Panduan Lengkap Kelebihan Dan Kekurangan Syarikat Sdn Bhd
Setiap struktur perniagaan di Malaysia ada kekuatan dan kelemahan, termasuklah syarikat Sdn Bhd.

Di bawah, kami huraikan kelebihan dan kelemahan utama struktur ini untuk anda tentukan kesesuaiannya dengan keperluan anda sebagai usahawan.
Jom, mulakan.
2 ciri terpenting Sdn Bhd

Untuk faham kekuatan dan kelemahan Sdn Bhd, kita perlu tahu apa yang membezakannya.
Entiti asing di sisi undang-undang
Ini bermakna syarikat boleh memiliki aset, membuat pinjaman, menandatangani kontrak, dan memohon lesen perniagaan atas nama syarikat itu sendiri, bukan atas nama anda.
Pemilikan melalui pegangan saham
Sdn Bhd di Malaysia boleh ada antara satu hingga 50 pemegang saham yang memiliki syarikat berdasarkan peratus saham dan menerima peratusan keuntungan dalam bentuk dividen.
Kekerapan dividen adalah mengikut perjanjian antara pemegang saham dengan syarikat.
Kelebihan utama Sdn Bhd

Perlindungan liabiliti terhad
Kerana perniagaan dijalankan atas nama syarikat, syarikatlah yang lazimnya disaman jika ada masalah kewangan. Asalkan anda tidak menipu atau berkelakuan tidak jujur, aset peribadi anda tidak boleh dirampas untuk membayar hutang syarikat
Cukai rendah jika untung tinggi
Pendapatan syarikat dikenakan kadar cukai korporat antara 15% – 24% manakala pendapatan Enterprise dikenakan kadar cukai pendapatan peribadi antara 0% – 30%.
Ini bererti jumah cukai yang perlu dibayar lebih rendah untuk Sdn Bhd berbanding Enterprise apabila keuntungan tinggi.
Mudah cari pelabur / rakan kongsi
Saham sedia ada boleh ditukar milik atau Sdn Bhd boleh mengisytiharkan saham baharu untuk untuk menarik minat pelabur atau rakan kongsi untuk menyumbang dana / kepakaran kepada perkembangan perniagaan anda.
Mudah wariskan perniagaan
Kerana saham boleh ditukar milik kepada pihak lain tanpa menjejaskan syarikat, ia boleh diwariskan kepada anak, pasangan, atau ahli keluarga anda yang lain dengan mudah.
Mudah mohon pinjaman bank
Bank dan institusi kewangan lebih cenderung memberi pinjaman kepada syarikat Sdn Bhd berbanding Enteprise, dan jumlah pinjaman juga lazimnya lebih tinggi.
Akses bantuan kerajaan lebih luas
Setahu kami, tiada insentif kerajaan khas untuk Enterprise, tetapi ada banyak yang hanya ditawarkan kepada syarikat Sdn Bhd seperti Status MD.
Kekurangan utama Sdn Bhd

Kos permulaan tinggi
Sebelum kita mempertimbangkan kos jangka masa lama pun, yuran SSM untuk pendaftaran Sdn Bhd adalah RM1,010, manakala yuran pendaftaran Enterprise hanya RM30 – RM60!
Syarat pematuhan ketat
Syarikat Sdn Bhd mempunyai kewajipan jauh lebih ketat, dan yang terpenting adalah:
- melantik Setiausaha Syarikat / juruaudit berlesen
- menyediakan laporan tahunan untuk SSM
- memaklumkan SSM jika ada perubahan milikan / pengarah
Jika syarikat didapati tidak akur, ia boleh dikenakan penalti dan diarahkan tutup.
Kos tahunan tinggi
Sehubungan dengan syarat pematuhan di atas, sebuah syarikat perlu menggunakan beberapa servis professional untuk kekal patuh dengan syarat SSM.
Topik ini dijelaskan selengkapnya dalam panduan kos tahunan Sdn Bhd kami, tapi tahulah yang sebuah syarikat boleh memakan dalam RM10,000 setahun dalam kos operasi.
Cukai tinggi jika untung rendah
Sekali lagi, pendapatan syarikat dikenakan kadar cukai antara 15% – 24% manakala pendapatan Enterprise dikenakan cukai antara 0% – 30%.
Ini bererti jumah cukai yang perlu dibayar lebih rendah untuk Sdn Bhd berbanding Enterprise apabila perniagaan masih kecil dan tahap untung rendah.
Siapa patut pilih struktur Sdn Bhd?

Sdn Bhd paling sesuai untuk para usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka seluas mungkin sama ada melalui pembiayaan bank, pelaburan, atau kerjasama strategik.
Anda tak perlu tunggu jadi jutawan sebelum daftar syarikat, tapi pastikan ada modal untuk tampung kos permulaan dan operasi sehingga perniagaan mula untung.
Alternatif kepada Sdn Bhd

Jika Sdn Bhd tidak sesuai untuk anda, ada dua pilihan struktur perniagaan yang lain.
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Sesuai untuk mereka yang mahukan perlindungan liabiliti terhad, tetapi tidak bercadang untuk membesarkan perniagaan melalui pinjaman atau pelabur.
Untuk penjelasan lebih mendalam, sila baca panduan PLT vs Sdn Bhd kami.
Enterprise / Perkongsian Biasa
Pilihan yang baik untuk individu yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan kos rendah dan kurang keperluan pematuhan.
Ia juga pilihan yang baik untuk usahawan yang tidak mampu menampung kos operasi Sdn Bhd buat masa sekarang. Daftarkan Enterprise anda dan mula berniaga, dan apabila sudah menjadi besar kelak, tukar Enterprise anda menjadi Sdn Bhd.
Untuk penjelasan lebih mendalam, sila baca panduan Enterprise vs Sdn Bhd kami.
Biar MISHU bantu daftar Sdn Bhd anda
MISHU menawarkan perkhidmatan Setiausaha Syarikat bertauliah untuk membantu anda memenuhi semua keperluan pematuhan SSM.