Sebanyak 4,000 Sdn Bhd baharu didaftarkan setiap bulan, lantas tidak hairanlah pasukan kami menerima banyak pertanyaan mengenai pelbagai aspek pendaftaran syarikat.
Untuk memastikan akses kepada maklumat tepat, kami telah mengumpulkan jawapan kepada 15 soalan yang paling kerap ditanya mengenai pendaftaran syarikat di Malaysia.
Gunakan isi kandungan di bawah untuk terus ke mana-mana soalan. Jika ada pertanyaan tambahan, hubungi pasukan kami!
Jom mulakan.
Isi Kandungan
- 1. Adakah Sdn Bhd atau Enterprise lebih baik?
- 2. Berapakah kos operasi Sdn Bhd?
- 3. Kenapa perlu daftar Sdn Bhd?
- 4. Bolehkah Sdn Bhd didaftar atas talian?
- 5. Apa pengalaman yang diperlukan untuk buka syarikat Sdn Bhd?
- 6. Apakah syarat mendaftarkan Sdn Bhd?
- 7. Apakah modal berbayar?
- 8. Apakah Setiausaha Syarikat?
- 9. Adakah anda layak jadi pengarah syarikat?
- 10. Bolehkah pegawai kerajaan menjadi pengarah dan pemilik Sdn Bhd?
- 11. Berapa kos mendaftar Sdn Bhd?
- 12. Berapa lamakah tempoh memproses permohonan?
- 13. Adakah syarat penamaan syarikat?
- 14. Apakah SSM?
- 15. Apa pula selepas mendaftarkan Sdn Bhd?
- Izinkan MISHU bantu daftar syarikat anda
1. Adakah Sdn Bhd atau Enterprise lebih baik?
Ia bergantung pada sejauh mana anda menghargai kelebihan utama Sdn Bhd: Perlindungan liabiliti terhad.
Jika Enterprise anda bankrap, aset peribadi anda boleh dirampas untuk membayar pemiutang.
Jika Sdn Bhd bankrap, aset peribadi anda selamat selagi tiada unsur penipuan atau salah laku.
Sudah tentu ada lagi, dan kami jelaskan sepenuhnya dalam panduan Sdn Bhd vs Enterprise kami.
2. Berapakah kos operasi Sdn Bhd?
Kami berharap anda faham bahawa angka spesifik adalah mustahil untuk diberikan.
Namun, kami dengan yakin mengatakan bahawa Sdn Bhd adalah entiti perniagaan yang paling mahal untuk dioperasikan, dan kos penyelenggaraan termasuk:
- Audit wajib
- Pelantikan wajib
Sebaliknya, pada tahap keuntungan yang lebih tinggi, Sdn Bhd menikmati kadar cukai yang lebih baik.
3. Kenapa perlu daftar Sdn Bhd?
Perniagaan tertentu seperti klinik swasta tidak dibenarkan untuk beroperasi sebagai Enterprise, jadi sesetengah usahawan tiada pilihan selain memperbadankan Sdn Bhd.
Kami andaikan ada yang sebenarnya ingin tahu kenapa perlu mendaftarkan perniagaan dengan SSM.
Jawapannya mudah: Jika anda memperoleh pendapatan dari sumber perniagaan yang tidak berdaftar dengan SSM, anda boleh didenda berpuluh-puluh ribu dan dikenakan hukuman penjara.
4. Bolehkah Sdn Bhd didaftar atas talian?
Ya, boleh – dan anda mempunyai dua pilihan:
- Daftar syarikat sendiri melalui portal web MyCoID SSM
- Lantik pihak ketiga seperti MISHU untuk mendaftarkan Sdn Bhd untuk anda
Ingat bahawa terdapat beberapa cabaran yang datang dengan pendaftaran sendiri:
- Perlu melawat SSM secara fizikal untuk meluluskan akaun MyCoID anda
- Menjelaskan sifat perniagaan anda dengan tepat mungkin tidak semudah yang disangka
- Mungkin perlu jawab pertanyaan dari SSM mengenai permohonan pendaftaran anda
- Kerumitan selepas pendaftaran seperti lesen, akaun bank, dan pendaftaran badan berkanun
Dalam pengalaman kami, pemilik perniagaan akan hilang sabar dan lantik kami lambat laun juga 😊
5. Apa pengalaman yang diperlukan untuk buka syarikat Sdn Bhd?
Tiada pengalaman wajib untuk membuka syarikat Sdn Bhd, tetapi anda perlu bersedia untuk syarat pematuhan yang lebih ketat berbanding dengan entiti perniagaan lain, termasuk:
- Laporan tahunan wajib
- Penyata tahunan wajib, dan
- Pelantikan juruaudit dan Setiausaha Syarikat
Jika anda rasa idea anda mempunyai potensi yang besar, tidak ada masalah untuk beroperasi sebagai Sdn Bhd walaupun ini kali pertama anda berniaga.
