Panduan Lengkap Cara Mulakan Perniagaan Kecil Di Malaysia

Panduan Lengkap Cara Mulakan Perniagaan Kecil Di Malaysia (2026)

Ini bukan panduan ‘nah sepuluh idea perniagaan kecil, baiklah semoga berjaya.” Kami dah baca banyak panduan begini dan pada pendapat kami, semuanya langsung tak berguna.

slogan “just do it” sebagai sindiran terhadap cara panduan lain memperlakukan proses memulakan perniagaan kecil di Malaysia
Anda takkan dengar kami katakan ini.

Panduan-panduan ini ibarat intern meminta bantuan ChatGPT, dan hasilnya:

  • senarai idea perniagaan kecil rawak
  • tips perniagaan yang semua orang dah tahu (buat ecommerce, bro!)
  • iklan perisian atau kursus untuk perniagaan kecil yang dijual oleh penulis

Jelas sekali tiada niat membantu mereka yang benar-benar mahu memulakan perniagaan.

pengguna laman forum yang bertanya cara memulakan perniagaan kecil di Malaysia
Kesian u/HiddeninButtCrack.

Kami tak nak bazir ruang server dengan terbitkan satu lagi artikel seperti ini, terutamanya kerana ‘cara memulakan perniagaan kecil’ sangat mudah – kami uruskan pendaftaran perniagaan kecil setiap hari, dan anda boleh mulakan perniagaan baharu dalam sepuluh hari sahaja.

Yang susah nak jawab adalah perniagaan APA untuk mulakan – dan anda perlu jawab sendiri, wahai pembaca yang dikasihi.

monyet melihat cermin sebagai rujukan humor kepada usahawan yang perlu menentukan sendiri jenis perniagaan yang ingin dimulakan di Malaysia jika mereka serius
Mungkin perniagaan alat solek.

Panduan kami akan bantu anda berdasarkan bidang kepakaran kami: Syarat pematuhan perniagaan di Malaysia dan cara ia mempengaruhi tahap kerumitan (dan kos) memulakan perniagaan kecil.

Jom, mulakan.

Maksud ‘perniagaan kecil di Malaysia’

Perusahaan SME ditakrifkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai operasi dengan hasil tahunan <RM20 juta – tapi kami ragui sesiapa yang baca panduan ini merancang RM19.9 juta dalam tahun pertama!

Kami juga sedar ramai usahawan baharu beroperasi tanpa lesen, tetapi MISHU tidak boleh dan tidak akan menggalakkan amalan ini.

liputan berita mengenai agensi pekerjaan swasta tidak sah di Malaysia yang telah ditutup oleh pihak berkuasa
Lesen JTK mana bang oi?

Berdasarkan ini, kami membuat empat andaian tentang pembaca kami, iaitu bahawa anda:

  • tiada pengalaman perniagaan
  • ingin berniaga untuk menampung gaya hidup anda sekeluarga, bukan syarikat gergasi
  • akan mendaftar dengan SSM serta memohon lesen yang diperlukan, dan
  • mahu risiko minimum, tapi sedar yang ia mungkin tidak boleh dielakkan

Jika ini menggambarkan anda, jom kita ke bahagian seterusnya.

Cara menilai potensi idea perniagaan

Anda akan perlukan proses penilaian idea perniagaan yang cepat dan objektif untuk senarai pendekkan idea dengan potensi tinggi – kami cadangkan anda gunakan Kanvas Model Perniagaan.

Templat Kanvas Model Perniagaan MISHU bersaiz poster satu per satu

Ia digunakan untuk menentukan sembilan aspek utama yang mempengaruhi potensi idea perniagaan:

  • segmen pelanggan
  • tambah nilai
  • saluran
  • hubungan pelanggan
  • aliran pendapatan
  • sumber utama
  • aktiviti utama
  • rakan kongsi utama
  • struktur kos

Secara asas, semua perniagaan adalah penyelesaian, lantas perlukan masalah untuk diselesaikan.

Kanvas Model Perniagaan membantu anda menentukan betapa lengkapnya penyelesaian anda, dan sama ada anda mempunyai kelebihan unik berbanding pesaing sedia ada.

Kelebihan unik ini tidak wajib, tapi kalau ada, lagi bagus.

Ini contoh kami untuk kedai ikan hiasan (penulis kami suka ikan hiasan).

Contoh Kanvas Model Perniagaan
(Klik untuk kembangkan.)

    Ulang proses ini hingga anda ada senarai idea perniagaan kecil dengan potensi tinggi – katakanlah lima.

    Lima idea perniagaan kecil yang anda yakin mempunyai peluang untuk anda mulakan dengan berjaya.

