan SerahSimpan tahunan
- melaporkan cukai kepada LHDN, dan
- diaudit oleh juruaudit berlesen (kecuali memenuhi syarat pengecualian)
Untuk syarat pertama, syarikat wajib lantik seorang Setiausaha Syarikat berlesen.
Untuk syarat kedua dan ketiga, walaupun tidak wajib, syarikat sering kali akan lantik akauntan dan agen cukai untuk mengendalikan proses ini.
Sekarang kita akan jelaskan hubungan antara servis di atas dengan pendaftaran syarikat.
Kos tersembunyi pendaftaran murah
Sering kali, pihak akan tawarkan pendaftaran Sdn Bhd murah yang digabungkan dengan langganan Setiausaha Syarikat, perakaunan, atau percukaian wajib.
Anda akan diminta tandatangan kontrak yang mengikat syarikat anda kepada langganan servis mereka walaupun anda tidak berpuas hati.

Strategi mereka mudah: rugi sikit dengan menanggung kos pendaftaran SSM, lepas tu untung besar dengan yuran CoSec atau perakaunan selama bertahun-tahun.
Elak terikat dengan kos tersembunyi
Cara paling selamat adalah untuk daftar syarikat anda sendiri!
Tapi kalau nak bantuan pihak ketiga, dua soalan penting untuk tanya mereka adalah::
- Adakah pendaftaran ini terikat dengan langganan kepada servis lain?
- Kalau saya tak mahu guna servis lain anda, bolehkah saya lantik pihak lain?
Kalau jawabannya adalah anda akan terikat, nasihat kami adalah jangan sekali-kali bersetuju.

Hakikatnya, kerana servis CoSec dan perakaunan penting untuk Sdn Bhd, tak salah untuk gabungkannya dengan pendaftaran syarikat–kami pun tawarkan pakej serupa.
Caj kami bermula dari RM1,499 dan klien bebas untuk lantik CoSec lain selepas pendaftaran–tapi kalau guna kami lagi bagus 😀
Kami bukan istimewa, ada ramai lagi CoSec, firma perakaunan dan pihak lain begini–kami tak paparkan harga murah dan secara senyap senyap selitkan kos tersembunyi.
Biar MISHU bantu daftar Sdn Bhd anda
MISHU menawarkan perkhidmatan pendaftaran syarikat pada harga berpatuan tanpa kos tersembunyi. Pada masa yang sama, kami menyediakan semua servis yang diperlukan oleh syarikat anda, termasuk perkhidmatan Setiausaha Syarikat, perakaunan, pelesanan, dan lebih lagi.