Rakyat Malaysia yang berniaga tahu ada tiga pihak yang pantang dimungkari perintahnya, iaitu:
- suami atau isteri tersayang,
- ibu bapa, dan
- Lembaga Hasil Dalam Negeri
Ketiga-tiganya banyak songeh, dan biasanya kita hanya akan tahu apabila terlepas tarikh akhir secara tak sengaja!
Mujurnya, LHDN mempunyai sistem e-filing untuk mempermudah proses memfailkan cukai.
Artikel ini bertujuan menjadi panduan untuk pelawat kali pertama platform e-Filing ini supaya boleh tunaikan tanggungjawab cukai dengan mudah.
Begini cara kami akan menerangkannya:
- Kami mulakan dengan senarai borang cukai buat penduduk Malaysia dengan punca pendapatan dari perniagaan
- Kami terangkan satu-satunya keperluan untuk log masuk ke dalam platform e-Filing
- Kami jelaskan langkah yang perlu diambil setelah log masuk
- Bonus: Kami akan tunjukkan kegunaan lain platform e-Filing LHDN!
Jom mula.
Ringkasan:
- Anda perlu menghantar borang yang dipanggil Borang e-B melalui platform e-Filing LHDN MyTax.
- Pastikan perniagaan anda sudah berdaftar dengan SSM kerana anda perlu menyerahkan dokumen semasa pendaftaran e-Filing.
- Selain menyerahkan penyata cukai, anda juga boleh membuat pembayaran.
- Biasanya terdapat masa tambahan selama 15 hari untuk penyerahan Borang e-B dari tarikh akhir.
- Walaupun e-Filing mudah, jika inginkan yang lebih mudah, MISHU boleh mengendalikan kewajipan cukai anda.
Borang Cukai untuk Individu Pemastautin Menjalankan Perniagaan
Pernah tak beratur setengah jam sebelum diberitahu anda terlupa satu borang dan perlu beratur sekali lagi. Kan sakit hati?
Pastikan anda tahu semua borang yang wajib diisi sebagai penduduk Malaysia dengan pendapatan perniagaan:
Ini borang utama buat penduduk yang menjana pendapatan daripada perniagaan, termasuk perniagaan digital seperti produk eCommerce dan SaaS.
Tarikh akhir E-Filing 2023: 30 Jun 2023, dengan masa tambahan selama 15 hari.
Borang ini adalah untuk individu pemastautin yang menjana pendapatan melalui perniagaan yang memberikan kepakaran atau pengetahuan, contohnya perunding bebas.
Tarikh akhir E-Filing 2023: 30 Jun 2023, dengan masa tambahan selama 15 hari.
- Helaian Kerja Berkaitan Pembayaran Balik
Ini adalah tiga bentuk berasingan untuk pengurangan dan pembayaran balik cukai, iaitu HK-6 (potongan cukai di bawah Seksyen 110), HK-8 (pendapatan dari negara yang mempunyai Perjanjian Cukai Dua Kali), dan HK-9 (pendapatan dari negara tanpa Perjanjian Cukai Dua Kali).
Berikut ialah pautan ke tarikh akhir rasmi 2023 untuk borang cukai.
Borang e-B dan e-BT tersedia di platform e-Filing LHDN, jadi pastikan anda memenuhi satu-satunya keperluan untuk membolehkan anda log masuk.
Syarat mengakses platform e-Filing MyTax
Maafkan kami jika terlalu jelas tetapi kami rasa lebih baik jika semuanya diterangkan sekiranya ada pembaca yang benar-benar baru kepada sistem percukaian Malaysia.
Terdapat hanya satu keperluan di sini: Dokumen Pendaftaran Perniagaan SSM anda, yang mesti diserahkan semasa pendaftaran melalui halaman pendaftaran MyTax.
Itu sahaja – seterusnya!
Panduan menggunakan e-Filing MyTax
Anda dinasihatkan untuk mendaftar akaun e-Filing anda sebelum mula baca bahagian ini.
Dengan itu, lebih mudah untuk ikut langkah-langkah ini satu persatu.
Dah daftar?
Cantik – jom mula.
Langkah 1: Halaman utama & log masuk
Log masuk sama ada dengan nombor MyKad atau pasport anda.
Langkah 2: Dapatkan sijil digital
Kali pertama anda log masuk, anda akan diminta untuk mendaftar sijil digital sama ada melalui borang e-CP55D atau pengecaman muka e-KYC.
Kedua-duanya mengambil masa yang sama, jadi pilih satu dan lengkapkannya.
Langkah 3: Tiba di dashboard e-Filing anda
Ini ialah dashboard anda, dari mana anda boleh melihat sumbangan cukai tahun-tahun sebelumnya, status penyerahan borang cukai, baki tertunggak dan bayaran balik cukai yang diluluskan.
Langkah 4: Navigasi menu untuk buka bahagian e-Filing
Di sebelah kanan logo MyTax, tekan Perkhidmatan ezHasil dan pilih e-Filing.
Langkah 5: Pilih e-Borang
Apa lagi nak dikatakan – tekan saja e-Borang.
Langkah 6: Pilih Borang e-B
Pastikan anda pilih tahun taksiran yang tepat.
Langkah 7: Lengkapkan Borang e-B
Terdapat empat bahagian yang perlu dilengkapkan sebelum anda akan diberi rumusan butiran cukai anda untuk diteliti dan borang e-B boleh diserahkan.
Syabas, anda kini telah melengkapkan penyata cukai anda untuk tahun tersebut!
Walaupun ia boleh memakan masa yang lama, kalau terpaksa pergi beratur di cawangan LHDN, lagi lama!
Jika anda tidak pasti bagaimana hendak jawab bahagian tertentu, rujuk nota LHDN.
Kalau masih tak pasti, hubungilah MISHU untuk mengajukan pertanyaan.
Kegunaan lain platform e-Filing LHDN
In addition to submitting your tax returns, here are other things you can do:
- Pembayaran: Buat pembayaran ke atas cukai tertunggak.
- e-Billing: Lihat jumlah cukai tertunggak semasa anda sebagai individu / majikan.
- e-Data PCB: Majikan boleh menyerahkan butiran potongan cukai bulanan mereka.
- e-SPC: Majikan boleh menyerahkan permohonan pembayaran terakhir untuk pekerja yang telah meninggal dunia, bersara atau meninggalkan syarikat.
- e-WHT: Isi dan serahkan borang yang berkaitan dengan Cukai Pegangan.
Ada lagi, tapi lebih baik anda terokai platform ini sendiri!
Sementara itu, jika anda tak mahu menyusahkan diri dengan pengisian dan penyerahan borang cukai, kami ada cadangan.
Biar MISHU mengendalikan e-Filing anda
Jika anda sibuk menjalankan perniagaan, MISHU sedia untuk bantu mempermudah kewajipan cukai anda. Kami bekerjasama dengan akauntan bertauliah agar semua tarikh akhir LHDN dan jumlah yang perlu dibayar akan dipatuhi sepenuhnya. Hubungi kami!