    Sekarang anda perlu pilih satu – dan di sini syarat pematuhan boleh membantu anda membuat keputusan.

    Pengaruh syarat pematuhan atas perniagaan

    senarai pbt di malaysia dengan logo
    Tak muat nak tunjuk semua!

    Melalui gabungan syarat industri, aktiviti, dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ada lima faktor utama yang mempengaruhi kos memulakan dan menjalankan sesuatu perniagaan, iaitu sama ada ia:

    • boleh beroperasi sebagai Enterprise
    • mempunyai modal berbayar / deposit keselamatan minimum wajib
    • boleh beroperasi dari premis kediaman
    • ada garis panduan lokasi dan susun atur premis yang ketat
    • memerlukan banyak permit dan lesen
    • wajib ada pemilikan Bumiputera tertentu (bagi pembaca bukan Bumiputera)

    Bolehkah ia beroperasi sebagai Enterprise?

    Enterprise ialah entiti perniagaan paling kecil di bawah SSM, dan perniagaan kecil wajar beroperasi di bawah struktur ini.

    Ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menerangkan apa itu SSM kepada usahawan

    Ia dikenali sebagai milikan tunggal untuk usahawan individu atau perkongsian lazim jika dilakukan bersama dua orang atau lebih rakan kongsi.

    Kedua-duanya sangat murah untuk didaftarkan, dan juga:

    • mudah ditubuhkan
    • murah diselenggara
    • mudah kira cukai
    • mudah ditutup jika perlu

    Namun bukan semua perniagaan boleh beroperasi sebagai Enterprise – sesetengah industri mewajibkan pemerbadanan syarikat Sdn Bhd, termasuk banyak aktiiti pendidikan dan pencarian pekarja.

    Walaupun MISHU berpendapat Sdn Bhd adalah struktur yang lebih baik, yuran pendaftaran syarikat jauh lebih tinggi dan kos penyelenggaraan tahunan boleh mencecah RM10,000 dengan mudah.

    Adakah ia mewajibkan modal berbayar minimum?

    Ini adalah bukti perniagaan mampu beroperasi mengikut syarat yang ditetapkan agensi kerajaan.

    Wang tersebut tidak dibelanjakan – anda hanya perlu tunjukkan ia dalam akaun bank sebagai modal – jadi ia bukan faktor yang utama.

    Contoh: Pusat tuisyen perlukan modal berbayar RM10,000 manakala restoran langsung tiada keperluan ini. Pada hakikatnya, kos untuk kebanyakan restoran adalah jauh lebih tinggi berbanding pusat tuisyen!

    Walaupun begitu, kalau boleh, anda mahu keperluan modal berbayar kosong, dan jika ada, pastikan anda mampu memenuhinya.

    Bolehkah ia beroperasi di premis kediaman?

    Jelas sekali jauh lebih murah kalau tak perlu sewa premis perniagaan, tetapi cubaan berniaga dari rumah dengan sesetengah jenis perniagaan boleh menyebabkan anda disaman.

    liputan berita mengenai bengkel kereta haram di kawasan perumahan di Malaysia sebagai contoh perniagaan yang tidak akan diluluskan lesen premis
    Kecuali anda sedia untuk baiki kereta jiran secara percuma.

    Perkara ini berada di bawah bidang kuasa PBT yang menetapkan senarai perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah – sebagai contoh, lihat panduan kami tentang perniagaan dari rumah di Selangor.

    Sangat penting untuk semak dengan PBT anda, tetapi secara umum, jika idea perniagaan anda melibatkan:

    • peralatan berat
    • aktiviti pembuatan (tidak semestinya kilang, hanya bermaksud menghasilkan sesuatu)
    • jumlah pelanggan yang tinggi keluar masuk, dan
    • bunyi bising, sisa buangan, atau risiko keselamatan

    Maka besar kemungkinan ia tidak dibenarkan beroperasi dari rumah.

    Adakah ia mempunyai syarat lokasi & susun atur ketat?

    Anda juga perlu kenalpasti jika PBT menetapkan syarat khusus untuk susun atur dan lokasi premis bagi sesebuah aktiviti perniagaan.

    Sama ada komersial atau kediaman, sesetengah perniagaan – terutamanya operasi makanan dan minuman – mempunyai keperluan premis yang ketat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan terjamin sebelum boleh dapatkan lesen komposit yang membenarkan operasi secara sah.

    Contoh lesen perniagaan komposit pihak berkuasa tempatan.