6. Apakah syarat mendaftarkan Sdn Bhd?
Anda boleh mendaftarkan Sdn Bhd jika anda boleh memenuhi syarat berikut:
- Sekurang-kurangnya seorang pengarah tinggal di Malaysia
- Sekurang-kurangnya seorang pemegang saham
- Modal berbayar sebanyak RM1
- Seorang Setiausaha Syarikat
- Alamat berdaftar di Malaysia
Tak begitu susah, kan?
Berikut adalah beberapa nota tambahan:
- Walaupun modal berbayar minimum adalah RM1, adalah bijak untuk komited kepada jumlah yang lebih tinggi kerana bank dan rakan kongsi berpotensi pasti akan melihatnya dengan lebih baik.
- Pengarah dan pemegang saham boleh menjadi orang yang sama.
- Untuk kemudahan, kebanyakan Sdn Bhd menggunakan alamat perniagaan Setiausaha Syarikat mereka sebagai alamat berdaftar mereka.
- Terdapat juga yuran pendaftaran SSM sebanyak RM1,010.
7. Apakah modal berbayar?
Untuk memahami modal berbayar, kita mesti terlebih dahulu memahami modal saham.
Seringkasnya:
Modal saham adalah jumlah yang boleh dikumpulkan oleh syarikat jika semua saham yang diterbitkan dijual. Modal berbayar adalah jumlah yang sebenarnya dikumpulkan melalui penjualan saham-saham ini.
Katakan sebuah syarikat baru mengeluarkan 10 saham pada harga RM1,000 setiap satu.
Syarikat ini memiliki nilai modal saham sebanyak RM10,000.
Encik Pengarah membeli lima saham untuk memberikan diri mereka kepentingan majoriti dalam syarikat.
Selapas itu, seorang pelabur rahsia (bukan ibu mereka) membeli dua saham.
Syarikat itu kini mempunyai jumlah modal berbayar sebanyak RM7,000.
8. Apakah Setiausaha Syarikat?
Ia adalah pelantikan wajib bagi syarikat di Malaysia di bawah Seksyen 236(1) Akta Syarikat 2016, dan bertanggungjawab untuk memastikan pengarah menjalankan perniagaan mematuhi undang-undang syarikat Malaysia sepenuhnya.
Setelah anda mendaftar Sdn Bhd, anda mempunyai 30 hari untuk melantik seorang Setiusaha Syarikat.
Jika tidak jelas, MISHU adalah firma CoSec – katakan hai kepada Fenny, Ketua CoSec kami!
Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat pos kami mengenai 6 tugas utama Setiausaha Syarikat.
9. Adakah anda layak jadi pengarah syarikat?
Sesiapa pun boleh menjadi pengarah syarikat jika mereka memenuhi kriteria berikut:
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Tinggal di Malaysia
- Bukan seorang bankrap
- Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan berkaitan penipuan atau rasuah
- Tidak didiskualifikasi di bawah Seksyen 199 Akta Syarikat 2016
Dan kerana ramai pengarah juga akan menjadi pemegang saham syarikat mereka, kami ambil kesempatan ini untuk menjawab soalan yang jarang ditanya – tetapi patut!
9.1 Apakah Pemilikan Benefisial?
Ia merujuk kepada konsep Pemilik Benefisial, individu yang meraih keuntungan syarikat (seperti kawalan dan ganjaran kewangan) tanpa nama mereka disenaraikan sebagai pemegang saham secara rasmi.
Ia boleh dan sering digunakan untuk pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.
Inilah sebabnya pindaan 2024 Akta Syarikat memerlukan semua syarikat mengenal pasti dan menyertakan senarai Pemilik Benefisial dengan SSM.
10. Bolehkah pegawai kerajaan menjadi pengarah dan pemilik Sdn Bhd?
Ya, peraturan nombor lima Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memberikan kebenaran bersyarat untuk kakitangan awam menjadi pemegang saham dan pengarah Sdn Bhd.
