Petanda Terbesar Untuk Tukar Enterprise Ke Sdn Bhd
Bagi sesetengah usahawan, menukar Enterprise kepada Sdn Bhd menjanjikan tahap cukai lebih rendah.

Tidak ada angka pendapatan yang boleh digunapakai untuk setiap situasi, tetapi anda boleh menganggar sama ada sudah tiba masa untuk menjalankan perniagaan anda sebagai Sdn Bhd.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan caranya dengan menerangkan:
- kadar cukai Enterprise dan Sdn Bhd
- kos tahunan Sdn Bhd
- faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat anggaran
Kami akan akhiri semuanya dengan contoh sebuah Enterprise ciptaan kami.
Jom mulakan.
Kadar cukai Enterprise vs Sdn Bhd
Syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan pendapatan perniagaan kasar tidak melebihi RM50 juta tertakluk kepada kadar cukai korporat YA2023 berikut:
:
Julat Pendapatan | Kadar Cukai |
---|---|
Pendapatan pertama RM150,000 | 15% |
RM150,001 hingga RM600,000 | 17% |
RM600,001 ke atas | 24% |
Sementara itu, pendapatan Enterprise dikenakan kadar cukai pendapatan peribadi:
Julat Pendapatan | Kadar Cukai |
---|---|
RM100,001 – RM400,000 | 25% |
RM400,001 – RM600,000 | 26% |
RM600,001 – RM2,000,000 | 28% |
Melebihi RM2,000,000 | 30% |
Disebabkan itu, apabila perniagaan mula berkembang dan menjana pendapatan yang besar, ia akan membayar cukai yang lebih rendah jika ia beroperasi sebagai Sdn Bhd.
Kos tahunan Sdn Bhd
Untuk beroperasi sebagai Sdn Bhd akan memakan kos antara RM4,200 – RM11,500 sebagai kos tahunan.
Profesional | Yuran |
---|---|
Setiausaha Syarikat | RM1,200 – RM2,500 |
Akauntan | RM500 – RM5,000 |
Ejen Cukai | RM1,000 – RM1,500 |
Juruaudit | RM1,500 – RM2,500 |
Jumlah Tahunan | RM4,200 – RM11,500 |
Lantas, perlu ada perbezaan RM4,200 dalam tanggungan cukai sebelum bertukar kepada Sdn Bhd.
Anda mungkin rasa ini tidak masuk akal kerana perbezaan tersebut sama dengan kos tahunan yang menyebabkan akhirnya tiada penjimatan kos.

Kami di MISHU menggelar ini sebagai ‘tipping point’ di mana kos untuk menukar daripada Enterprise kepada Sdn Bhd adalah kosong.
Dalam erti kata lain, anda boleh bertukar dari Enterprise ke Sdn Bhd ‘secara percuma’.
Penjimatan cukai anda akan mula dan meningkat dengan mendadak apabila pendapatan tahunan anda meningkat – setiap Ringgit tambahan dikenakan cukai lebih rendah melalui Sdn Bhd berbanding Enterprise.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira
Berikut adalah angka yang perlu anda ketahui:
- kos tahunan Sdn Bhd
- tanggungan cukai selepas menuntut pelepasan cukai perniagaan dan peribadi
- tanggungan cukai pada tahap pendapatan sama sebagai Sdn Bhd
Seperti yang tersebut, kos tahunan minimum Sdn Bhd adalah RM4,200.
Untuk melihat tuntutan pelepasan cukai, sila rujuk senarai rasmi SSM.
Mari kita akhiri dengan contoh Abu yang berani berkongsi pendapatannya secara online 😀
Contoh: Abu si pemilik Enterprise
Abu adalah satu-satunya gerai rojak dan cendol tanpa kalori di Lembah Klang, lantas mendapat sambutan hangat di kalangan suri rumah yang takut gemuk dan ditinggalkan suami.

Gerai Abu memang laku dan dia tertanya-tanya sama ada dia patut menukar Enterprise kepada Sdn Bhd.
Berikut adalah situasi kewangan Abu:
Berikut adalah pecahan situasi Abu:
- Pendapatan Tahunan: RM250,000
- Pendapatan Bercukai (selepas pelepasan): RM200,000
Sebagai pemilik tunggal, pendapatan perniagaan adalah pendapatan peribadi, dan tanggungan cukai adalah seperti berikut:
Julat Pendapatan | Kadar Cukai | Jumlah Cukai |
---|---|---|
Sehingga RM 5,000 (Kategori A) | 0% | RM 0 |
RM 5,001 – RM 20,000 (Kategori B) | 1% | RM 150 |
RM 20,001 – RM 35,000 (Kategori C) | 3% | RM 450 |
RM 35,001 – RM 50,000 (Kategori D) | 6% | RM 900 |
RM 50,001 – RM 70,000 (Kategori E) | 11% | RM 2,200 |
RM 70,001 – RM 100,000 (Kategori F) | 19% | RM 5,700 |
RM 100,001 – RM 200,000 (Kategori G) | 25% | RM 25,000 |
Jumlah Cukai | RM 34,400 |
Jika anda tidak pasti tentang cara cukai pendapatan peribadi dihitung, sila rujuk panduan pengiraan cukai Enterprise kami.
Sementara itu, berikut adalah kadar cukai yang dikenakan pada pendapatan Sdn Bhd:
Julat Pendapatan | Kadar Cukai | Jumlah Cukai |
---|---|---|
Sehingga RM 150,000 | 15% | RM 22,500 |
RM 150,001 – RM 200,000 | 17% | RM 8,500 |
Jumlah Cukai | RM 31,000 |
Ini memberikan perbezaan RM3,400, menunjukkan bahawa Abu hampir mencapai ‘tipping point’.
Jika penjimatan cukai adalah satu-satunya sebab Abu ingin menukar, belum berbaloi lagi.
Namun, ada faedah lain yang ditawarkan oleh Sdn Bhd berbanding Enterprise, yang mungkin membuat Abu menukar sebelum dia mencapai ‘tipping point’.
BONUS: Kelebihan Sdn Bhd lain
Selain tanggungan cukai lebih rendah, Sdn Bhd menawarkan tiga kelebihan kepada usahawan:
- perlindungan aset peribadi daripada hutang perniagaan, dan
- peluang untuk mengumpul dana dengan menjual saham syarikat
- lebih mudah mendapatkan pinjaman perniagaan dan geran kerajaan
Jika anda ingin mengembangkan perniagaan, anda mungkin perlu mendapatkan pinjaman atau menawarkan ekuiti untuk mengumpul dana.
Kerana dunia perniagaan penuh dengan risiko, perlindungan liabiliti terhad sangat berharga.
Untuk lebih maklumat, sila baca perbandingan Enterprise vs Sdn Bhd kami.
Kalau malas baca, boleh sahaja hubungi kami 😀
Jawab kuiz Enterprise vs Sdn Bhd kami!
Uji sejauh mana anda ingat – jangan main tipu tau!
Biar MISHU tukar Enterprise anda ke Sdn Bhd
Jika anda perlukan bantuan untuk menganggarkan pelepasan cukai atau menubuhkan Sdn Bhd baharu, pasukan kami sentiasa sedia membantu – hubungi kami.