    Sebagai contoh, kita bandingkan dua ekstrem iaitu syarat premis kedai runcit dan restoran di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    Syarat premis kedai runcit DBKL

    gambar rak paparan 99 Speedmart dengan susunan barang, kebersihan tinggi dan ruang yang mencukupi sebagai piawaian emas bagi premis kedai runcit di bawah DBKL
    Tak cukup Super Ring.

    1. Premis dan kemudahan

    • dinding dan lantai mesti diperbuat daripada bahan yang mudah dibersihkan
    • perlu ada pengasingan kawasan untuk penyimpanan dan paparan:
      • makanan manusia
      • barangan bukan makanan
      • makanan haiwan
      • bahan toksik
    • kebersihan semua kawasan termasuk tandas dan peralatan mesti dijaga

    2. Penyimpanan dan paparan

    • barang mesti disimpan dalam keadaan kemas dan bersih
    • barang perlu disimpan atau dipamerkan sekurang-kurangnya 20 sentimeter dari lantai
    • makanan yang tidak berbungkus mesti dilindungi daripada kotoran dan serangga
    • larangan menyimpan atau mempamerkan barang di kaki lima

    3. Kesihatan dan keselamatan

    • pelupusan sisa dengan cara yang betul (air kelapa, tempurung, dan sebagainya)
    • penutupan kemas bahan pembungkusan untuk bahan toksik
    • larangan membungkus makanan dengan bahan yang boleh mencemarkan

    4. Piawaian peralatan

    • keperluan mesin parut kelapa (ketinggian pemasangan, penutup, dan tahap kebersihan)
    • peralatan mesti sentiasa bersih dan diselenggara

    5. Pertimbangan alam sekitar

    • mengekalkan persekitaran yang bersih
    • larangan menjual barangan yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat

    Syarat premis restoran DBKL

    gambar kopi americano yang biasa dijual di kafe di Malaysia
    MANA SUPER RING?

    1. Umum

    • premis mesti berada di lot kedai, pejabat atau kompleks komersial
    • aktiviti hiburan tidak dibenarkan di restoran atau medan selera yang beroperasi 24 jam
    • premis makanan bukan halal milik bukan Islam tidak dibenarkan mempamerkan dekorasi yang boleh mengelirukan umat Islam seperti ayat al-Quran atau simbol Islam
    • perniagaan 24 jam mesti di kawasan komersial atau terbuka dengan kelulusan perintah pembangunan
    • jualan alkohol dilarang kecuali dengan kebenaran khas
    • restoran di kawasan kediaman hanya boleh beroperasi sehingga tengah malam
    • mesti mendapatkan suntikan tifoid sebelum memulakan perniagaan
    • tidak boleh terletak bersebelahan kedai percetakan, bengkel kenderaan atau pusat servis
    • tidak dibenarkan letak kerusi, meja atau gerai di luar premis
    • tidak boleh menyebabkan gangguan seperti bunyi bising, bau busuk atau halangan
    • mesti menyediakan tong sampah yang mencukupi seperti yang diluluskan oleh DBKL
    • sisa mesti dibungkus sebelum dibuang ke dalam tong
    • haiwan peliharaan tidak dibenarkan dalam premis
    • jualan alkohol (tanpa lesen eksais) hanya dibenarkan sehingga tengah malam
    • tidak boleh menjual barangan yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat Malaysia

    2. Ruang makan

    • kawasan tanpa penyaman udara mesti mempunyai lantai jubin mozek atau jubin kuari tidak licin
    • kawasan berhawa dingin boleh menggunakan lantai vinil, karpet atau bahan lain yang sesuai
    • dinding ruang makan mesti berjubin sehingga 152.5 sentimeter untuk kawasan tanpa penyaman udara, manakala kawasan berhawa dingin boleh menggunakan jubin berkilat, kertas dinding atau bahan permukaan licin lain
    • siling mesti licin dan mudah dibersihkan
    • meja pelanggan mesti diperbuat daripada bahan yang mudah dibersihkan
    • sediakan tong sampah untuk kegunaan pelanggan
    • kebersihan ruang makan, perabot dan peralatan mesti sentiasa dijaga

    3. Dapur dan kawasan penyediaan makanan

    • sediakan ruang dapur atau penyediaan makanan dengan dinding berjubin sehingga 152.5 sentimeter
    • lantai mesti menggunakan jubin mozek atau kuari tidak licin dan sentiasa bersih
    • bekalan air awam perlu disediakan untuk penyediaan makanan
    • kemudahan mencuci pinggan mangkuk mesti mencukupi
    • tidak boleh mencuci peralatan di lantai, kaki lima atau longkang
    • sediakan bekalan air panas
    • permukaan penyediaan makanan mesti diperbuat daripada keluli tahan karat, simen berkilat atau aluminium

