Sdn Bhd VS Enterprise: Panduan Lengkap Untuk Usahawan
Enterprise dan Sdn Bhd adalah dua struktur perniagaan yang cukup berbeza, jadi sebenarnya senang untuk memilih yang paling sesuai untuk perniagaan anda.

Panduan ini akan menerangkan perbezaan utama antara Enterprise dan Sdn Bhd di Malaysia agar usahawan boleh memilih entiti perniagaan terbaik untuk situasi mereka.
Jom mulakan.
Sdn Bhd vs Enterprise: Gambar keseluruhan
Enterprise dan Sdn Bhd adalah hampir berlawanan dalam segi tuntutan kewangan, pentadbiran dan cukai, seperti yang digambarkan dalam jadual di bawah.
Kriteria | Enterprise | Sdn Bhd |
---|---|---|
Warga Asing | Tidak dibenarkan | Dibenarkan (bergantung pada sektor) |
Kos Penubuhan | ~ RM30 – 60 tanpa bantuan pihak ketiga. | ~ RM4,000 untuk pemerbadanan biasa; keperluan khas boleh meningkatkan kos. |
Kos Tahunan | Lebih rendah | Lebih tinggi |
Perlindungan liabiliti | Liabiliti tak terhad. Pemilik adalah sepenuhnya bertanggungjawab atas keputusan syarikat | Perlindungan liabiliti terhad. Pemegang saham dan pengarah dilindungi daripada liabiliti syarikat |
Struktur Pentadbiran | Lebih mudah | Lebih rumit |
Cukai Pendapatan | Patuh pada cukai pendapatan peribadi sehingga 30%. | Kadar cukai pendapatan korporat pada keuntungan syarikat sebanyak 15-24%. |
Cukai pada pemilik | Disertakan dengan pendapatan syarikat. | Tiada cukai pada dividen yang diterima dan ada peraturan tertentu untuk potongan cukai. |
Kemudahan pertumbuhan | Lebih sukar untuk mendapatkan pinjaman / geran. Tidak boleh mengumpul dana melalui jualan saham. | Lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman / geran. Boleh menjual saham untuk mencari dana tambahan. |
Secara ringkasnya:
- Ia jauh lebih mahal untuk menggabungkan dan mengekalkan Sdn Bhd
- Sdn Bhd tertakluk kepada keperluan pematuhan dan penyimpanyan rekod lebih ketat
- Pemilik Sdn Bhd dilindungi dari hutang syarikat sementara pemilik Enterprise bertanggungjawab sepenuhnya untuk hutang perniagaan.
- Pada pendapatan tahunan yang lebih tinggi (sekitar RM70,000), Sdn Bhds membayar cukai yang lebih rendah daripada Enterprise.
- Ia lebih mudah bagi Sdn Bhds untuk berkembang melalui pinjaman perniagaan dan menjual saham syarikat.
Mari kita lihat perbezaan utama dengan lebih dekat.
1. Sdn Bhd dikenakan syarat pematuhan lebih ketat
Akta Syarikat 2016 mewajibkan semua Sdn Bhd untuk menghantar Laporan Tahunan yang terdiri daripada Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang diaudit.
Jenis Dokumen | Penerangan | Tempoh masa |
---|---|---|
Laporan Tahunan | Maklumat tentang syarikat seperti aktiviti perniagaan, lokasi, pejabat, struktur saham, serta maklumat pemegang saham. | 30 hari dari tarikh ulang tahun penubuhan syarikat. |
Penyata Kewangan yang Diaudit | Butiran kewangan syarikat termasuk penyata keadaan kewangan, penyata aliran tunai, dan penyata pendapatan. | 30 hari setelah diedarkan kepada pemegang saham. |
Pemfailan Laporan Tahunan adalah tugas Setiausaha Syarikat Sdn Bhd, , dan penyata kewangan perlu mendapat kelulusan dari juruaudit bertauliah.
Sementara itu, pemilik Enterprise hanya perlu layari portal SSM untuk memperbaharui pendaftaran perniagaan mereka sebelum tarikh tamat pendaftaran dan sehingga 12 bulan selepas tamat pendaftaran.
2. Sdn Bhd menyediakan perlindungan liabiliti terhad
Sdn Bhd diiktiraf sebagai entiti undang-undang yang asing, sementara Enterprise dan pemilikya dianggap sebagai entiti sama.