Pendeknya, kakitangan kerajaan wajib mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan dahulu, dan kebenaran hanya boleh diberikan jika perniagaan yang dicadangkan memenuhi tiga syarat:
- Tidak beroperasi semasa waktu pejabat atau ketika kakitangan diperlukan untuk tugas rasmi.
- Tidak menggugat keberkesanan kakitangan sebagai kakitangan awam dalam apa jua cara.
- Tidak bercanggah dengan kepentingan jawatan mereka atau peranan sebagai kakitangan awam.
Untuk meyakinkan Ketua Jabatan bahawa perniagaan sampingan tidak akan memberi kesan terhadap tugas utama agak mencabar.
Walaubagaimanapun, tidak salah untuk sekadar bertanya, jadi selamat mencuba nasib!
11. Berapa kos mendaftar Sdn Bhd?
Terdapat dua jawapan untuk ini:
- Daftar sendiri: RM1,010 (yuran pendaftaran SSM)
- Lantik MISHU: RM1,599 (yuran pendaftaran SSM + caj perkhidmatan MISHU)
Anda boleh semak jadual yuran rasmi SSM di sini.
12. Berapa lamakah tempoh memproses permohonan?
Jika tiada isu dengan permohonan, SSM lazimnya mengambil masa tiga hingga lima hari bekerja.
Malangnya, jika terdapat bilangan permohonan tinggi, ia boleh mengambil hingga seminggu, jadi bersabarlah 🙂
13. Adakah syarat penamaan syarikat?
Ya, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Sebagai permulaan, nama syarikat yang dicadangkan anda sudah tentu tidak boleh digunakan atau ditempah oleh pihak lain, yang boleh disahkan melalui portal MyCoID SSM (anda perlu mendaftar untuk akaun).
Andai kata nama itu belum diambil, ia juga perlu mematuhi beberapa larangan lain:
- tidak terlalu serupa dengan nama entiti perniagaan sedia ada
- tidak mengandungi perkataan yang boleh menyalahgambarkan perniagaan anda
- tidak mengandungi bahasa yang boleh dianggap menghina atau tidak senonoh
- tidak boleh menjadi akronim yang boleh dikelirukan dengan agensi kerajaan
- tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan kaitan dengan insitusi diraja Malaysia, badan persekutuan, atau antarabangsa
- tidak menggunakan perkataan yang dikawal oleh badan berkanun tertentu kecuali dengan kebenaran
Penamaan syarikat adalah topik yang sangat luas dan untuk benar-benar memahaminya, kami sangat mengesyorkan membaca panduan lengkap kami mengenai garis panduan penamaan syarikat di Malaysia.
14. Apakah SSM?
Sebenaarynya tiada sesiapa yang tanya kami soalan ini!
Tetapi sangat kerap, orang akan bertanya kepada kami sama ada mereka boleh “Mendaftar SSM” yang memberikan tanggapan orang yang bertanya mungkin salah faham apa itu ‘SSM’.
‘SSM’ bukan entiti perniagaan tetapi badan berkanun persekutuan yang mengawal selia operasi semua entiti perniagaan di Malaysia. Nama penuhnya adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Companies Commission of Malaysia.
Jadi seseorang tidak mendaftar SSM, tetapi mendaftar dengan SSM!
15. Apa pula selepas mendaftarkan Sdn Bhd?
Anda jadi jutawan!
Bergurau sahaja.
Hakikatnya, mendaftarkan syarikat tidak bermaksud anda boleh mula beroperasi.
Ia bergantung pada aktiviti perniagaan anda, tetapi berikut adalah langkah seterusnya yang lazim:
- Mohon lesen perniagaan
- Buka akaun bank perniagaan
- Daftar dengan badan berkanun untuk cukai dan potongan gaji
- Mengambil pekerja, dan
- Menyelaraskan proses dalaman perniagaan
Setelah itu, teruskan bereniaga selama beberapa dekad, dan mungkin anda akan menjadi jutawan.
Dan dengan kebenaran anda, MISHU ingin menemani anda setiap langkah.
Izinkan MISHU bantu daftar syarikat anda
Pasukan MISHU terdiri daripada Setiausaha Syarikat berlesen dan perunding perniagaan yang sedia bantu mendaftarkan Sdn Bhd anda dengan lancar dan pantas. Hubungi kami hari ini!