    4. Pematuhan peraturan pengendalian makanan

    • mematuhi semua peruntukan undang-undang pengendalian makanan tempatan
    • memastikan amalan kebersihan makanan yang betul dalam penyediaan dan penyimpanan

    5. Kebersihan umum

    • langkah berkesan mesti diambil untuk mengelakkan tikus, serangga dan makhluk perosak
    • menjaga kebersihan semua kawasan bangunan, peralatan dan perabot
    • mengelakkan keadaan yang boleh membiakkan serangga pembawa penyakit
    • tidak membuang sampah merata-rata di dalam atau sekitar premis

    6. Kemudahan tandas

    • menjaga kebersihan tandas dan meletakkan papan tanda yang jelas
    • menyediakan tandas dan urinal
    • dinding dan lantai tandas mesti berjubin sehingga 152.5 sentimeter dan menggunakan bahan tidak licin
    • menyediakan sinki, sabun dan tuala atau pengering tangan udara panas

    Inilah kenapa kami sangat menghormati usahawan yang membuka kafe atau restoran – ia biasanya memerlukan kerja ubah suai yang banyak untuk pematuhan peraturan.

    Kami harap anda faham niat kami – kalau boleh, pilih idea perniagaan dengan syarat premis yang rendah

    Adakah ia perlukan banyak lesen dan permit?

    Kita teruskan dengan contoh di atas – premis F&B berbanding kedai runcit.

    Kedua-duanya boleh mengunakan Enterprise dan banyak PBT membenarkan operasi di premis kediaman, namun syarat premis F&B jauh lebih ketat dan mahal.

    Dari segi pelesenan juga, ia sangat berbeza – kedai runcit hanya perlukan lesen komposit untuk beroperasi.

    kucing jalanan di dalam kedai runcit di Kuala Lumpur yang boleh dikenakan tindakan oleh pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur jika ditemui
    Terima kasih, sila datang lagi.

    Restoran pula memerlukan, sekurang-kurangnya:

    • lesen komposit
    • pendaftaran FoSIM dengan Kementerian Kesihatan
    • sijil pengendalian makanan
    • suntikan tifoid
    • papan tanda larangan merokok
    Contoh sijil pendaftaran premis FoSIM
    Contoh sijil pendaftaran premis makanan FoSIM

    Dan bergantung kepada jenis restoran, ia juga mungkin perlu memohon:

    Jika anda pernah marah kerana restoran mengenakan caj tinggi, ingatlah bahawa sebahagian kos itu digunakan untuk medapatkan lesen untuk mainkan lagu Taylor Swift semasa anda makan.

    Untuk mengurangkan kos, idea perniagaan kecil anda patut lebih seperti kedai runcit yang hanya memerlukan lesen komposit yang mudah dan terus boleh beroperasi.

    Adakah ia memerlukan milikan Bumiputera?

    Ini halangan yang agak khusus tetapi boleh berlaku dalam sesetengah aktiviti yang memerlukan pemilikan Bumiputera sebahagian atau sepenuhnya.

    Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk berurusan dengan agensi kerajaan, anda perlu memohon lesen MOF mengikut kod bidang yang betul, dan sebahagiannya hanya untuk syarikat status Bumiputera.

    Contoh sijil status Bumiputera syarikat Kementerian Kewangan
    Contoh sijil status Bumiputera .

    Perkara yang sama juga terpakai untuk sesetengah kod CIDB dalam sektor pembinaan – jika anda bukan Bumiputera dan ingin terlibat dalam bidang ini, anda perlu mencari rakan kongsi Bumiputera..

    Ciri-ciri perniagaan kecil yang baik

    gambar gerai burger sebagai contoh perniagaan yang boleh dimulakan dengan sekitar sepuluh ribu ringgit

    Berdasarkan yang telah kita kongsikan, perniagaan kecil yang ideal di Malaysia untuk ANDA ialah idea daripada senarai Kanvas Model Perniagaan anda yang memenuhi kriteria berikut:

    • boleh beroperasi sebagai Enterprise
    • tiada keperluan modal berbayar minimum
    • boleh dijalankan dari premis kediaman
    • mempunyai sedikit atau tiada sekatan susun atur premis
    • hanya memerlukan lesen komposit untuk beroperasi
    • boleh dimiliki sepenuhnya oleh anda (seratus peratus)

    Pada pendapat kami, satu-satunya syarat yang tidak boleh dikompromi ialah kebolehan untuk beroperasi sebagai Enterprise kerana ia jauh lebih murah dan mudah.

