Panduan Ringkas Tambah Kod Bidang MOF
Selagi ada lebih daripada tiga bulan daripada tarikh luput, pemilik lesen kewangan yang ingin menambah kod bidang MOF boleh membuat permohonan melalui portal ePerolehan.

Panduan ini menerangkan cara lengkapkan permohonan ini, termasuk:
- butiran dan dokumen sokongan wajib
- kod bidang dengan syarat tambahan, dan
- langkah-langkah permohonan
Bagi pemegang lesen yang hanya ada tempoh sah lesen tiga bulan, rujuk panduan pembaharuan sijil MOF kami untuk memperbaharui lesen anda terlebih dahulu.
Jom, mulakan.
Butiran & dokumen sokongan wajib
Anda akan diminta untuk mengisytiharkan butiran berikut lengkap dan tepat sebelum boleh memilih kod bidang untuk ditambah:
- perniagaan
- kakitangan
- cawangan
- modal / ekuiti, dan
- bank
Dokumen sokongan yang perlu disediakan berbeza mengikut jenis entiti perniagaan (profil SSM boleh dibeli daripada SSM e-info atau MYDATA SSM) dan kod bidang yang ingin ditambah (kod bidang khas / pembuat akan memerlukan dokumen sokongan tambahan).
Enterprise
- profil SSM terkini
- salinan MyKad pemilik
- salinan MyKad / passport semua pekerja yang dicarumkan KWSP
- penyata akaun bank terkini
- penyata caruman KWSP, dan
- salinan perjanjian sewa / beli premis
Syarikat Sdn Bhd
- profil SSM terkini
- salinan MyKad / passport semua pemegang saham dan pengarah
- salinan MyKad / passport semua pekerja yang dicarumkan KWSP
- penyata akaun bank terkini
- penyata caruman KWSP
- salinan perjanjian sewa / beli premis
Persatuan / koperasi berdaftar dengan ROS
- sijil pendaftaran
- salinan MyKad / passport semua ahli lembaga
- undang-undang kecil persatuan
- minit Mesyuarat Agong terkini
- salinan penyata akaun bank terkini
- penyata caruman KWSP
- resolusi kuasa menandatangani akaun bank persatuan
- salinan perjanjian sewa / beli premis
PLT
- perakuan pendaftaran PLT
- salinan MyKad / passport semua rakan kongsi
- salinan MyKad / passport semua pekerja yang dicarumkan KWSP
- salinan penyata akaun bank terkini
- penyata caruman KWSP
- salinan penyata akaun bank terkini
- salinan perjanjian sewa / beli premis
Syarat tambahan kod bidang khas / pembuat
Ada sebilangan kod bidang dengan syarat tambahan yang datang dengan keperluan tambahan, dan lazimnya berakhir dengan ‘99’:
- hanya akaun Kontraktor boleh memohon kod bidang khas / pembuat
- kod bidang khas / pembuat perlu lulus lawatan tapak oleh MOF
- maklumat lengkap fasiliti, jentera, dan peralatan pengeluaran perlu disediakan
- Keterangan Lain wajib diisi bagi permohonan kod pembuat yang berakhir dengan 99
Langkah permohonan
Log masuk ke dalam akaun pembekal ePerolehan anda sebagai pentadbir dan pilih ‘Permohonan Tambah Bidang’ daripada senarai aplikasi pengurusan pembekal.

Dari sini, platform akan membimbing anda melalui langkah-langkah berikut:
- Kemaskini maklumat
- Pilih Jenis Bidang untuk pendaftaran kod baharu
- Sahkan perubahan jenis bidang (jika ada)
- Tambah bidang baharu
- Lengkapkan Keterangan Lain (jika perlu)
- Muat naik Dokumen Sokongan
- Isytihar permohonan dan sahkan pengesahan
Setelah siap, anda akan ditunjukkan mesej berikut yang menunjukkan permohonan telah dihantar untuk diproses oleh pihak MOF.

Sama seperti Sijil Taraf Bumiputera MOF, permohonan tambah kod bidang adalah percuma jika dilakukan sendiri, tapi kalau nak MISHU tolong, malangnya tak boleh percuma tapi kami janji harga kami berpatutan!
Itu saja daripada kami, dan semoga urusan anda berjalan lancar 😊
Biar MISHU bantu tukar kod bidang MOF anda
Jika anda enggan membazir masa mengisi borang, MISHU menawarkan perkhidmatan lesen MOF selengkapnya termasuk penambahan kod bidang, dan kami sedia untuk menolong anda juga.