senarai 7 syarat daftar sdn bhd

7 Syarat Wajib Daftar Sdn Bhd

Untuk membantu usahawan mendaftar syarikat Sdn Bhd buat kali pertama, kami telah menyediakan senarai semak ringkas dengan tujuh syarat wajib menubuhkan syarikat baharu.

Untuk dokumen yang boleh ditanda secara terus, muat turun PDF pendaftaran Sdn Bhd kami.

Senarai Semak SDN BHD 1
Percuma 🙂

Kami telah menyertakan pautan ke panduan khusus untuk beberapa syarat dalam senarai semak di bawah, kalau-kalau anda perlukan penjelasan yang lebih terperinci.

Selepas menerangkan kesemua tujuh syarat pendaftaran, kami akan jelaskan langkah anda yang seterusnya.

Jom mulakan!

Senarai semak syarat daftar Sdn Bhd

1. Cadangan nama syarikat

Fikirkan beberapa nama unik sebagai alternatif sekiranya pilihan pertama anda telah diambil oleh syarikat lain atau tidak mematuhi garis panduan penamaan syarikat SSM.

Jika nama tersebut bukan dalam bahasa Melayu atau Inggeris, sila jelaskan maksudnya.

2. Butiran perniagaan

Jelaskan selengkapnya kegiatan perniagaan anda dengan:

  • Sehingga tiga kod MSIC, dan
  • Penerangan perniagaan masksimum 200 patah perkataan

3. Alamat perniagaan

Ini adalah lokasi di mana perniagaan anda akan beroperasi dan mestilah merupakan alamat di Malaysia.

Jika anda belum ada premis atau akan beroperasi dari rumah, anda boleh menggunakan alamat kediaman anda di Malaysia (tetapi ia perlu diubah kemudian jika anda mula beroperasi di alamat lain.

4. Pengarah tempatan

Semua Sdn Bhd mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah yang menetap di Malaysia, termasuk warga asing dengan pas pekerjaan yang sah.

Maklumat berikut diperlukan bagi setiap pengarah:

  • Nama penuh
  • Alamat kediaman di Malaysia
  • Nombor telefon
  • Alamat emel
  • Salinan MyKad / Pasport
  • (untuk warga asing) bukti alamat kediaman, contohnya bil utiliti terkini / perjanjian sewa / penyata akaun bank yang menunjukkan nama dan alamat

5. Butiran pemegang saham

Sebuah Sdn Bhd mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemegang saham, termasuk entiti korporat atau warga asing (kecuali industri tertentu yang melarang milikan asing 100%).

Maklumat berikut diperlukan bagi setiap pemegang saham:

  • Nama penuh
  • Alamat kediaman
  • Nombor telefon
  • Alamat emel
  • Salinan MyKad / Pasport
  • (untuk warga asing) bukti alamat kediaman
  • (untuk entiti korporat) profil syarikat dan nama serta MyKad / pasport wakil yang sah

6. Butiran struktur pecahan saham

Sediakan maklumat berikut tentang struktur saham syarikat anda:

  • Modal saham yang dibayar (amalan lazim adalah RM100)
  • Harga saham (amalan lazim adalah RM1/saham)
  • Bilangan saham yang akan dikeluarkan (dengan modal saham RM100 dan harga saham RM1, amalan standard adalah untuk keluarkan 100 saham)
  • Bilangan pemegang saham dan peratus pegangan saham mereka

7. Lantik Setiausaha Syarikat

Di bawah Akta Syarikat Malaysia 2016, semua Sdn Bhd mesti melantik Setiausaha Syarikat dalam 30 hari selepas penubuhan.

Seringkasnya, tugas utama Setiausaha Syarikat adalah menasihati para Pengarah tentang pematuhan undang-undang dan menguruskan penyerahan Penyata Tahunan wajib kepada SSM.

Ringkasan senarai semak

Mesti ada pembaca yang dah lupa syarat awal, jadi jadual berikut adalah ringkasan senarai kami.

SyaratButiran
1. Nama SyarikatFikirkan lebih daripada satu nama.
2. Butiran PerniagaanSehingga tiga kod MSIC dan penerangan maksimum 200 patah perkataan.
3. Alamat PerniagaanMestilah alamat di Malaysia.
4. Pengarah Tempatan Boleh terdiri daripada warganegara tempatan atau asing tetapi sekurang-kurangnya seorang mesti menetap di Malaysia.
5. Pemegang SahamSekurang-kurangnya seorang dan boleh merupakan badan korporat atau warga asing, tertakluk kepada sekatan industri.
6. Struktur Pecahan SahamModal saham yang dibayar, harga saham, bilangan saham yang dikeluarkan, dan bilangan pemegang saham serta pecahan pegangan saham mereka.
7. Setiausaha SyarikatMesti dilantik dalam tempoh 30 hari selepas penubuhan.

Setelah semua syarat dipenuhi, tiba masanya untuk memulakan proses penubuhan syarikat anda!

Langkah seterusnya


Permohonan penubuhan syarikat diserahkan kepada SSM melalui MyCoID, portal pendaftaran mereka.

halaman utama mycoID untuk pendaftaran syarikat sdn bhd

Jika anda berada di Malaysia, anda ada dua pilihan:

  • Uruskan penubuhan syarikat sendiri, atau
  • Upah perunding seperti MISHU untuk uruskan penubuhan bagi anda

Jika anda mungutamakan penjimatan kos, panduan penubuhan syarikat kami menjelaskan setiap langkah proses ini, tetapi ingatlah bahawa anda perlu melawat cawangan SSM secara fizikal dan jika SSM tidak berpuas hati dengan permohonan anda, mereka mungkin menolak dan menangguhkan rancangan anda.

Jika anda mementingkan kepantasan dan kepakaran, kami mengesyorkan anda mengupah perunding perniagaan (tak semestinya kami, tetapi kami dah banyak membantu jadi apa salahnya?) untuk berurusan dengan pihak SSM sebagai wakil anda.

Apapapun, kami doakan anda menubuhkan syarikat dengan lancar 😊

Izinkan MISHU bantu daftar Sdn Bhd anda

Pasukan kami sedia untuk membantu kamu di setiap langkah agar tidak perlu risau tentang isu perundangan – fokus sahaja kepada pertumbuhan perniagaan kamu dari hari pertama.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top