    Jika anda benar-benar mahukan idea perniagaan, ini beberapa rujukan yang mungkin berguna:

    Sekarang kita ke bahagian yang jauh lebih mudah – pendaftarkan perniagaan anda dengan SSM.

    Cara mendaftar Enterprise SSM

    Seperti yang kami katakan lebih awal tadi, jika ini perniagaan individu, anda mendaftarkan milikan tunggal, dan jika ada dua atau lebih rakan kongsi, ia adalah perkongsian lazim.

    Kedua-duanya dikawal di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan didaftarkan di portal SSM4U.

    laman utama SSM4U untuk pendaftaran enterprise

    Milikan tunggal boleh didaftarkan di bawah nama individu atau nama dagangan, manakala perkongsian hanya boleh didaftarkan di bawah nama dagangan.

    Ada tiga langkah utama dalam proses pendaftaran:

    1. Pilih nama perniagaan yang anda suka dan mematuhi garis panduan SSM
      • kos pendaftaran ialah RM30 setahun untuk pendaftaran di bawah nama individu
      • kos pendaftaran ialah RM60 setahun setahun untuk pendaftaran di bawah nama dagangan
    2. Daftar akaun percuma di sistem SSM e-Info untuk menyemak jika nama anda telah diambil
    3. Daftar akaun SSM4U dan ikut arahan untuk daftarkan Enterprise anda

    Nota: Anda perlu lawat cawangan SSM untuk pengaktifan akaun SSM4U, tetapi pendaftaran perniagaan boleh dilakukan secara online dan seluruh proses ini biasanya boleh siap dalam masa seminggu.

    Anda kini ada perniagaan yang sah, dan kita ke bahagian terakhir pematuhan: Pelesenan dan pencukaian.

    Permohonan lesen perniagaan

    Secara am, permohonan lesen bermula dengan mana-mana badan berkanun persekutuan dan berakhir di PBT daerah – katakan anda nak buka pusat tuisyen di Kuala Lumpur. Anda perlu dapatkan lesen institusi pendidikan swasta daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

    contoh lesen pusat pendidikan daripada KPM
    Contoh lesen KPM

    Lepas tu baru mereka boleh dapatkan lesen premis dan papan tanda komposit DBKL.

    contoh lesen perniagaan komposit DBKL
    Contoh lesen komposit DBKL

    Bergantung pada perniagaan yang anda pilih, anda mungkin tidak memerlukan sebarang lesen persekutuan dan boleh terus memohon lesen premis dan papan tanda dari PBT.

    platform ulesen Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan dalam talian

    Jika anda telah merancang denagn baik, anda tidak patut hadapi masalah untuk mematuhi garis panduan premis dan papan tanda PBT dan boleh memohon lesen komposit melalui:

    • portal PBTn seperti ulesen MBPP dalam gambar di atas, atau
    • melawat jabatan pelesenan cawangan PBT (bagi yang memerlukan penyerahan manual)

    Pengurusan cukai sebagai Enterprise

    tangan besar menggambarkan LHDN datang mengutip cukai daripada syarikat sendirian berhad di Malaysia
    Cuaca musim cukai.

    Cukai pendapatan untuk Enterprise tidak rumit, dan berikut perkara penting yang anda perlu tahui supaya tidak menghadapi masalah:

    • untung Enterprise dikira sebagai pendapatan individu melalui kadar cukai progresif yang sama
    • hanya keuntungan yang dikenakan cukai, bukan pendapatan keseluruhan
    • pemilik milikan tunggal perlu mengisi borang cukai pendapatan B
    • tarikh akhir penghantaran borang B ialah 30 Jun setiap tahun (15 Julai bagi serahan dalam talian)

    Kami tidak dapat jelaskan sepenuhnya dalam ringkasan ini, jadi kami menggalakkan anda membaca:

    Lambat laun, jika pendapatan bisnes anda meningka, anda boleh pertimbangkan menukar Enterprise kepada Sdn Bhd bagi tahap cukai yang lebih rendah.

    Ketika itulah anda tahu perniagaan kecil anda telah menjadi…perniagaan kecil yang lebih besar!

    Itu sahaja daripada kami, dan semoga beerjaya dengan perniagaan anda 😊

    Mulakan perniagaan kecil anda dengan MISHU

    Menubuhkan perniagaan di Malaysia tidak perlu menjadi sesuatu yang rumit, dan dengan perkhidmatan sokongan perniagaan menyeluruh MISHU, anda boleh memberi fokus kepada pembangunan perniagaan sementara kami menguruskan kerja-kerja dokumentasi.

    Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

    please include country code

    Scroll to top