panduan perbezaan antara perkongisan am dan perkongisan liabiliti terhad

Perbandingan Perkongsian Liabiliti Terhad Dan Perkongsian Am

Berbanding dengan perbezaan antara Perkongsian Liabiliti Terhad dan Sdn Bhd, perbezaan antara LLP dan Perkongsian Tradisional kurang jelas, menjadikannya sukar untuk membuat pilihan di antara dua entiti perniagaan ini.

persamaan antara plt dan perkongsian am membuatkannya sukar untuk memilih antra kedua duanaya
Ibarat kembar bukan seiras.

Walau bagaimanapun, memang ada perbezaan antara dua struktur ini yang menjadikan mereka sesuai untuk perniagaan yang berbeza. Artikel ini menyenaraikan perbezaan tersebut agar para usahawan Malaysia boleh memilih antara Kongsi Biasa dan Kongsi Liabiliti Terhad (LLP). 

Jom mulakan.

Garis Panduan Perkongsian Konvensional vs LLP

LLP dan Perkongsian Konvensional hampir serupa dari segi keperluan kewangan, pentadbiran, dan cukai, seperti yang diterangkan dalam jadual di bawah.

KriteriaPerkongsian KonvensionalPerkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Warga AsingTidak dibenarkanDibenarkan (tertakluk kepada sektor)
Kos PenubuhanRM60 untuk perkongsian biasaRM1,500 untuk LLP biasa
Penyelenggaraan TahunanRM60 untuk pembaharuan nama perniagaan setiap tahunRM200 untuk Pengisytiharan Tahunan
Perlindungan LiabilitiTiada. Rakan kongsi sepenuhnya bertanggungjawab terhadap hutang syarikat.Terhad. Pemilik tidak bertanggungjawab terhadap hutang syarikat.
Struktur PentadbiranSangat mudahLebih rumit – memerlukan pelantikan Pegawai Pematuhan dan penyerahan Pengisytiharan Tahunan.
Cukai PendapatanTertakluk kepada cukai pendapatan peribadi sehingga 30%.Kadar cukai pendapatan syarikat pada keuntungan LLP dari 15-24%.
Bilangan Rakan KongsiMinimum 2, tiada had atasMinimum 2, maksimum 20

Ringkasan:

  • Jauh lebih mahal untuk mendaftar dan menguruskan LLP.
  • PLT tertakluk kepada keperluan penyimpanan rekod dan pematuhan yang lebih ketat.
  • Rakan kongsi PLT dilindungi daripada hutang syarikat manakala pemilik Perkongsian Am bertanggungjawab sepenuhnya.
  • Apabila keuntungan tahunan meningkat, PLT membayar cukai kurang daripada Perkongsian Am (sekitar RM70,000).

Mari kita lihat perbezaan utama dua struktur perniagaan ini dengan lebih dekat.

PLT mempunyai syarat pematuhan berkanun lebih ketat

Semua PLT diwajibkan mematuhi peraturan berikut secara berterusan:

  1. Melantik Pegawai Pematuhan yang bertanggungjawab untuk memastikan PLT mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh SSM.
  2. Memastikan SSM diberitahu jika ada pertukaran kepada butir-butir PLT dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pertukaran tersebut.
  3. Pada setiap masa di pejabat berdaftar menyimpan salinan dokumen berkanun dan rekod kewangan.
  4. Memastikan Perakuan Tahunan diserah simpan dengan SSM setiap tahun dalam tempoh sembilan puluh hari dari akhir tahun kewangan PLT,

Sementara itu, rakan kongsi Perkongsian Konvensional hanya perlu melawat portal atas talian SSM untuk memperbaharui pendaftaran perniagaan mereka sebelum tarikh luput pendaftaran dan hingga 12 bulan selepas tamat tempoh pendaftaran!

PLT memberikan perlindungan liabiliti terhad

PLT dilihat sebagai entiti yang berasingan, sementara Perkongsian Am dan rakan kongsi dianggap sebagai satu entiti tunggal.

perniagaan berisiko patut ada perlindungan liabiliti terhad oleh sdb nhd
Jika perniagaan anda berisiko tinggi, perlindungan liabiliti terhad cukup penting.

Rakan kongsi sebuah LLP akan mendapat perlindungan liabiliti terhad, bermakna harta peribadi mereka berasingan dari LLP, lantas terlindung daripada hutang perniagaan. Sebagai rakan kongsi, anda hanya berisiko kehilangan seberapa banyak anda laburkan dalam perniagaan.

Sementara itu, rakan kongsi Perkongsian Am tertakluk kepada liabiliti tanpa had dan harta peribadi mereka boleh dirampas untuk melangsaikan hutang perniagaan.

PLT menikmati kadar cukai lebih rendah

Penjimatan cukai dinikmati oleh PLT apabila untung tahunan  lebih tinggi berikutan dikenakan kadar cukai pendapatan korporat sementara Perkongsian Am dikenakan cukai pendapatan peribadi.

mengira kadar cukai sdn bhd dan enterprise
Dipersilakan guna kalkulator kalau tak percayakan kami!

Untuk panduan yang lebih mendalam, sila baca panduan cara mengira cukai pendapatan Enterprise kami.

Melebihi keuntungan tahunan RM70,000, faedah cukai PLT mula dirasai kerana kekal pada 15% hingga RM150,000, sementara Enterprise yang menjana RM150,000 akan dikenakan kadar cukai 25%. 

Andainya satu Enterprise dan Sdn Bhd mendapat untung RM150,000 pada TA 2023: 

  • Enterprise perlu membayar cukai sebanyak RM31,400
  • Sdn Bhd hanya perlu membayar cukai sebanyak RM22,500

Kian keuntungan bisnes meningkat, kian besar perbezaan kadar cukai PLT dan Perkongsian Am.

Bila sesuai memilih PLT

Struktur perniagaan PLT adalah sesuai untuk usahawan yang mementingkan kelebihan berikut:

  • Perlindungan harta peribadi
  • Kadar cukai lebih rendah untuk tahap keuntungan tahunan tinggi

Lantas, struktur ini lebih sesuai untuk perniagaan dengan ciri-ciri berikut:

  • Perniagaan dengan risiko yang signifikan.
  • Perniagaan berpendapatan tinggi.

Kerena ini, PLT adalah entiti popular untuk perkongsian dalam sektor undang-undang dan kewangan. Jika anda rasa struktur ini menepati keperluan anda, daftar PLT baharu anda sekarang.

Bila sesuai memilih Perkongsian Am

Struktur perniagaan Perkongsian Am lebih sesuai untuk mereka yang mementingkan kelebihan berikut:

  • Mudah ditubuhkan dan diusahakan 
  • Keperluan pematuhan lebih senang

Lantas, struktur ini lebih sesuai untuk perniagaan dengan ciri-ciri berikut:

  • Perniagaan dengan risiko rendah.
  • Perniagaan berpendapatan sederhana.

Akan tetapi, ingatlah sebagai rakan kongsi Perkongian Am, harta peribadi anda berisiko disita untuk pembayaran hutang perniagaan! Jika anda masih berminat menubuhkan Perkongian Am, izinkan kami bantu anda mendaftar dengan SSM

Biar MISHU bantu mulakan perniagaan anda 

Co sec Manager Fenny

Sama ada PLT atau Perkongsian Am, anda masih memerlukan penasihat bisnes yang memahami keperluan anda. Pasukan MISHU sedia membantu memulakan, membangun, dan mengembangkan perniagaan anda – hubungi kami sekarang!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

please include country code

Scroll to top