Ini memberi pemilik Sdn Bhd perlindungan liabiliti terhad, yang melindungi aset peribadi mereka daripada hutang syarikat. Sebagai pemegang saham, anda hanya boleh rugi apa yang anda laburkan dalam syarikat.
Sementara itu, pemilik Enterprise terpaksa menganggung liabiliti tidak terhad di mana aset perniagaan dianggap sebagai aset peribadi pemilik, dan jika perniagaan dilanda hutang, aset peribadi anda boleh dirampas untuk membayarnya.
3. Sdn Bhd menikmati kadar cukai lebih rendah
Kadar cukai adalah isu penting bagi pemilik perniagaan jadi kami harap bahagian ini menunjukkan penjimatan cukai yang dinikmati oleh Sdn Bhd pada tahap keuntungan tahunan yang tinggi.

Untuk panduan yang lebih mendalam tentang bagaimana ini dikira, sila lihat panduan mengira cukai Enterprise.
Untung tahunan RM70,000 adalah titik penjimatan cukai
Melebihi RM70,000 dalam keuntungan tahunan, faedah cukai Sdn Bhd mula dirasai kerana ia tetap pada 15% hingga RM150,000, sementara Enterprise yang memperoleh RM150,000 sudah masuk ke dalam bracket cukai pendapatan peribadi 25%.
Seandainya satu Enterprise dan Sdn Bhd mendapat keuntungan sebanyak RM150,000 pada TA 2023:
- Enterprise perlu membayar cukai sebanyak RM31,400
- Sdn Bhd hanya perlu membayar cukai sebanyak RM22,500
Semakin pendapatan bisnes meningkat, semakin besar perbezaan kadar cukai Enterprise dan Sdn Bhd.
Bila wajar memilih Sdn Bhd
Sebagai struktur dengan penghalang masuk yang lebih tinggi tetapi ruang pertumbuhan yang banyak, Sdn Bhd adalah pilihan yang lebih baik jika:
- Anda mementingkan perlindungan harta peribadi dari risiko menjalankan perniagaan.
- Anda inginkan perkembangan jangka panjang dan pendapatan tinggi.
- Anda inginkan sokongan pelabur yang mementingkan struktur perniagaan teratur.
- Perusahaan akan dimiliki oleh beberapa pemegang saham dan memerlukan organisasi korporat yang jelas.
- Anda ingin menawarkan saham untuk menarik pekarja.
Sila lihat panduan kami untuk Pendaftaran Sdn Bhd di Malaysia.
Bila wajar memilih Enterprise
Sebagai struktur yang lebih mudah diulakan dengan ruang pertumbuhan yang lebih kecil, Enterprise lebih sesuai jika:
- Anda adalah pengusaha baharu, sendirian, atau hanya ada pasukan yang kecil.
- Anda tiada hasrat berkembang menjadi operasi yang besar.
- Anda lebih mementingkan keperluan pematuhan minimal, kurang birokrasi, dan proses penubuhan cepat.
- Anda tidak merancang untuk mengumpul dana dari pelabur.
- Anda tidak risau untuk bertanggung jawab secara peribadi untuk risiko bisnis.
Jika anda berminat menubuhkan Enterprise, kami boleh membantu anda mendaftar dengan SSM.
Jawab kuiz Enterprise vs Sdn Bhd kami!
Jom uji jika anda ingat perbezaan antara Enterprise dan Sdn Bhd – jangan main tipu tau!
Anda mungkin berfikir kalau anda main tipu pun, macam mana kami tahu?
Betul, tapi ingat Tuhan nampak – ha, kan dah takut! Ok dah boleh jawab.
Biar MISHU bantu mulakan bisnes anda

Sama ada Enterprise atau Sdn Bhd, anda masih memerlukan penasihat bisnes yang memahami keperluan anda. Pasukan MISHU sedia membantu memulakan, membangun, dan mengembangkan perniagaan anda – hubungi kami sekarang!
Saya ada soalan ya Klau nk Buat bisnes pertenakan mana satu yg lebih baik enterprise atau sdn bhd ?
Salam Idham,
Tanpa mengetahui situasi anda secara terperinci, kami lazimnya syorkan Sdn Bhd 🙂
Harap jawapan ini membantu anda membuat pilihan.
Yang benar,
Pasukan Editorial MISHU